Informasi Kerana Salah Laku Seksual Pengetua Serangan Maut Wanita Berburka Ini Terjadi




Lapor Salah Laku Seksual Pengetua, Wanita Maut Dibakar Penyerang Berburka

Seorang pelajar tahfiz wanita maut setelah disimbah minyak tanah dan dicucuh api oleh sekumpulan wanita. Mangsa, Nusrat Rafi, meninggal dunia di sebuah hospital di Dhaka, Bangladesh Rabu lalu selepas dirawat kerana kecederaan melecur teruk.Nusrat dipercayai diserang sekumpulan pelajar wanita dalam satu serangan di sekolahnya, Sabtu lalu.

Melecur 80%Serangan ke atas Nusrat itu berlaku selepas mangsa dan keluarganya membuat laporan polis terhadap serangan seksual didakwa dilakukan pengetua sekolahnya. Ibu Nusrat, Shirin Akter tidak dapat menyembunyikan rasa sebak apabila menerima berita sedih itu.Mereka bunuh anak saya. Kami mahukan keadilan.Nusrat melecur 80% dengan separuh daripadanya diklasifikasikan melecur teruk, menurut pegawai perubatan bertugas.Isnin lalu, Perdana Menteri Sheikh Hasina mengarahkan Nusrat diberi rawatan terbaik dan akan dihantar ke Singapura untuk rawatan lanjut. Beberapa jam kemudian, mangsa diberikan bantuan pernafasan dan keadaan itu tidak memungkinkan dia dihantar Singapura.

Adik akan protesAdik mangsa, Mahmudul Hasan yang menemani Nusrat ke sekolah berkata, seorang individu berburka memaklumkan Nusrat rakannya telah dipukul di bumbung bangunan.Sampai di sana, 4 orang individu berburka menyuruhnya menggugurkan laporan kesalah seksual terhadap pengetua sekolah. Suspek kemudian menyimbah mangsa dengan minyak tanah. Ujar Mahmudul, dia akan tetap dengan pendiriannya memprotes kejadian itu.Saya akan teruskan protes, saya akan adukan kepada perdana menteri.Menurut setiausaha Hasina, Ihsanul Karim mengesahkan perdana menteri telah mengarahkan penangkapan mereka yang terlibat. Setakat ini 7 orang dicekup, termasuk pengetua sekolah itu.Sumber: BenarNews

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Salah Laku Seksual itu, ada kaitan dengan perlakuan najis zina. Mari kita lihat 'AL-KAFI #812 : KESAN BURUK ZINA', yang dilarang Allah SWT seperti yang disiarkan oleh laman web rasmi pejabat Mufti W/Persekutuan.



SoalanApakah kesan buruk daripada zina berdasarkan kepada nas al-Quran?JawapanAlhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.Allah SWT berfirman:وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًاMaksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah al-Isra’: 32)Ibn Kathir berkata: Allah SWT melarang para hambaNya daripada perbuatan zina dan menegah daripada mendekatinya. Begitu juga setiap yang membawa kepada zina seperti faktor-faktor dan aspek-aspek yang membawa kepadanya. Firman-Nya: (وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً) “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji”, yakni suatu perbuatan dosa besar. Firman-Nya: (وَسَاءَ سَبِيلًا) “dan satu jalan yang jahat,” yakni merupakan seburuk-buruk jalan dan tingkah laku.Lihat Tafsir al-Quran al-Azim (5/72)Syeikh al-Maraghi berkata: Sesungguhnya berzina itu nyata keburukannya, bahkan mengandungi pelbagai kerosakan. Antara yang terpenting ialah:Percampuran dan keturunan yang porak-peranda. Apabila seseorang lelaki berasa ragu-ragu mengenai anak yang dilahirkan oleh seorang pelacur perempuan, apakah bayi itu anaknya atau anak orang lain, maka lelaki tidak akan mendidiknya, bahkan seterusnya tidak mahu mengurusnya. Hal itu akan menyebabkan keturunan manusia menjadi sia-sia dan dunia akan hancur.Perzinaan sebenarnya membuka pintu huru-hara dan kegoncangan dalam kalangan sesama manusia kerana manusia tetap mempertahankan kehormatan. Berapa banyak peristiwa pembunuhan yang timbul kerana keinginan berzina, sehingga sewaktu kita mendengar sesuatu peristiwa pembunuhan, maka orang akan terus mengatakan, “Periksalah dahulu latar belakang perempuan yang terlibat!”Wanita yang sudah terkenal dan masyhur sebagai pelacur akan dipandang kotor oleh setiap lelaki yang waras sehingga tidak akan berlaku kemesraan antara perempuan seperti itu dengan suaminya. Dengan demikian, ketenteraman dan keserasian yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai kasih dan sayang antara sesama manusia tidak akan tercapai.Tujuan kaum perempuan dicipta bukan sekadar pelampias syahwat semata-mata. Akan tetapi, ia dijadikan sebagai sekutu bagi kaum lelaki dalam mengatur urusan rumah tangga dan mempersiapkan tugas-tugasnya seperti makanan, minuman dan pakaian. Kaum perempuan juga menjadi penjaga dan pengurus anak-anak dan sekaligus menjadi pembantu suami. Tugas ini tidak akan dilaksanakan dengan sempurna kecuali apabila wanita itu menjadi rakan (pasangan) yang khusus bagi seorang lelaki sahaja, bukan untuk lelaki-lelaki yang lain.Dalam erti kala yang lain, perzinaan merupakan suatu yang sangat keji, kerana ia adalah punca-punca, nasab (keturunan) menjadi kacau-bilau dan manusia saling bunuh-membunuh, sembelih-menyembelih, kerana mempertahankan kehormatan. Perzinaan juga merupakan cara yang buruk jika ditinjau dari segi menyamakan antara manusia dan binatang, iaitu tidak menjodohkan antara yang betina dengan yang jantan secara khusus.Lihat Tafsir al-Maraghi(8/3941-3942)Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: Jika kita lihat semua agama Samawi bersepakat atas pengharaman zina dan menentangnya dengan keras. Dan agama yang terakhir ialah Islam, yang melarang keras perzinaan kerana perbuatan itu akan merosakkan keturunan keluarga, berlakunya kes pembuangan janin dan anak, menjatuhkan nama baik kaum kerabat, memecah-belahkan hubungan silaturahim, tersebarnya penyakit yang kronik[1], nafsu bermaharajalela dan merendahkan moral seseorang insan.Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam(267-268)Syed Qutb berkata: Perlakuan zina mengandungi aspek pembunuhan dari pelbagai sudut. Zina merupakan perbuatan membunuh sejak dari awal lagi kerana zina itu menumpahkan benih hayat pada bukan tempatnya yang sebenar. Ia kemudian diikuti pula oleh keinginan mahu menghindarkan diri daripada kesan-kesannya dengan membunuh janin sama ada sebelum atau selepas ia membentuk rupa dan sama ada sebelum ia dilahirkan atau selepas. Andai kata janin itu dibiarkan hidup sekalipun, ia biasanya akan dibiarkan hidup dalam satu kehidupan yang gelap atau kehidupan yang hina.Dari sudut yang lain, zina merupakan satu pembunuhan kepada masyarakat kerana kemudahan memuaskan nafsu syahwat melalui zina menjadikan kehidupan secara suami isteri merupakan perkara sekunder, bukannya perkara yang perlu. Ia juga menjadikan keluarga sebagai suatu tanggungjawab yang tidak mustahak, sedangkan keluarga merupakan tapak semaian yang baik bagi anak-anak yang kecil, di mana fitrah dan didikan mereka tidak akan sihat dan betul melainkan apabila mereka dibelakan di sana. Tiada satu umat pun yang mana kejahatan zina dalam kalangan mereka tersebar luas melainkan umat itu tetap akan menuju ke arah keruntuhan dan kehancuran. Inilah yang berlaku sejak zaman purbakala hingga ke zaman moden.Lihat Fi Zilal al-Quran( 10/189)Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya Allah menjauhkan kita daripada kancah perzinaan seterusnya menjadikan kita begitu hampir dan dekat dengan-Nya untuk mentaati segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ameen.[1] Rujukan medik terkemuka, Merck cetakan 3/1977 menyebut: “Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seks (zina) dan hubungan seksual yang menyimpang merupakan penyakit yang paling banyak tersebar di seluruh dunia pada ketika ini. Jumlah penderita penyakit ini terus bertambah setiap tahun. Kejadian ini berlaku lebih kurang 20 tahun yang lalu. Badan Kesihatan Dunia (WHO) mengira, dalam setiap tahun lebih dari 250 juta menderita penyakit kencing bernanah (gonorhea).Selain itu, setiap tahun mencatatkan 50 juta orang diserang penyakit Syphilis yang lebih terkenal di negara-negara Arab dengan nama “Penyakit Eropah”. Pusat Pemusnahan Penyakit Kronik di Atlanta, wilayah Georgia, AS mengira terdapat 3 juta orang di Amerika yang menderita penyakit kencing bernanah (gonorhea) setiap tahun.Sedangkan jumlah penghidap Syphilis mencapai 400 ribu orang dalam waktu yang sama pada tahun 1976. Jurnal Doctor Graduate, edisi Mei 1983 dan jurnal Time, edisi 4 Julai 1983 menyatakan laporan bahawa 20 juta orang di Amerika menderita penyakit gangguan reproduksi herbes, bahkan setiap tahun ada setengah juta angka baru pada penyakit yang sama. Sementara di Inggeris pula mencatatkan sebanyak 15 ribu kes yang baru pada tahun 1982.Sekian Wallahu 'aklam.
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/informasi-kerana-salah-laku-seksual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Perlu Ubah Cara Kita Layan Kaum Wanita Mohamed Salah Pemain B Sepak

Kita Perlu Ubah Cara Kita Layan Kaum Wanita Mohamed Salah Pemain B Sepak

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 342 hits
SALAH Saya rasa kita perlu ubah cara kita melayani wanita dalam budaya kita Ia bukan satu pilihan Foto Twitter TIMESUKANPEMAIN bola sepak sensasi Liverpool Mohamed Salah menyeru kaum lelaki Muslim seluruh dunia supaya melayan wanita dengan ...
Gambar Salah Laku Prk Rantau Tersebar

Gambar Salah Laku Prk Rantau Tersebar

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 505 hits
Gambar Salah Laku PRK Rantau Tersebar Pemimpin utama BN mendakwa PH menggunakan kanak kanak dalam kempen pilihan raya gabungan itu Aktivis Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegubard hari ini menyoroti penggunaan kanak kanak...
Pertuduhan Dipinda Wanita Vietnam Mengaku Salah Cederakan Jong Nam

Pertuduhan Dipinda Wanita Vietnam Mengaku Salah Cederakan Jong Nam

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 224 hits
Foto oleh Yusof Mat IsaSHAH ALAM 1 April Pertuduhan terhadap wanita warga Vietnam Doan Thi Huong yang sebelum ini didakwa membunuh abang pemimpin Korea Utara Kim Chol atau Kim Jong nam dipinda kepada tuduhan yang lebih ringan iaitu menceder...
Lebih 50 Militan Boko Haram Maut Dalam Serangan Di Nigeria

Lebih 50 Militan Boko Haram Maut Dalam Serangan Di Nigeria

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 225 hits
Lebih 50 militan Boko Haram maut dalam serangan di Nigeria Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Apr 2019 8 43A
Diganggu Secara Seksual Masa Memandu Wanita Ini Kongsi Pengalamannya

Diganggu Secara Seksual Masa Memandu Wanita Ini Kongsi Pengalamannya

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 462 hits
Seorang wanita mendakwa dia telah diekori oleh seorang lelaki bermotosikal semasa sedang memandu di Kuala Lumpur Keluarkan lidah tunjuk aksi lucah Sarah yang berkongsi kejadian itu di akaun Sumber Facebook Terkejut dengan apa yang berlaku d...
Informasi Kerjasama Bn Pas Pengaruh Politik Islam Makin Terserlah K Wanita Umno M Sia

Informasi Kerjasama Bn Pas Pengaruh Politik Islam Makin Terserlah K Wanita Umno M Sia

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 406 hits
KL Pengaruh politik Islam menjadi semakin terserlah hasil daripada kerjasama yang erat antara BN dan PAS susulan kemenangan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau semalam Ke...
Tiga Murid Maut Guru Wanita Cedera

Tiga Murid Maut Guru Wanita Cedera

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 405 hits
KOTA TINGGI Tiga murid Sekolah Menengah Kebangsaan Lukman Hakim Felda Lok Heng maut apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka bersama seorang guru wanita terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di laluan Kota Tinggi Bandar ...
Wanita Melayu Tak Pandai Jaga Badan

Wanita Melayu Tak Pandai Jaga Badan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 943 hits
WANITA Melayu sila ambil perhatian Diperhatikan sejak akhir akhir ini ramai dalam kalangan lelaki Melayu sudah mula mencari pasangan mereka dari luar negara Jangan terkejut bukan sahaja golongan atasan atau elit yang berminat tetapi rakyat ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation