Informasi Janji Dan Sumpah Syaitan Terhadap Kaum Wanita


Inilah Janji Dan Sumpah Syaitan Terhadap Kaum Wanita. Ambil Perhatian! | Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. 
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus

Bagaimanakah caranya? 
1. Membuka Bahagian Tangan 
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). 
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. 
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. 
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?" 
2. Membuka Leher dan Dada 
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. 
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." 
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V". 
3. Berpakaian tapi Telanjang 
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. 
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang). 
4. Agak Terbuka Sedikit 
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." 
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan. 
5. Tudung Semakin Kecil 
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". 
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung." 
6. Terdedah 
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya. 
7. Membuka Seluruh 
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut" 
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. 
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. 
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? 
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. 
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut. 
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. 
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. 
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!! 
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah..
da bce kn... so g----.. comment2.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://yongsaiyo.blogspot.com/2013/03/informasi-janji-dan-sumpah-syaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azab Bagi Kaum Wanita Di Neraka

Azab Bagi Kaum Wanita Di Neraka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 182 hits
Sayidina Ali R A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S A W menangis manakala ia datang bersama Fatimah Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah S A W mengapa beliau menangis Rasulullah S A W menjawab Pada malam aku diisra kan aku ...
Trend Kegilaan Wanita Korea Terhadap Eye Bag Comel Siot

Trend Kegilaan Wanita Korea Terhadap Eye Bag Comel Siot

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 284 hits
Eye bags yang comelWalaupun kebanyakan wanita lain di dunia ini membelanjakan wang dengan jumlah yang tidak masuk akal hanya untuk menyembunyikan atau menghilangkan bengkak di bawah mata mereka namun wanita Korea menganggap ia adalah tanda ...
Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 405 hits
SOALAN Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsu...
10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 173 hits
1 Menghilangkan hijab Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan ...
Informasi 41 Darjat Wanita Solehah Yang Patut Wanita Tahu

Informasi 41 Darjat Wanita Solehah Yang Patut Wanita Tahu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 230 hits
41 DARJAT WANITA SOLEHAH YANG PATUT SEMUA WANITA TAHU41 Darjat Wanita Solehah Yang Patut Semua Wanita Tahu1 Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki Ketika ditanya kepada Rasulullah akan...
Gambar Kesan Penggunaan Steroid Terhadap Wanita

Gambar Kesan Penggunaan Steroid Terhadap Wanita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 245 hits
Steroid selalu dikaitkan dengan lelaki yang terlalu idamkan berbadan sado Tapi jarang kita lihat steroid digunakan oleh seorang wanita Apakah kesan steroid terhadap wanita bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang Sebelum SteroidJangk...
Mh370 Siapa Wanita Misteri Hubungi Kapten Zaharie Sebelum Berlepas

Mh370 Siapa Wanita Misteri Hubungi Kapten Zaharie Sebelum Berlepas

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 134 hits
Ia merupakan panggilan terakhir yang dibuat kepada atau daripada telefon mudah alih Kapten Zaharie Ahmad Shah sebelum Boeing 777 meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac lapor The Mail Ahad Zaharie Ahmad ShahKapten Zaharie Terima Panggilan Dari...
Omg Wanita Ini Ketagih Makan Bulu Kucing Peliharaannya

Omg Wanita Ini Ketagih Makan Bulu Kucing Peliharaannya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 218 hits
This is Lisa from Detroit MILisa is addicted to eating her CAT s FUR Yes cat fur She eats it at homeIn the carat the beachEverywhere really Lisa s cat s reaction is as shocked as my reaction tooIt gets even worsewhen she goes straight to th...
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

12 Taman Taman Negara Di Sarawak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Levels Of Investments

Pengertian Dari Mesin Slot Online

Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Berita Basi Di Ayer Kuning