Datuk Mohamad ShukriPerkara itu ditegaskan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menjelaskan, Islam hanya membolehkan prosedur itu jika bertujuan mengembalikan semula keadaan tubuh badan yang terjejas kerana kemalangan, penyakit atau semula jadi.
Harussani ZakariaDalam pada itu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mengulas trend suntikan tersebut dan memberitahu rawatan kecantikan untuk membesarkan payudara dan punggung adalah haram di sisi syarak.“Dari segi syarak, Islam tidak melarang umatnya melakukan sesuatu terhadap tubuh badan untuk tampil cantik sebagai contoh, mencerahkan kulit yang gelap atau membuat pembedahan untuk memancungkan hidung yang pesek (tidak mancung),” katanya.“Namun, umat Islam harus tahu bahawa mengubah bentuk badan seperti membesarkan payudara atau punggung adalah diharamkan apatah lagi dengan menggunakan kaedah yang boleh memudaratkan kesihatan seperti suntikan dermal filler (filler),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Tambah beliau, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap individu tidak bertauliah yang menjalankan perniagaan berkaitan rawatan kecantikan sehingga menyebabkan kesan serius terhadap kesihatan pengguna. (Utuan Online)Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cantik tapi 'haram', buat apa? Kecuali mereka yang otaknya dijajah oleh peradaban barat sesat dan berfaham sekularisme.. Hingga tak peduli halal-haram lagi..
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |