Ingat Senang Ke Kalau Perang Saudara





Ingat senang ke kalau perang saudara?Oleh: PentadbirAugust 30, 2019Share
Oleh: Ameir Hassan.CATATAN BUAT SEMUA… KASI ADA AKAL SIKIT…!!!Sudah lama aku ikuti prasangka yang berkisar bila bercakap tentang kaum. Isu agama dan keceluparan melampau yang tidak sepatutnya berlaku, kian galak disebut. Masih ramai rakyat Malaysia tidak faham atau tidak mahu faham akan peruntukan Perlembagaan. Ada tuduhan kononnya ujud citizen kelas dua pula dalam negara ini.Aku terpanggil untuk memberi amaran kepada orang Cina dan orang India. Juga amaran kepada orang Melayu. Jangan tiga bangsa ini ikut perasaan gila dan hasut sana hasut sini. Kamu tahu kah apa itu huru hara dan pergaduhan kaum. Kamu tahu kah apa itu sembelih orang. Kamu seronok bila dapat sembelih orang yang kamu benci. Tapi kamu seronok kah bila orang yang kamu sayang kena sembelih? Kamu tidak pernah rasa kalau tidak makan nasi satu minggu dan tidak dapat tidur untuk satu minggu.Kamu semua api2kan perkauman. 50/60 tahun dahulu komunis dan anasir bawah tanah PKM telah api2kan perkauman sehingga tercetusnya peristiwa berdarah. Ramai yang tidak berdosa dari berbagai kaum mati dibunuh. Tidak ada kes. Tidak ada sisatan. Mati dikira mangsa keganasan darurat. Mereka mahu lihat negara ini huru hara dan hancur.Pada tahun 1989 Kominis sudah letak senjata. Tidak tahu lah aku sama ada hati mereka sudah tinggalkan fahaman kominis atau tidak. Kalau tidak susahlah kita nak aman. Apa pun tiga bangsa yang setia kepada negara ini harus lah waspada dan menjadi tanggungjawab bersama menentang kumpulan extrim ini.Aku dulu kerja polis. Jadi pegawai Polis ketika umur aku 18 tahun. Ketika itu Tun Mahathir sahaja yang ada dalam politik di antara pemimpin kerajaan hari ini. Semua Menteri2 yang ada dalam kabinet hari ini ramai yang belum pakai seluar dalam lagi dan ada yang belum lahir. Anwar Ibrahim dan Mahyuddin Yassin pun masih dalam universiti.Oleh itu aku ingin nasihatkan Menteri2 ini jangan lah cakap tidak tentu haluan sehingga boleh menjadi ancaman dan timbul huru hara. Janganlah disebut2 tentang pergaduhan kaum kalau kamu tidak pernah lihat dengan mata kepala kamu sendiri. Emosi tidak akan dapat selesaikan masaalah.Aku tertarik dengan seruan jeneral Arshad, Pengerusi VETERAN dalam tulisannya yang menyeru kepada ‘National Unity’. With respect, aku rasa ‘national unity’ ini tidak ada masalah dengan orang Melayu. Kalau orang Melayu tidak suka berpakat sudah tentu mereka tidak akan hulurkan tangan dan bagi tanah dan cangkul kepada orang Cina untuk tanam sayur dan mengajar orang India macam mana mau potong getah, 150 tahun dahulu.Orang Melayu dahulu dan sekarang sentiasa buka tangan dan minda untuk perpaduan. Sekarang adalah menjadi tanggungjawab Cina dan India untuk menerima dengan ikhlas akan tangan Melayu yang menghulurkan perpaduan. Apa guna terima tangan perpaduan kalau sekadar mahu dapat talian hayat. Anggaplah Melayu itu saudara kamu hingga akhir hayat dan begitu juga sebaliknya.Allah telah takdirkan Melayu di Malaya / Malaysia akan hidup bersama dengan dua kaum lain. Kamu tidak boleh pandang belakang lagi. Begitu juga India. Walau pun kulit kamu gelap tidak bermakna kamu adalah orang yang datang dari India. Begitu juga kamu orang Cina warna kulit sangat cerah kamu bukan lagi orang dari negeri China.Kamu bukan pendatang. Pendatang itu adalah datuk nenek kamu. Kalau