Informasi Bn Menang Besar Di C Highlands Signal Awal Ph Merudum
Pemangku Presiden UMNO , Datuk Seri Mohamad Hasan ( lapan dari kiri) bersama Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor ( tujuh dari kiri) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ( enam dari kiri) meraikan kemenangan calon BN pada majlis pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, hari ini. - UTUSAN ONLINE/KAMAL BASIR WAHAB
CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti besar iaitu 3,238 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding majoriti 597 undi yang dimenangi calon BN, Datuk C. Sivarraajh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu.Dalam pengundian hari ini, calon BN, Ramli Mohd. Nor mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) , M. Manogaran yang mendapat 8,800 undiDua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib 314 undi manakala dan Wong Seng Yee 276 undi.Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ishak Md. Napis pada pukul 8.30 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah Tanah Rata hari ini.Ishak berkata, jumlah yang keluar mengundi ialah sebanyak 21,428 orang, undi ditolak 568, kertas undi tidak dikembalikan sebanyak 23 dan peratusan keluar mengundi sebanyak 68.79 peratus.Turut hadir meraikan kemenangan BN ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.Kemenangan calon BN itu disambut dengan laungan takbir dan 'hidup BN'. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertanda awal PH akan merudum dalam PRU 15 akan datang?
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.superpantas.com/2019/01/informasi-bn-menang-besar-di-c.html