Info Kesihatan Tekanan Boleh Menyebabkan Darah Beku


 Tekanan Boleh Menyebabkan Darah Beku?! || Arggghhhh, STRESSS lahhhhh!!!! Ok, kenapa pulak aku mulakan dengan ayat negatif harini? Muahahha~ Tapi memang stress lately ni.. Dapat customer complain kat tempat kerja..., dapat soalan bila nak kahwin...Tibberhhhh!
Stress merupakan sesuatu yang normal dalam kehidupan. Semua orang pernah rasa stres, sama ada disebabkan oleh masalah hubungan, keluarga, kerjaya ataupun kewangan. Tapi, tahukah anda, kesan stres boleh menyebabkan darah beku?
Stres merupakan satu tindak balas normal manusia kepada apa-apa jenis permintaan ataupun ancaman. Apabila badan mengesan sesuatu bahaya, stres akan mengambil alih dan membuatkan kita lebih fokus, bertenaga dan berwaspada.
Tindak balas yang dikenali sebagai fight-or-flight response ini juga bertanggungjawab untuk menyelamatkan kita ketika dalam kecemasan.
Bukan semua stres baik untuk kesihatan
Walau bagaimanapun, jangan anggap semua bentuk stres adalah tidak baik untuk kesihatan. Stres di tempat kerja contohnya, boleh bantu anda lebih fokus dan bersemangat ketika melakukan kerja.
Namun, setiap orang mempunyai keupayaan tersendiri dalam mengendali stres. Terlalu banyak tekanan dalam kehidupan boleh menyebabkan sesiapa sahaja menjadi lelah dan hilang semangat.
Ada juga yang tidak dapat tidur malam dan hilang selera makan jika mengalami tekanan perasaan yang terlalu banyak.
Lama kelamaan, stres ini akan mempengaruhi kesihatan, mood, produktiviti dan kualiti hidup seseorang. Lebih teruk lagi, stres yang berlarutan dalam jangka masa yang terlalu lama boleh akibatkan anda mengalami depresi!
Tambahan lagi, individu yang kerap mengalami stres selalunya akan mengamalkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok ataupun minum minuman keras sebagai satu cara untuk melepaskan tekanan. 
Namun, bukan itu sahaja. Stres yang berpanjangan juga boleh akibatkan anda mengalami masalah fizikal! Sebagai contoh, anda berpotensi untuk mengalami masalah jantung dan strok akibat stres yang anda alami.
Stres boleh menyebabkan darah beku?Pada zaman ini, stres dan depresi bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat. Kedua-dua faktor psikologikal ini telah dikenal pasti dapat mempengaruhi kesihatan manusia.
Kegelisahan dan depresi yang berlarutan dalam satu jangkamasa yang lama juga telah terbukti dapat meningkatkan risiko penyakit sakit jantung.
Tambah lagi, masalah kegelisahan dan depresi yang berlaku secara serentak, ditambah lagi dengan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan tidak bersenam, sudah pasti akan menyebabkan kesihatan seseorang itu jadi merosot. 
Selain itu, perlu diingat bahawa ada di antara kita yang tidak mampu untuk mengawal stres dengan baik. 
Disebabkan setiap individu mengalami stres dengan intinsiti yang berbeza, ada individu yang boleh diserang ketakutan yang amat sangat dan serangan panik akibat stres yang melampau.
Saintis di Univerisity of Bonn telah melakukan kajian terhadap 31 orang subjek yang mengalami masalah kegelisahan. Subjek ini kemudiannya di bandingkan dengan individu yang sihat dengan umur dan jantina yang sama.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka mendapati bahawa individu yang menghidap masalah kegelisahan dan mengalami stres berpanjangan mempunyai darah yang lebih pekat berbanding individu yang sihat.
Saintis juga mendapati ada sedikit perbezaan pada sistem pembekuan darah milik pesakit anxiety dan juga manusia biasa.
Sistem pembekuan darah boleh berfungsi secara dua hala dan saling mengimbangi satu sama lain. Sistem koagulasi badan bertindak untuk membekukan darah untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.
Dalam masa yang sama, sistem koagulasi juga akan melakukan proses fibrinolysis iaitu sebuah proses yang membantu darah mengalir dengan lebih baik dengan cara menguraikan darah beku dalam salur darah.
Walau bagaimanapun, dalam kalangan pesakit yang mengalami kegelisahan dan depresi, proses fibrinolysis tidak dapat dijalankan secara normal.
Pesakit yang mempunyai masalah ini lebih berisiko untuk mengalami darah beku dalam saluran arteri. Keadaan ini mungkin merupakan jawapan kepada mengapa pesakit anxiety lebih berisiko untuk meninggal dunia akibat sakit jantung.
Namun, ini tidak bermaksud semua pesakit yang mengalami stes ataupun kegelisahan berpotensi untuk mengalami serangan jantung.
Jangan ambil ringan masalah stres yang berpanjangan
Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.
Doktor boleh membantu anda mengenal pasti punca stres dan cara yang terbaik untuk mengawal dan mengurangkan tekanan perasaan yang anda alami.
Kajian membuktikan bahawa stres yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit kardiovaskular.
Tambahan lagi, individu yang sememangnya mengalami masalah sakit jantung dan turut mengalami stres dan depresi lebih berisiko untuk meninggal dunia ataupun mati mengejut akibat sakit jantung.
Jika anda dapati diri anda sering rasa tertekan, cuba redakan stres yang anda alami dengan melakukan aktiviti yang sihat. Jika anda mempunyai hobi, luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti yang anda sukai.
Lakukan senaman yang boleh menenangkan seperti yoga, meditasi ataupun senaman lain.
Tabiat merokok, minum minuman keras dan kopi boleh meningkatkan kegelisahan yang anda alami. Cuba kurangkan pengambilan makanan ini untuk kurangkan stres yang anda alami.
Kesimpulan
Setiap individu mengalami darah beku atas alasan yang berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh masalah genetik, kanser, inflamasi ataupun gaya hidup.
Walaupun kesan stres juga boleh menyebabkan darah beku, ada banyak lagi faktor lain boleh menyebabkan perkara yang sama.
Walau bagaimanapun, dengan mengenal pasti faktor risiko yang ada, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasi penyakit ini dan mencari langkah untuk mengelakkan darah beku daripada berlaku lagi pada masa hadapan.
Jika anda rasa kesan stres yang anda alami mempunyai impak yang negatif terhadap kesihatan anda, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.
Doktor boleh mencadangkan anda untuk mengikuti terapi, kaunseling, kelas ataupun program lain yang dapat membantu anda menurunkan kadar stres dan risiko darah beku.
Untuk seketul Nona, bila stress. Cari makanan. Makanan ada pelbagai. Kita pilih, yang berkhasiat atau tak. Dalam waktu stress, kadang-kadang aku telan atau kunyah-kunyah  je dark chocolate, buah-buahan atau badam. Itu kalau makanan sihat ler...Hahaa
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2020/10/info-kesihatan-tekanan-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kena Stroke Tekanan Darah Tinggi Hairul Azreen Mohon Doa

Ibu Kena Stroke Tekanan Darah Tinggi Hairul Azreen Mohon Doa

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 384 hits
Mak saya kena stroke tekanan darah tinggi Doa mak saya sihat Lepak berdua dengan mak kat hospital demikian tulis pelakon Hairul Azreen source
Tembikai Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Tembikai Membantu Merendahkan Tekanan Darah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 320 hits
TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH Menurut Persatuan Perubatan Malaysia satu dari empat orang di Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah samada pre hipertensi atau sudah mengalami hipertensi Kebanyakan mer...
Jangan Benam Muka Birthday Boy Girl Pada Kek Amalan Itu Boleh Menyebabkan Tragedi Yang Tidak Disangkakan

Jangan Benam Muka Birthday Boy Girl Pada Kek Amalan Itu Boleh Menyebabkan Tragedi Yang Tidak Disangkakan

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 703 hits
Jangan benam muka birthday boy girl pada kek amalan itu boleh menyebabkan tragedi yang tidak disangkakanPerbuatan membenam muka birthday girl boy pada kek sudah menjadi satu amalan biasa dengan alasan gurauan Ada yang boleh menerima dan ada...
Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 578 hits
Bila perjalanan jauh mesti ada diantara kita yang akan berhenti di mana mana hentian rehat untuk lelapkan mata buat seketika kerana mata terasa letih Bukan apa hanya untuk rehatkan diri sementara akan meneruskan pemanduan Tetapi tahukah and...
Obesiti Tekanan Darah Tinggi Amp Ubat Diuretik Punca Gout

Obesiti Tekanan Darah Tinggi Amp Ubat Diuretik Punca Gout

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 329 hits
Gout adalah penyakit yang seringkali dikaitkan dengan orang dewasa Sehingga kini masalah gout terus meningkat terutamanya di kalangan kaum lelaki Punca utama gout adalah disebabkan paras asid urik yang tinggi yang menyebabkan pengumpul
Info 02 Susah Tidur Malam Kalau Terjaga Susah Nak Tidur Balik Boleh Tido Sekejap Sekejap Jer

Info 02 Susah Tidur Malam Kalau Terjaga Susah Nak Tidur Balik Boleh Tido Sekejap Sekejap Jer

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 1064 hits
Ok saya bagi punca masalah dan solution yang paling simple yer supaya dia tak jadi jantung berdebar tiba pulak satu hal pulak pagi pagi buta nak kena pergi emergency 1 Angin Gas Kalau terjaga tiba tiba dengan perasaan ketat dada sakit belak...
Siapakah Calon Pm Yang Boleh Diterima Akal

Siapakah Calon Pm Yang Boleh Diterima Akal

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 224 hits
Jika Parlimen dipergunakan sepenuhnya untuk mencari calon PM yang paling majoriti mendapat undi berikut aku senaraikan 1 Muhyiddin2 Anwar3 Shafie4 Ku Li5 Mahathir6 Mat HassanKerajaan hanya diketuai oleh seorang PM tetapi kemajuan negara ber...
Rakyat Boleh Membuat Permohonan Bpn 2 0 Bermula 15 Oktober Ini

Rakyat Boleh Membuat Permohonan Bpn 2 0 Bermula 15 Oktober Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 303 hits
Baru baru ini Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional untuk empat kumpulan rakyat yang membabitkan peruntukan mencecah RM7 bilion Ianya terdiri daripada golongan B40 B40 M40 dan M40 Ba...
Bukan Pm Boleh Menghadap Agong Dr Aziz Bari

Bukan Pm Boleh Menghadap Agong Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 257 hits
Ketua Pembangkang DUN Perak Abd Aziz Bari memberi pencerahan berguna kepada Dr Shamrahayu Ab Aziz berhubung siapa berhak menghadap Yang di Pertuan Agong dan tidak Mengulas pendapat Shamrahayu yang berpendapat Anwar Ibrahim tidak layak mengh...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus