Pertuduhan Dipinda Wanita Vietnam Mengaku Salah Cederakan Jong Nam


    Foto oleh Yusof Mat Isa

SHAH ALAM, 1 April — Pertuduhan terhadap wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong yang sebelum ini didakwa membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dipinda kepada tuduhan yang lebih ringan iaitu mencederakan lelaki itu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Ariffin hari ini bahawa pendakwaan telah meminda pertuduhan bunuh terhadap wanita itu menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera.

Loading...
Seksyen 324 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut manakala Seksyen 302 memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Doan, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif itu dan mahkamah menangguhkan prosiding sebelum menjatuhkan hukuman terhadap wanita tersebut yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Dia didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol dengan menggunakan bahan yang berbahaya kepada tubuh badan apabila dimasukkan ke dalam saluran darah iaitu racun VX.


Wanita itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Februari 2017.

Hari ini sepatutnya Doan membela diri atas pertuduhan membunuh itu.

Ketika prosiding, Doan yang memakai skaf, kelihatan tenang dalam kandang tertuduh sambil memandang kepada beberapa lelaki termasuk bapanya dan pegawai daripada kedutaan Vietnam yang hadir pada prosiding itu.

Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah, 26, warga Indonesia daripada pertuduhan membunuh Kim Chol.

Pada Mac lepas, Doan melalui peguamnya mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji pertuduhan bunuh itu tetapi ia ditolak.

Pada 16 Ogos 2018, mahkamah memerintahkan Siti Aisyah dan Doan membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Chol.

Sebelum ini mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2 pada 9 pagi, 13 Februari 2017 menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/pertuduhan-dipinda-wanita-vietnam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kim Jong Nam Trial Vietnam Woman Accepts New Charge Likely To Walk Free

Kim Jong Nam Trial Vietnam Woman Accepts New Charge Likely To Walk Free

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 483 hits
A Vietnamese woman suspected of assassinating the North Korean leader s half brother accepted a lesser charge Monday and looks set to be freed soon after her Indonesian co accused was released last month Doan Thi Huong smiled and said I m h...
Kejadian Yang Mengharukan Apabila Wanita Yang Tidak Disangka Ini Adalah Salah Seorang Dari 350 Orang Yang Memeluk Islam

Kejadian Yang Mengharukan Apabila Wanita Yang Tidak Disangka Ini Adalah Salah Seorang Dari 350 Orang Yang Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 761 hits
Subhanallah sesuatu yang terjadi ada hikmahnya Tidak semua nampak perancangannya Semoga artikel dibawah ini akan buat anda terharu Jumaat lalu umat Islam dikejutkan dengan berita menyedihkan di mana berlaku tembakan rambang di dua masjid di...
Malaysia Lokman Adam Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Pelajar Um

Malaysia Lokman Adam Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Pelajar Um

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 421 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam didakwa bersama 3 individu lain di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencederakan pelajar Universiti Malaya dan wartawan dalam satu perhimpunan aman di ibu negara Jumaat lal...
Terdakwa Kasus Pembunuhan Kim Jong Nam Bebas Dari Hukuman Mati

Terdakwa Kasus Pembunuhan Kim Jong Nam Bebas Dari Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 315 hits
Doan Thi Huong sebelumnya didakwa hukuman mati karena membunuh Kim Jong nam pada Februari 2017 lalu Doan tertangkap kamera saat mengoleskan cairan beracun VX ke wajah Kim Jong nam di bandara Kuala Lumpur
Pensyarah Kanan Berdepan 33 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Tuntutan Palsu

Pensyarah Kanan Berdepan 33 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Tuntutan Palsu

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 573 hits
NORLIDA AKMAR IDROS 27 Mac 2019 4 17 PM ALOR SETAR Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 33 pe
Sebelum Terjadi Ott Kpk Kasn Mengaku Sudah Peringatkan Sekjen Kemenag

Sebelum Terjadi Ott Kpk Kasn Mengaku Sudah Peringatkan Sekjen Kemenag

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 225 hits
Ketua Komisi Aparatur Sipil Negara Sofian Effendi mengaku pihaknya sudah memberikan peringatan kepada Kementerian Agama terkait proses seleksi untuk pengisian jabatan Peringatan itu diberikan sebelum Komisi Pemberantasan Korupsi mengungkap ...
Khairy Mengaku Jumpa Taliban Umno Pas Takkan Jadikan Malaysia Taliban

Khairy Mengaku Jumpa Taliban Umno Pas Takkan Jadikan Malaysia Taliban

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 507 hits
Bekas ketua pemuda Umno malam tadi mempertahankan kerjasama Umno dengan PAS dari dikaitkan dengan Taliban Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar beliau kenal kumpulan yang pernah mentadbir Afghanistan itu dan kerjasama Umno dengan PAS tidak ak...
Mengaku Bisa Bantu Warga Jadi Asn Anggota Kpk Gadungan Ditangkap Polisi

Mengaku Bisa Bantu Warga Jadi Asn Anggota Kpk Gadungan Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 370 hits
Polisi menangkap Hermansyah alias Pangeran lantaran melakukan penipuan dengan mengaku sebagai anggota Komisi Pemberantasan Korupsi Modusnya Pangeran mengaku bisa meloloskan korban menjadi Aparatur Sipil Negara
Tips Penting Elak Jerat Suami Orang Yang Mengaku Bujang

Tips Penting Elak Jerat Suami Orang Yang Mengaku Bujang

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 636 hits
Sumber foto Bukanlah suatu perkara baru kita terbaca atau terdengar tentang gadis bercinta dengan suami orang Ramai gadis terperangkap dengan lakonan lelaki hidung belang yang pandai mengayat disamping lakonan gred A yang cukup mantap dan a...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Mapa Lyrics Sb19 Aruma


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls