Informasi Kematian Adib Peguam Negaa Dipersoalkan Pengusi Ummah





Kematian Adib: Macam ada konspirasi umum afidavit?KL: Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya mendakwa wujud konspirasi terhadap inkues membabitkan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.Beliau dalam satu sidang media mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Thommy Thomas yang mengumumkan afidavit kes berkenaan sedangkan proses inkues Adib sedang dijalankan dan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi."Kita mempersoalkan kenapa afidavit ini dibuat ketika inkues sedang berjalan, seolah-olah ada satu konspirasi yang dibuat oleh pihak tertentu, (iaitu) pihak atasan untuk mengatakan bahawa arwah Adib ini bukan mati disebabkan dipukul, tetapi disebabkan oleh dilanggar kenderaan yang berada di lokasi berkenaan pada malam tersebut," jelasnya.Dimaklumkan, afidavit tersebut antara lain menyatakan bahawa kecederaan yang dialami Adib sehingga membawa kepada kematian bukan disebabkan oleh dipukul perusuh walaupun inkues kematian arwah Adib masih dijalankan.Sehubungan itu, Aminuddin berpendapat bahawa tindakan Peguam Negara merupakan sesuatu yang tidak wajar dan bercanggah dengan prinsip undang-undang apabila afidavit diumumkan sebelum selesai inkues.Sementara itu, Timbalan Pengerusinya, Kamaruzzaman Mohamad turut berpendapat konspirasi tersebut bertujuan untuk mengaburi kesilapan Peguam Negara yang membuat keputusan awal serta mendahului proses keadilan dan proses mahkamah berkenaan kes kematian arwah Adib."Jadi ini memperlihatkan seolah bahawa Peguam Negara sudah ada 'agenda setting' dia sendiri yang ingin dibuat terhadap kes Adib, dan keputusan dibuat tanpa melalui proses perundangan, melalui proses kehakiman yang sepatutnya dibuat."Ianya seolah-olah satu konspirasi daripada Pejabat Peguam Negara untuk satu kes yang istimewa dimana seorang penjawat awam dibunuh oleh sekumpulan perusuh dan seolah - olah kes ini ingin menutup kesalahan perusuh dan dijadikan keputusannya bahwa Adib meninggal kerana kemalangan, bukan dipukul perusuh," ujarnya dalam satu sidang media Ummah di Pejabat Muafakat, di sini hari ini.Untuk rekod, afidavit yang disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah, menyatakan kematian Adib bukan akibat dipukul oleh sesiapa. – HARAKAHDAILY 18/4/2019
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/informasi-kematian-adib-peguam-negaa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Peguam Negara Gagal Kemuka Hujah Balas Perbentangan 4 Pensyarah

Informasi Peguam Negara Gagal Kemuka Hujah Balas Perbentangan 4 Pensyarah

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 411 hits
MODERATOR Prof Datuk Noor Azizah Mohd Awal bersama ahli panel Prof Dr Faridah Jalil Mohd Khairul Azam Abdul Aziz Azril Mohd Azmin dan Asheeq Ali Sethi Alivi dalam Program Bicara Persada Bertajuk Statut Rome Malaysia Ke Arah Mana di Persada ...
Jabatan Peguam Negara Fail Afidavit Adib Tak Dipukul

Jabatan Peguam Negara Fail Afidavit Adib Tak Dipukul

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 270 hits
Peguam M Visvanathan berkata afidavit Jabatan Peguam Negara itu disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah bahawa kematian Adib bukan akibat dipukul oleh mana mana orang Foto FMT PUTRAJAYA Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil M...
Afidavit Adib Kematian Bukan Akibat Dipukul Tidak Masuk Akal

Afidavit Adib Kematian Bukan Akibat Dipukul Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR 19 April Afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara mengatakan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bukan akibat dipukul disifatkan sebagai tindakan tidak masuk akal dilakukan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara K...
Dummy Test Shows Adib Could Have Been Hit By Van Door Says Expert

Dummy Test Shows Adib Could Have Been Hit By Van Door Says Expert

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 325 hits
Shahrom Abd Wahib SHAH ALAM A forensic expert told the inquest into Muhammad Adib Mohd Kassim s death that his experiment of pushing a mannequin to the side of the medical van passenger s door resulted in a similar pattern of injuries as th...
Malaysia Tak Mungkin Adib Dilanggar Ketika Van Berundur Kata Pakar Forensik

Malaysia Tak Mungkin Adib Dilanggar Ketika Van Berundur Kata Pakar Forensik

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 557 hits
Bekas pakar perunding kanan forensik dan patologi PPUKM Dr Shahrom Abd Wahid Foto Free Malaysia TodaySHAH ALAM Seorang pakar forensik memberitahu inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim berdasarkan uji kajinya beliau tida...
Emrs Van Did Not Have Enough Force To Send Adib Hurtling Says Witness

Emrs Van Did Not Have Enough Force To Send Adib Hurtling Says Witness

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 351 hits
INQUEST The reversing Emergency Medical Rescue Services van did not have enough force to send firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim hurtling on a nearby road curb on the night of the Seafield Temple riots on Nov 27 last year testified a ret...
Datangi Keluarga Lewat Mimpi Akhirnya Terungkap Kematian Wanita Ini Dicekik Suami Sendiri

Datangi Keluarga Lewat Mimpi Akhirnya Terungkap Kematian Wanita Ini Dicekik Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 337 hits
Sempat dikira tewas bunuh diri sementara keluarga selalu didatangi lewat mimpi mampu menguak misteri kematian Ferolin Sister Djorebe Ternyata sang suami lah yang menghabisi nyawanya dengan cara dicekik Ferolin Sister Djarebe ditemukan tewas...
Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Funny18 Top 56 By Lucienne Pg Funny18a Com Funny18 Web Pgslot 25 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Ada Yang Cancel Order Sebab Tak Menang Ka Okay Je

Sejauh Mana Sebenarnya Teleskop Paling Canggih Dunia Boleh Lihat Angkasa Ini Jawapannya

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Al Fateh Sahabat Chord

Those Who Defy Ruler Will Be Impaled Ti Tells Puad

Malaysian Netizens Mock Indonesia S New Animated Film Quality