Ingatkan Ikan Rupanya Dadah Bernilai Rm500 000


Oleh SURAIDAH ROSLAN  ABDULLAH Jaapar (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah seberat 12.41 kilogram yang dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu baru-baru ini. KOTA KINABALU: Taktik menyembunyikan dadah seberat 12.41 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM501,026 di dalam kotak polisterin berisi ikan sejuk beku berjaya dikesan pihak berkuasa.
Cubaan kedua mengeksport ikan sejuk beku bersama dadah ini dikesan melalui pemeriksaan kargo oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada pukul 5 petang, 29 September lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar berkata, ini merupakan rampasan kedua menggunakan modus operandi yang sama dalam tempoh dua bulan ini.
Beliau berkata, rampasan dadah kali ini ditemukan di dalam 23 kotak polisterin ikan sejuk beku membabitkan dadah jenis syabu seberat 9.22 kg yang dianggarkan bernilai RM331,956 serta dadah jenis ketamin seberat 3.19 kg dengan nilai anggaran RM169,070.
Katanya, rampasan itu dibuat berdasarkan hasil maklumat risikan dan pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kaitan antara rampasan dadah pada bulan Ogos dan bulan ini. Kedua-dua rampasan ini menggunakan modus operandi yang sama.
“Dadah ini cuba diseludup ke negara lain menggunakan khidmat penghantaran barangan. Oleh itu, kita sedang menyiasat ejen-ejen penghantaran barangan ini kerana dua kes yang berjaya ditumpaskan ini berlaku pada tempoh yang begitu dekat,” katanya semasa sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan kedua-dua kes itu mempunyai kaitan tetapi, beliau minta diberikan ruang untuk menjalankan siasatan terperinci terlebih dahulu.
Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat berikutan rampasan dadah yang dilakukan di LTAKK ini.
Abdullah berkata, modus operandi pengedar dadah ini adalah menyembunyikan dadah dalam plastik yang diletakkan di bahagian bawah bungkusan ikan sejuk beku di dalam kotak polisterin yang ingin dieksport melalui khidmat penghantaran barangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B(1)(a)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. Dadah ini dipercayai boleh menampung kira-kira 50,000 orang penagih dadah.
Beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak membabitkan diri dengan aktiviti penyeludupan seperti rokok, minuman keras, mercun mahupun dadah yang akan merugikan negara dari segi hasil serta mendatangkan ancaman keselamatan kepada negara.
Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah penyeludupan supaya melaporkan kepada pihak berkuasa melalui talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam berhampiran.
Pada 29 Ogos lalu, JKDM turut merampas dadah seberat 8.67 kg bernilai kira-kira RM404,375 di LTAKK yang menggunakan modus operandi sama, iaitu diletakkan dalam kotak polisterin yang diisi dengan ikan sejuk beku.- UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/ingatkan-ikan-rupanya-dadah-bernilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kastam Sabah Gagalkan Cubaan Seludup 12 40 Kg Dadah Bernilai Lebih Rm500 000

Kastam Sabah Gagalkan Cubaan Seludup 12 40 Kg Dadah Bernilai Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 284 hits
RAMPAS Abdullah menunjukkan rampasan dadah di dalam bungkusan jernih yang dimasukkan ke dalam kotak polisterin berisi ikan segar KOTA KINABALU Tindakan penjenayah menggunakan taktik menyeludup dadah seberat 12 411 kilogram di dalam kotak po...
Pengantin Terima Hantaran Kamen Rider Tambahan Kepada Koleksi Bernilai Rm500 000 Cuma Sikit Kecewa Ada Plan Tak Menjadi

Pengantin Terima Hantaran Kamen Rider Tambahan Kepada Koleksi Bernilai Rm500 000 Cuma Sikit Kecewa Ada Plan Tak Menjadi

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 346 hits
AKS1 seorang pengantin lelaki melakukan gaya seperti adiwira popular Jepun Kamen Rider menjadi perhatian Walaupun tidak memakai kostum lengkap namun tali pinggang Kamen Rider Ichigo yang dipakainya itu seperti serasi dengan busana baju peng...
Lori Mabuk Pemandu Positif Dadah Rupanya

Lori Mabuk Pemandu Positif Dadah Rupanya

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 149 hits
Lori mabuk pemandu positif dadah rupanya Akibat memandu dalam keadaan mengantuk lori dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 10 9 Lebuhraya Lembah Klang Baru menghala ke arah Subang semalam Video kemalangan yang ber...
Polis Menemui Bot Terbengkalai Dengan 10 000 Kg Kulit Pokok Tangar Bernilai Rm350 000

Polis Menemui Bot Terbengkalai Dengan 10 000 Kg Kulit Pokok Tangar Bernilai Rm350 000

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 279 hits
Dalam operasi jam 2 petang itu Polis menemui bot terbengkalai dengan 10 000 kg kulit pokok tangar Semua kayu berkenaan ditinggalkan di dalam sebuah bot yang dipercayai dari Filipina PGA Sabah Rampas Kulit Kayu Tangar Benilai RM350 000 KOTA ...
Alamanda Hulurkan Barangan Makanan Bernilai Rm10 000 Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya

Alamanda Hulurkan Barangan Makanan Bernilai Rm10 000 Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 428 hits
Hi Korang Pusat Beli Belah Alamanda yang terkenal dengan pendekatan mesra komuniti menyambut ketibaan Hari Malaysia pada tahun ini dengan memperingati keringat dan pengorbanan warga kerja barisan hadapan Hospital Putrajaya yang sehingga kin...
5960 100 Pengayuh Beca Terima Kit Makanan Bernilai Rm10 000 Melaka Tv 24 09 2021

5960 100 Pengayuh Beca Terima Kit Makanan Bernilai Rm10 000 Melaka Tv 24 09 2021

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 264 hits
24 Sept Program Sumbangan Kit Makanan dan Kit Cegah COVID 19 itu merupakan tanda penghargaan buat pengayuh beca yang mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Artikel oleh Melaka TV100 PENGAYUH BECA TERIMA KIT MAKANAN BERN...
Pencen Mp Rm100 000 Sebulan Auta Syed Saddiq Saja Rupanya

Pencen Mp Rm100 000 Sebulan Auta Syed Saddiq Saja Rupanya

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 389 hits
SAYA terkejut dengan laporan portal berita Sinar Harian dan Astro Awani hari ini yang membuat liputan sebahagian perbahasan wakil rakyat dari Parlimen Muar dalam Dewan Rakyat hari ini Wakil rakyat Muar tersebut semasa mengambil bahagian dal...
Iqbal Tawar Rm500 000 Cari Individu Boleh Buat Lagu

Iqbal Tawar Rm500 000 Cari Individu Boleh Buat Lagu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 361 hits
PETALING JAYA Nama Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila dia menawarkan sebanyak RM500 000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya Menerusi perkongsian Iqbal di dal...
Penyeludup Lari Tinggalkan Baju Selimut Bundle Bernilai Lebih Rm50 000

Penyeludup Lari Tinggalkan Baju Selimut Bundle Bernilai Lebih Rm50 000

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 227 hits
Penyeludup lari tinggalkan baju selimut bundle bernilai lebih RM50 000 Seorang lelaki yang disyaki penyeludup meninggalkan baju dan selimut bundle bernilai lebih RM50 000 selepas kegiatannya dikesan di Pangkalan Haram Kebun Pengkalan Kubor ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik