Info Dan Persediaan Bila Beli Rumah Dari Pemaju


Tahu tak ada beza beli rumah subsale dengan direct developer? Rumah kami sebelum ni rumah subsale dan tak perlu banyak nak sediakan pun selain barang elektrik dan perabot rumah sahaja. Kali ni rumah baru dari pemaju so kami tak sangka banyak gila nak kena prepare weh. Dari zero to hero, ewahh nak juga guna ayat ni. Memang ramai dah pesan simpan je duit sementara tunggu rumah siap dan biasa nya dalam tempoh 2 tahun la kan. Kalau layak keluar EPF akaun 2 tu baik simpan je sampai rumah dah siap baru keluarkan. Beranakan duit tu dulu orang kata. Jangan la lepas booking rumah dapat S&P terus keluarkan. Rugi weh kecuali korang memang banyak duit. EPF akaun 2 boleh dikeluarkan dalam tempoh 3 tahun dari tarikh S&P. So peram je dulu. hahaha Aku tak perlu kot cerita pasal cara nak beli rumah semua sebab aku rasa itu standard je prosedur. Bayar booking, apply loan dan proceed. Lawyer je either nak guna lawyer developer atau cari lawyer sendiri.

Ni link proses beli rumah dari pemaju - beli rumah pemaju

Ni link beli rumah subsale tanpa agen - rumah subsale


Persediaan dan info bila beli rumah dari pemaju (developer)
1) Ambil kunci

Pastikan dapat kunci dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak S&P tu. Biasa nya dalam tempoh 24 bulan. Kalau dapat kunci lebih dari tempoh tu biasa nya pembeli akan dapat LAD. Pemaju kena bayar ikut hari yang lewat. Macam kes ktorang ni memang dapat LAD. Berapa dapat tu bergantung pada harga rumah. Boleh minta lawyer check juga sebab takut pemaju bayar sikit ke. Kena ambil tahu hak anda sebagai pembeli. Beli rumah bukan murah weh.

Lagi satu sepanjang tempoh 2 tahun sementara rumah siap tu. Pastikan bank loan korang bayar duit kepada pemaju ikut masa. Sebab apa? Banyak kes dalam group rumah aku ni dorang tak dapat LAD sebab sangkut dekat charge late payment. Which mean bank lambat release duit so kena charge late payment sedangkan korang bayar duit tiap bulan dekat bank on time tapi lain la korang pun bayar lambat. Ni antara bank dengan pemaju la biasa nya. Patut bukan kerja kita tapi better ambil tahu dan push dorang untuk bayar ikut masa ditetapkan.

Contoh LAD patut dapat 10 ribu sekali late payment saja dah 10 ribu. haaa rugi ke tak? Walaupun boleh buat rayuan ke apa tapi renyah la. Ingat senang bank nak release duit bebanyak tu? So cuba la ambil tahu. Aku pun asalnya tak tau pasal ni tapi baca dekat group rumah ramai kena macam tu. Alhamdulilah bank loan ktorang okay tak ada late payment charged.

Selain dari tu kena ingat masa dapat kunci ni la masa kritikal sebab kena settle kan semua outstanding bil. Daftar air, elektrik dan juga segala cukai yang diperlukan. Pemaju akan uruskan biasa nya tapi ambil tahu untuk elak double charge. Once charged susah pula nak claim balik. Biasa la kan.

2) Check defect

Lepas je dapat kunci rumah dari developer (pemaju perumahan) biasanya kita kena check defect rumah. Rumah ikut tak specification dalam kontrak. Mana la tau masa beli janji sliding door tapi dapat pintu biasa ke. Contoh. hahaha

Part ni konon nak jimat check sendiri tapi dengan laki aku yang selalu busy tu. Aku? nak buat checkup semua tu memang tak la. So yang ni kami decide upah orang je lebih selamat. Sebab apa team defect checker ni biasa lebih arif. Kalau rumah apartment atau condo mungkin tak perlu sebab sekadar area dalam rumah saja tapi kalau rumah landed penting proper check.

Kena check tong air dekat atas siling. Plumbing atau salur air dari atas sampai ke luar rumah. Ada bocor memana tak dekat toilet takut rosak dinding etc. Bukan sekadar kosmetik defect. Itu memang senang. Pastu nak check wiring okay ke tak. Semua tu la complete sekali report.

Kos rumah landed tengah 2 tingkat untuk upah checker ni RM300. Bagi tau sesiap harga sebab aku kekadang tak sempat nak respond sangat pm ni. Maaf ye.

Siap semua ni nanti dorang bagi report dan submit je dekat developer terus. Masa ambil kunci memang developer ada bagi form untuk defect. Attach sekali dan submit. Tunggu dorang repair defect. Biasa dalam tempoh sebulan atau kurang dari tu.

3) Renovation

Bab ni tricky sikit sebab apa? Renovation ni besar weh dan banyak benda. Korang plan elok-elok dulu nak apa dan berapa bajet ada. Macam kes aku memang dah lebih dari plan asal la. Nanti aku share pasal renovation ye sebab memang banyak sangat-sangat.

Apa aku boleh nasihatkan. Korang kena firm dengan apa korang nak. Contoh nya kalau rumah tu nak extend baik korang list kan dulu nak extend apa dan di mana. Bila nak extend kena permit dari majlis kawasan masing-masing.

Kalau nak renovate dalam rumah pun sama kena buat list satu-satu dan complete. Kali ni aku kurang sempat nak buat semua tu sebab kebetulan memang waktu yang sama aku busy dekat tempat kerja so ala kadar je la. Tak seperti biasa aku buat. Sedih kan. Doa je semua elok-elok saja.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.athirahassin.com/2019/10/info-dan-persediaan-bila-beli-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Banyak Kuota Rumah Sewa Beli Di P Pinang

Lebih Banyak Kuota Rumah Sewa Beli Di P Pinang

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 242 hits
Pulau Pinang bakal merezabkan 10 peratus daripada keseluruhan 180 000 unit rumah mampu milik yang akan dibina untuk rakyat negeri kepada rakyat melalui sewa beli Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar Desa Jagdeep Singh Deo...
Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah Rm300 Ribu

Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah Rm300 Ribu

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 430 hits
SOURCE appeared first on Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah RM300 Ribu Sebenarnya ada banyak program yang ditawarkan untuk membantu seberapa rakyat marhaen beli rumah mampu milik Kadang kadang niat nak beli rumah itu ada tetapi...
Beli Rumah Atau Kereta Mana Lebih Penting

Beli Rumah Atau Kereta Mana Lebih Penting

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 472 hits
Memiliki aset sendiri khusunya rumah atau kereta pasti menyeronokkan Kalau ada duit lebih boleh miliki kedua duanya serentak Namun jika bajet tidak mencukupi mana satu yang harus didahulukan Beli kereta atau rumah dahulu Bagi memudahkan and...
Rumah Berhantu Dah Di Beli Orang

Rumah Berhantu Dah Di Beli Orang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 274 hits
Rumah Berhantu Dah Di Beli OrangKECOH di media apabila seorang wanita mendedahkan dia dan suami diganggu dan berdepan pengalaman pelik selepas rumah disewa mereka di Shah Alam kononnya berhantu
Terlalu Hemat Wanita Ini Hanya Habiskan 20 Ribu Sehari Selama 16 Tahun Hingga Bisa Beli 3 Rumah

Terlalu Hemat Wanita Ini Hanya Habiskan 20 Ribu Sehari Selama 16 Tahun Hingga Bisa Beli 3 Rumah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 325 hits
Hidup hemat adalah impian bagi sebagian orang demi bisa membeli sebuah barang yang diinginkan Terkadang gaya hidup yang tak seimbang dan menghambur hamburkan uang membuat gaya hidup hemat tersebut buyar Namun hal tersebut tak terjadi pada w...
Elak Buat 5 Dosa Ini Sebelum Beli Rumah Pertama

Elak Buat 5 Dosa Ini Sebelum Beli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 353 hits
Tok yakin semua orang nak ada sebiji rumah Kalau ada yang dapat lebih tu boleh la kira sebagai bonus Lagipun nilai rumah yang dibeli tu akan meningkat dari masa ke semasa Susah korang nak rugi kecuali kalau tersilap beli Dan boleh t
Rm1000 Dah Boleh Beli Rumah Rugi Tak Beli Tahun Ini Korang Takkan Dapat Keistimewaan Ini Tahun Depan

Rm1000 Dah Boleh Beli Rumah Rugi Tak Beli Tahun Ini Korang Takkan Dapat Keistimewaan Ini Tahun Depan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 427 hits
Kadang kadang bila borak borak dekat mamak dengan kawan kawan mesti akan ada punya kawan korang yang selitkan pasal nak beli rumah Benda pertama sekali yang korang perlu tahu kalau korang nak beli rumah ialah korang kena tahu dulu pasal Mem...
Tips Beli Rumah Pertama

Tips Beli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 450 hits
Sibuk nak reno dah entry dapat kunci belum up lagi haha nanti ye nanti kita up TIPS BELI RUMAH PERTAMA RM200 x 12 bulan RM2 400RM2400 5 tahun RM12 000RM12 000 2 orang RM24 000Genap 5 tahun ya 5 tahun je sabar Boleh bayar rumah pertama 24k d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba