Ingin Kembali Kepada Suami Wanita Bayar Rm24 707 Untuk Bunuh Ibu Mentua Dan Anak Tiri



New York: Seorang wanita tergamak mengupah pembunuh upahan untuk membunuh ibu mentua dan anak tirinya dalam rancangan pelik untuk ‘berdamai’ dengan bekas suaminya.
New York Post melaporkan Elsy Rodriguez-Garcia, 25, yang dihadapkan ke mahkamah mengaku bersalah pada Khamis lalu, atas tuduhan konspirasi peringkat kedua merancang pembunuhan itu yang membolehkannya dihukum penjara dua hingga enam tahun.
“Ini adalah kes yang mengejutkan,” kata Peguam Daerah Suffolk County, Timothy Sini.
“Niat tertuduh sangat jelas, dia mahu orang ini dibunuh, dan dia bersedia membayarnya (pembunuh upahan).”
Bukan hanya ibu mentuanya, malah anak perempuan suaminya yang berusia lima tahun dari perkahwinan lain menjadi sasarannya, menurut pendakwa raya.
Pendakwa raya berkata, Rodriguez-Garcia cemburu melihat bekas suaminya itu menghabiskan masa dengan ibu dan anak perempuannya terbabit dan berharap dapat ‘menyingkirkan’ mereka supaya dapat kembali ke pangkuan lelaki berkenaan.
Pada Julai 2019, Rodriguez-Garcia menghubungi rakan dan melakukan konspirasi melalui WhatsApp dengan meminta rakannya itu mengupah pembunuh untuk membunuh ibu dan anak perempuan bekas suaminya ketika mereka dalam lawatan ke Ecuador.
Dia mahu pembunuhan itu kelihatan seperti rompakan.
Bekas suaminya menyedari rancangan itu dan memaklumkannya kepada Jabatan Polis Daerah Suffolk.
Pegawai penyiasat dan polis menahan rakan konspirasi wanita itu dan mengarahkannya supaya berpura-pura mendakwa kononnya pembunuh upahan itu sudah membunuh ibu serta anak bekas suaminya.
Selepas menerima gambar palsu pembunuhan itu, Rodriguez-Garcia bersetuju untuk memasukkan AS$6,000, (RM24,707) sebelum dia ditangkap pada keesokannya.
“Pengakuan ini mengakhiri kes tragik untuk semua yang terbabit,” kata peguamnya William Ferro dalam satu kenyataan.
Rodriguez-Garcia dijadualkan dijatuhkan hukuman pada 15 April.

The post Ingin kembali kepada suami, Wanita bayar RM24,707 untuk bunuh ibu mentua dan anak tiri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/16/ingin-kembali-kepada-suami-wanita-bayar-rm24707-untuk-bunuh-ibu-mentua-dan-anak-tiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rancangan Pelik Wanita Upah Pembunuh Untuk Bunuh Ibu Mentua Supaya Dapat Berbaik Dengan Bekas Suami

Rancangan Pelik Wanita Upah Pembunuh Untuk Bunuh Ibu Mentua Supaya Dapat Berbaik Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 289 hits
175 total views 175 views today Seorang wanita dilaporkan telah mengaku bersalah pada Khamis lalu kerana mengupah seseorang untuk membunuh ibu mentuanya Menurut New York Post ia dilakukan sebagai sebahagian rancangannya untuk berbaik dengan...
Ustazah Asma Ziarah Keluarga Wanita Yang Meninggal Di Tangan Suami Anak Kerap Tersedar Tengah Malam Cari Ibu

Ustazah Asma Ziarah Keluarga Wanita Yang Meninggal Di Tangan Suami Anak Kerap Tersedar Tengah Malam Cari Ibu

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 392 hits
Pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma Harun pernah meluahkan rasa sebak selepas melihat posting terakhir di Facebook milik wanita yang meninggal dunia di tangan suaminya sendiri Malah beliau juga ada memberitahu hasratnya untuk berjumpa dengan...
Terdesak Perlukan Rm5 000 Untuk Bayar Hutang Wanita Nekad Umpan Jiran Datang Rumah Sebelum Bunuh

Terdesak Perlukan Rm5 000 Untuk Bayar Hutang Wanita Nekad Umpan Jiran Datang Rumah Sebelum Bunuh

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 304 hits
951 total views 951 views today Gara gara terdesak mahu mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang sebanyak RM5 000 seorang wanita yang juga penjual kuih warga Indonesia tergamak mengumpan jirannya supaya datang ke rumah sebelum menghentak m...
Tertuduh Bunuh Sumbat Isteri Dalam Tong Air Rayu Dikenakan Hukuman Ringan Sebab Perlu Tanggung 4 Anak Bayar Loan Bank

Tertuduh Bunuh Sumbat Isteri Dalam Tong Air Rayu Dikenakan Hukuman Ringan Sebab Perlu Tanggung 4 Anak Bayar Loan Bank

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 789 hits
Tertuduh bunuh sumbat isteri dalam tong air rayu dikenakan hukuman ringan sebab perlu tanggung 4 anak bayar loan bankLelaki yang didakwa membunuh dan menyumbat mayat isterinya di dalam tong air biru pada 1 Mac 2021 didakwa di Mahkamah Majis...
Ibu Hamil Mati Dibunuh Perutnya Dibelah Bayinya Dilarikan Wanita Yang Terlalu Inginkan Anak

Ibu Hamil Mati Dibunuh Perutnya Dibelah Bayinya Dilarikan Wanita Yang Terlalu Inginkan Anak

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 312 hits
The ReporterSeorang wanita hamil lapan bulan maut selepas perutnya dibelah dan bayinya dicuri dalam kejadian mengerikan dalam kejadian yang berlaku pada petang Rabu 17 Mac 2021 di kediamannya di Macae Rio de Janeiro Brazil Pamella Ferreira ...
Ibu Cekik Pijak Leher Anak Sebab Bengang Suami Tak Jawab Call

Ibu Cekik Pijak Leher Anak Sebab Bengang Suami Tak Jawab Call

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 614 hits
The ReporterPERINGATAN LAPORAN INI MENGANDUNGI GAMBAR GAMBAR YANG MUNGKIN KURANG MENYENANGKAN ANDA Netizen di Thailand digemparkan dengan tindakan seorang wanita yang tergamak mendera anak perempuannya menerusi panggilan video hanya kerana ...
Ibu Tidak Benci Sang Anak Tetapi Tidak Reda Cara Sang Suami Pada Anaknya

Ibu Tidak Benci Sang Anak Tetapi Tidak Reda Cara Sang Suami Pada Anaknya

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 575 hits
MASIH berterusan dengan kiasan di media sosial ibu Hannah Delisha kini memberi bayangan terbaharu mengenai konflik yang mungkin berlaku antara mereka Menerusi nukilan yang dikatakan sebagai epilog atau drama terakhir Noor Ashikin Ahmad kini...
Nampak Anak Buat Tak Baik Pada Ibu Suami Tegurlah Biar Anak Beradab

Nampak Anak Buat Tak Baik Pada Ibu Suami Tegurlah Biar Anak Beradab

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 443 hits
Mendidik anak bukan hanya isteri bahkan suami iaitu ayah berperanan lebih besar untuk menegur anak Ibu mungkin sudah terbiasa memarahi anak namun ayah yang jarang jarang marah anak punya kesan yang lebih besar pada anak Menurut yang sering ...
Hiburan Syurga Mu Merestuimu Anakku Ibu Mentua Mohon Hannah Delisha Suami Bersabar

Hiburan Syurga Mu Merestuimu Anakku Ibu Mentua Mohon Hannah Delisha Suami Bersabar

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 639 hits
Baru sahaja mendirikan rumah tangga timbul pula dakwaan ibu kepada Hannah Delisha sebenarnya tidak merestui perkahwinan yang dibina anak dan suami Imam Shah Dakwaan ini mula diperkatakan apabila ibu yang dikenali sebagai kakcikwujudku memua...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah