Informasi Imbauan Imbasan 13 Mei 69 Di Balik Pulau Pp Ibnu Hasyim



Kulit Buku 13 Mei 69 Oleh Tunku Abdul Rahman.. (atas)


Monday, May 12, 2008 
Imbauan 8: 13 Mei 69 Di Balik Pulau.. 

Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI 
BARU-BARU ini saya sempat ke Balik Pulau (Pulau Pinang) lagi… jumpa seorang kawan lama. Dia bercerita….

Kelmarin, aku pi Tanjong (bandar George Town) di sebuah pejabat kerajaan. Sedang menunggu di kaunter, aku kenai-kenai dengan seorang bekas pegawai polis (kata dia). Masa perkenaikan aku dari Kampung Perlis Balik Pulau, dia terkejut.

“Hang tau dak, rumah depan simpang jalan masuk ke masjid Kampung Perlis?”. Aku angguk.

“Ada sesuatu berlaku menjadi kenangan titik hitam semasa aku bertugas dulu… Sehari dua, lepas 13 Mei 69 (berlaku rusuhan kaum di KL) itu, pagi-pagi di atas jalan (depan rumah itu) tertulis perkataan ‘Bunuh Kafir’ dengan gambar parang panjang berlumuran darah. Parang panjang gaya bentuk macam parang dalam bendera kerajaan Arab Saudi... 

Hal ini mencemaskan petani-petani atau penoreh- penoreh yang pergi ke sawah dan ladang pada hari itu. Perintah berkurung pun dikuat kuasakan, dan kami pihak polis perlu dapatkan maklumat lanjut mengenai siapa dan kumpulan mana di belakang kes tersebut.” Kata bekas pegawai polis itu.

“Polis syak siapa??” Aku tanya bekas polis itu.

Cerita kawan lama saya ini, membongkar kembali kenangan silam di kampung tempat saya dilahirkan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain! Di situlah saya Ibnu Hasyim dibesarkan, walaupun beberapa ketika keluarga saya pernah berpindah mengajar agama ke Madrasah Al-Masakin di Teluk Bahang Pulau Pinang.. 

Saya ingat pada Mei 69 itu, saya masih bersekolah tingkatan 5 di Sekolah Menengah Seri Balik Pulau. Pada 14 Mei paginya saya masih pergi sekolah lagi. Saya tidak pedulikan apa yang terconteng di atas jalan depan rumah saya itu, kerana saya selalu terlewat pergi ke sekolah, bila pulang nanti, baru nak tengok betu-betul tulisan itu. 

Tetapi bila pulang sekolah, tulisan itu sudah di padamkan oleh pihak JKR atau PWD, cuma tinggal bayang-bayang saja. Rupanya perkara itu bukan perkara kecil, tetapi perkara sensitive dan dianggap besar.

‘Perintah berkurung’ pun dikuatkuasakan menjelang tengah malam. Keluarga saya amat cemas. Ayah saya tiada di rumah. Abang saya tidak pulang, dikatakan tersangkut di bandar, tidak pulang dari sekolah. Paginya dia belajar di Sekolah Arab Al-Mashhor, Lebuh Tek Soon (sekarang KOMTAR) di kawasan kaum Cina, petangnya di sekolah Inggeris.

Bertambah cemas lagi bila mengingatkan kira-kira 2 tahun lepas (1967) di Pulau Pinang berlaku rusuhan kaum, kononnya berikutan kejatuhan harga duit. Dikatakan ramai terbunuh, terutama orang-orang Melayu yang terjebak di dalam kawasan Cina. 

Saya teringat pada suatu pagi, apabila terdengar berlaku pembunuhan di bandaraya Pulau Pinang (1967) itu, beberapa pemuda-pemuda Melayu keluar beramai di jalanraya Kampung Perlis menuju ke Pekan Pulau Betong di kawasan penempatan Cina.

Konon untuk membalas dendam ke atas pembunuhan orang Melayu di bandar, tetapi akhirnya dihalang oleh pihak polis. Saya yang masih berumur kira-kira 15 tahun itu ingin ikut, tetapi ditegah oleh ibu saya. Begitu juga sebelah malamnya, walaupun perintah berkurung ada juga pemuda-pemuda dari kumpulan silat kampung yang ingin mengawal kampung kononnya takut diserang oleh puak-puak Cina, juga menghalang saya ikut serta.

Begitu juga sewaktu menjelang PRU 3 (Mei 1969) selepas merdeka, pada 24 April 1969 berlaku pembunuhan ke atas seorang pekerja pilihanraya berbangsa Melayu di Jelutong Pulau Pinang. Waktu itu di duit-duit kertas pun tertulis mesej seperti ‘Hutang darah di bayar darah!’ dan lain-lain. Suasana menjadi panas, bila parti pemerintah (Parti Perikatan) perolehi undi merosot dalam PRU tersebut. 



Diikuti oleh perarakan-perarakan, termasuk perarakan mayat oleh Parti Buruh di KL pada 9 Mei 1969, hingga akhirnya tercetus peristiwa 13 Mei. 

Sebelum subuh pada 15 Mei 1969 saya dan adik-adik dikejutkan, dengan deruan kereta yang berulang alik di jalanraya depan rumah. Trak-trak PPH (pasukan polis hutan) yang di bawa berkawal di kampung saya. Adik-adik sedang asyik mengira jumlah kereta yang lalu-lalang melalui intaian di dinding-dinding rumah saya yang berlobang. Bila azan subuh tiba, ibu saya tak benarkan saya pergi solat di masjid, ‘Jangan langgar perintah berkurung!’ katanya.

Akhirnya bila sampai kira-kira pukul 9.30 pagi, tiba-tiba pintu rumah di ketuk orang. Setelah dibuka, “Kami dari pihak polis nak tanya, berapa ramai lelaki dewasa dalam rumah ni?”

“Cuma satu orang (abang saya yang tua). Bapa takdak di rumah, abang saya satu lagi bersekolah di Tanjung pun tak balik lagi.” Saya jawab.

“Takpa. Panggil abang hang mai ikut kami.” Kata polis itu. Dia beralih kepada saya, “Hang umuq berapa?”

“Masuk 17 tahun.”

“Jom ikut sekali!!”.

Saya pun dibawa bersama-sama. Lelaki-lelaki kampung itu dihimpunkan beramai-ramai di padang sepak takraw di situ. Di siasat dan dicheck sorang-sorang. Akhirnya semua dibebaskan, tiada siapa-siapa yang disyaki.

Kawan lama saya itu bercerita lagi.. bila dia tanya polis pencen itu, siapa yang dia syak? Jawab polis itu, “Hang kenai dak orang yang bawa masuk dan mula gerakkan PAS di Balik Pulau pada pertengahan 80an?”

Apabila kawan lama saya itu mengangguk, kata bekas polis itu, “Itulah orang yang kami syaki, tetapi kerana dia cuma seorang remaja yang bergerak sendiri, tiada siapa-siapa di belakangnya waktu itu, pekara itu kami tutup buku sahaja. Tapi bukan buang habis!!”

Orang yang mereka syaki itu rupanya adalah saya. Itulah nasib orang PAS. Tiap sesuatu yang tidak disukai pemerintah ada kaitan dengan agama, maka PASlah sasarannya. Mungkin sekarang dak lagi kot.. fasai Pakatan Rakyat dah perintah Pulau Pinang!!

Sekian catatan santai kali ini, sekadar mengingat imbauan lama 13 Mei. Wallahu ‘aklam.

Terdapat 3 comments:
cucupakkasim said...yang terbunuh di Jelutong tu lah..aruah datuk saya..aruah pak kasim,mayatnya di simbah dengan cat warna merah,terbunuh dengan bendera umno disisi..May 14, 2008 at 1:59 AM 

Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. Mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Editor
Anonymous said...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas aruah Tok Kasim dan ditempatkan di kalangan para syuhadah. Amin.May 13, 2009 at 9:58 AM Anonymous said...Tok wan saya, aruah Tok Nayan pun disekat 7 orang Cha Yaa Nun Alif kat Teluk Bahang. Lepas tu dia pi mengamuk kat Chow Rasta.May 13, 2009 at 10:03 AM Post a CommentNewer PostOlder PostHomeSubscribe to: Post Comments (Atom)LinkWithin
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/05/informasi-imbauan-imbasan-13-mei-69-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Tidak Mustahil Pastikan Ph Jadi K Jaan Sepenggal Ibnu Hasyim

Informasi Tidak Mustahil Pastikan Ph Jadi K Jaan Sepenggal Ibnu Hasyim

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 198 hits
JASIN 3 Mei Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki ketika hadir pada Ceramah Perdana Penyatuan Ummah di Kompleks PAS Kawasan Jasin di sini malam ini Turut hadir Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah da...
Jelang 22 Mei Inggris Dan Australia Keluarkan Imbauan Perjalanan Bagi Warganya Di Ri

Jelang 22 Mei Inggris Dan Australia Keluarkan Imbauan Perjalanan Bagi Warganya Di Ri

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 131 hits
Dalam laman resmi Kementerian Luar Negeri Australia mengimbau warganya bahwa pada 22 Mei 2019 KPU dijadwalkan akan mengumumkan hasil pemilu presiden dan legislatif
Informasi 13 Mei 69 Ini Pembunuhan Di Kampung Baru Kl

Informasi 13 Mei 69 Ini Pembunuhan Di Kampung Baru Kl

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 484 hits
Pembunuhan dan haru biru di Kampung Baru Oleh Aidila Razak dan Tham Seen Hau Nota editor Sempena 50 tahun rusuhan 13 Mei Malaysiakini menerbitkan beberapa siri artikel berkaitan tragedi itu dan usaha usaha memulihkannya Artikel artikel yang...
Informasi 71 Tahun Hari Nakba 1948 Malapetaka 15 Mei Palestin

Informasi 71 Tahun Hari Nakba 1948 Malapetaka 15 Mei Palestin

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 297 hits
SEORANG wanita Palestin merenung nasib masa depannya di kem pelarian Khan Yunis AFPBAITULMUQADDIS 14 Mei Setiap tahun sehari selepas Israel menyambut hari kemerdekaan rak yat Palestin bergenang air mata mengingati kembali peristiwa malapeta...
Informasi 15 Pelacur Berselindung Di Balik Pusat Refleksologi Ditahan

Informasi 15 Pelacur Berselindung Di Balik Pusat Refleksologi Ditahan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 639 hits
KUALA LUMPUR 5 Mei Polis menahan 15 wanita warga asing yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat refleksologi di Jalan Hj Yaakub Kampung Air Kota Kinabalu awal pagi tadi Memetik Berit...
Penghuni Nyaris Maut Rumah Kontena Terbalik Di Balik Pulau

Penghuni Nyaris Maut Rumah Kontena Terbalik Di Balik Pulau

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 444 hits
Sepuluh pekerja warga asing nyaris maut selepas kontena yang dijadikan tempat penginapan mereka di sebuah tapak pembinaan di Kuala Jalan Baru Balik Pulau di sini terbalik akibat dilanda ribut hari ini Kejadian kira kira pukul 9 50 pagi itu ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024