kamu benci kepada orang Melayu apa kamu mahu buat? Begitu juga orang Melayu kalau benci Cina dan India apa kamu mahu buat? Mahu buang ke laut?Pandanglah ke hadapan. Tinggalkan zaman silam. Satukanlah tiga budaya yang kaya dengan ilmu ini. Orang Cina ada kehebatannya. Orang India ada kehandalannya dan orang Melayu ada keajaibannya. Alangkah hebatnya jika ketiga-tiga kehebatan ini dicantumkam untuk wujudkan suatu tunjang yang kuat yang disegani oleh negara lain di Asia kalau pun tidak di dunia.Aku dulu ada kawan2 India dan Cina masa masuk hutan buru komunis. Ramai kawan2 aku mati. Muda2 belaka mati kena tembak dengan kominis. Pertama kali aku masuk operasi pada hujung tahun 1969 aku ditakdirkan Allah memangku jenazah sahabat yang baru saja nak kenal dunia. Berusia 19 tahun. Aku bawa keluar dari hutan. Dalam masa yang sama ramai pegawai2 Cina dari cawangan khas (SB) mati dalam bandar2 besar. Selang dua tiga hari ada saja pegawai Cina mati ditembak “point blank” (tembak jarak dekat) ketika sedang makan di kedai kopi bersama isteri dan anak2 yang masih kecil. Kebanyakannya mati serta merta. Sarjan aku sendiri nama Ah Teik mati ditembak di siang hari di sempadan Padang Besar, Thailand pada hujung tahun 1980, ketika aku bertugas di situ.Ramai sudah lupa, Komando Polis VAT 69 diasaskan oleh Visvanathan seorang India. Pegawai yang disegani dengan sikap tegas tanpa pilih kasih dan jauh dari sikap perkauman. Mungkin kamu tidak ingat siapa kapten Chandran yang terkorban di Sungai Siput pada tahun 1975. Kamu juga tidak ingat siapa Santokh Singh. Percy Muthiah.Siapa Tan Sri Khoo Chong Kong mati ditembak komunis atas jalan raya di Ipoh pada 13 Nov 1973 semasa menjadi Ketua Polis Perak. Sockhalingam, Mahalingam ketika perut ditembusi peluru dan bermandikan darah masih mampu berbalas tembak. Tan Han Teong dengan 18 mayat bergelimpangan di kiri kanannya masih terus berjuang, Chong Choo Chye, Su Ah Teh. Tidak perlu disebutlah pegawai2 Melayu seperti arwah ASP Zambri, Capt Wan Munshif, Insp Zain, Insp Yusof. Ramai lagi aku tak larat nak tulis. Mati muda belaka.Mengapa kami boleh berjuang bersama? Kerana kami semua saudara dan bersumpah inilah bumi kami. Bagi pemuda Melayu Cina dan India kami adalah anak watan. Mengapa hari ini setelah kita berjaya kita mahu sia-siakan pengorbanan mereka?Waspada lah, petualang dan pengkhianat wujud dalam semua bangsa. Cina, India dan Melayu. Umpama sekandang kerbau. Kerana seekor kerbau yang membawa lumpur habis semuanya terpalit.Aku percaya Tun Mahathir seorang yang berhikmah (wisdom). Dengan izin Allah kita tidak akan terperangkap dengan mainan politik petualang dan pengkhianat2 ini. Mereka akan lakukan apa saja untuk dapatkan kuasa sebagaimana yang telah mereka cuba lakukan pada 13 Mei 1969.Kepada Menteri2 aku nak pesan, buang lah sedikit ego. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Bacalah Perlembagaan Persekutuan. Itulah rujukan setiap rakyat termasuk pemimpin parti. Hormatilah kitab kecil itu. Pasti kita tidak akan silap.Jika kitab itu diterima pakai dengan hati yang ikhlas dan terbuka, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang makmur dan aman. Kamu menerima ‘silver platter’ dari pejuang terdahulu tanpa kudrat, darah dan air mata. Jagailah amanat ini dengan sejujur mungkin sebagai anak watan.Kami Anggota Pasukan keselamatan memerah keringat utk KESELAMATAN, KEHARMONIAN & PERPADUAN NEGARA…


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/ingat-senang-ke-kalau-perang-saudara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Age Challenge Zizan Dan Shuib

Perang Age Challenge Zizan Dan Shuib

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 240 hits
Macam Pendekar Penyu Dragon Ball Zizan Balas Dendam Dengan Shuib Ramai Berdekah Ramai selebriti yang telah terjebak dengan demam age challenge untuk berkongsikan rupa mereka dalam versi tua Jika sebelum ini Zizan meluahkan rasa geram kepada...
Pbb Myanmar Gunakan Kekerasan Seksual Sebagai Senjata Perang

Pbb Myanmar Gunakan Kekerasan Seksual Sebagai Senjata Perang

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 143 hits
Misi pencari fakta Perserikatan Bangsa Bangsa untuk Myanmar mengatakan pemerkosaan oleh pasukan militer dan bentuk kekerasan seksual lainnya begitu rutin terjadi
Trump Sesumbar Bisa Menangkan Perang Afghanistan Dalam Sepekan Tanpa Nuklir

Trump Sesumbar Bisa Menangkan Perang Afghanistan Dalam Sepekan Tanpa Nuklir

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 114 hits
Presiden Amerika Serikat Donald Trump kemarin kembali sesumbar dengan mengatakan AS bisa memenangkan perang Afghanistan dalam waktu satu minggu saja tanpa menggunakan senjata nuklir
Dpp Golkar Dijaga Ketat Kubu Bamsoet Bilang Ini Kan Bukan Mau Perang

Dpp Golkar Dijaga Ketat Kubu Bamsoet Bilang Ini Kan Bukan Mau Perang

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 156 hits
Ratusan orang berseragam Angkatan Muda Partai Golkar menduduki kantor DPP Golkar di Jl Anggrek Neli Slipi Jakarta Barat pada Senin lalu Ketum Golkar Airlangga Hartarto mengaku di markasnya sedang ada acara internal
Perang Drone Di Timur Tengah Bisa Picu Perang Lebih Besar

Perang Drone Di Timur Tengah Bisa Picu Perang Lebih Besar

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 212 hits
Sejak Amerika Serikat memutuskan mundur dari kesepakatan nuklir Iran tahun lalu sejumlah serangan militer dan ancaman meningkat di Timur Tengah dari mulai pesawat nirawak yang diterbangkan sekutu Iran dan AS di kawasan paling bergolak di mu...
Rahsia Logo Ular Menelan Manusia Jenama Alfa Romeo Ada Kaitan Dengan Perang Salib

Rahsia Logo Ular Menelan Manusia Jenama Alfa Romeo Ada Kaitan Dengan Perang Salib

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 499 hits
Walaupun bukanlah jenama kereta Eropah terlaris di Malaysia dan di seluruh dunia Alfa Romeo adalah antara pengeluar automotif yang berada dalam kelas tersendiri dan cukup disegani Ada dikalangan peminat yang gilakan keunikan bunyi jentera j...
Perang Dagang Memanas As Dan China Mulai Berlakukan Tarif Tambahan

Perang Dagang Memanas As Dan China Mulai Berlakukan Tarif Tambahan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 219 hits
Mengutip Reuters penerapan itu merupakan peningkatan ketegangan terbaru dalam perang dagang antara kedua negara kendati pembicaraan di antara mereka kemungkinan akan dimulai lagi bulan ini
Perang Dagang Mereda Ihsg Tercatat Menguat 1 16 Persen Pekan Ini

Perang Dagang Mereda Ihsg Tercatat Menguat 1 16 Persen Pekan Ini

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 141 hits
Di penghujung bulan Agustus 2019 data perdagangan PT Bursa Efek Indonesia ditutup positif Hal tersebut dapat terlihat pada data Indeks Harga Saham Gabungan yang mengalami peningkatan sebesar 1 16 persen pada posisi 6 328 470 dari 6 255 597 ...
Ketegangan Di Wilayah Kashmir Menteri Pakistan Dakwa Perang Rasmi Mungkin Bermula Oktober Ini

Ketegangan Di Wilayah Kashmir Menteri Pakistan Dakwa Perang Rasmi Mungkin Bermula Oktober Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 209 hits
Ketegangan di antara India dan Pakistan yang berhubung kait dengan wilayah Kashmir sudah terjadi sejak beberapa lama yang lalu Namun ia nampaknya kian memuncak ketika ini dan ramai yang berpendapat dua negara berjiran ini akhirnya akan bert...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions