Inflasi Di Malaysia Salah Siapa



Di United Kingdom, kadar inflasi terkini adalah 9.1%, tertinggi dalam 40 tahun. Di Amerika Syarikat, ia meningkat kepada 8.6%, juga paras tertinggi dalam empat dekad. Di Malaysia inflasi untuk bulan Mei hanya 2.8% (Malaysia Gazette) Jika anda terlewat ke tempat kerja kerana faktor di luar kawalan anda – mungkin disebabkan kemalangan serius di sepanjang lebuh raya atau banjir kilat yang menyebabkan banyak laluan tidak dapat dilalui – apakah perasaan anda? Kebanyakan kita akan berasa kecewa atau stres. Kita mungkin bimbang terlepas mesyuarat penting atau sama ada majikan akan menerima penjelasan mengapa kita terlewat.
Tetapi bagi kebanyakan orang, mereka juga berasa redha atas nasib malang mereka. Mereka faham tidak ada gunanya menyalahkan cuaca atau pemandu melulu lain; ia tidak menyelesaikan masalah dan tidak produktif. Ini adalah faktor di luar kawalan mereka dan mereka lebih rela mencari penyelesaian untuk mengejar masa yang “terbuang” itu.
Walaupun rata-rata rakyat Malaysia redha dan menerima realiti akan faktor di luar kawalan mereka yang mengakibatkan mereka terlewat sampai di tempat kerja, mereka masih tidak menjiwai sikap ini terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Memang benar harga barangan seperti minyak masak, telur dan ayam, telah melonjak kebelakangang ini. Tetapi, puncanya adalah di luar kawalan Malaysia.
Pertama sekali, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menghadapi tekanan inflasi. Di United Kingdom, kadar inflasi terkini adalah 9.1%, tertinggi dalam 40 tahun. Di Amerika Syarikat, ia meningkat kepada 8.6%, juga paras tertinggi dalam empat dekad. Di Malaysia inflasi untuk bulan Mei hanya 2.8% mengikut Jabatan Perangkaan!
Kenaikan harga global disebabkan oleh pelbagai faktor. Sejak bermulanya pandemik Covid-19, rantaian bekalan global telah teruk terjejas. Sebagai contoh, tidak lama dahulu, restoran KFC tidak menghidangkan kentang goreng walaupun ia adalah antara hidangan paling popular di rantaian makanan segera tersebut. Ini disebabkan oleh kekurangan bekalan kentang global. Kekurangan bekalan bermakna kenaikan harga. Ini teori ekonomi asas!
Masalah ini diburukkan lagi dengan perang di Ukraine. Ketegangan geopolitik global dan pertempuran telah menjejaskan pengeluaran, bukan sahaja di rantau Laut Hitam, tetapi di seluruh dunia.
Faktor ketiga ialah corak cuaca yang tidak menentu. Hasil tanaman seperti gandum dan biji bunga matahari serius terjejas kerana cuaca tidak menentu ekoran pemanasan global. Ini mengakibatkan harga barangan seperti tepung dan minyak masak melonjak.
Semua ini adalah faktor di luar kawalan mana-mana kerajaan, termasuk kerajaan Malaysia. Jadi mengapakah kita asyik menyalahkan kerajaan atas kenaikan harga seperti minyak masak dan telur?
Mana-mana kerajaan pun yang berkuasa hari ini tidak akan dapat membendung inflasi secara drastik. Ini adalah realitinya. Sekiranya terdapat penyelesaian yang mudah, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom hari ini tidak akan mengalami kadar inflasi yang telah mencekik kehidupan rakyat mereka, khasnya yang berpendapatan rendah.
Jadi saya tidak faham mengapa ramai di kalangan rakyat Malaysia asyik menyalahkan Kerajaan tentang masalah kenaikan harga. Adakah hantaran sinis di media sosial mereka dapat menyelesaikan masalah? Adakah kutukan mereka terhadap Kerajaan di grup WhatsApp dapat membantu mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan? Adakah demonstrasi jalanan suatu penyelesaian?
Jika kita redha dengan hujan lebat yang menyebabkan perjalanan kita ke tempat kerja tertangguh, mengapakah kita tidak boleh menerima hakikat bahawa perubahan corak cuaca global menyebabkan harga minyak masak meningkat? Kedua-duanya juga merupakan faktor di luar kawalan kami.
Malah, tiada kerajaan di dunia, apatah lagi parti pemerintah atau pembangkang di Malaysia, boleh mengawal cuaca atau menamatkan perang di Ukraine dalam sekelip mata.
Menyalahkan pihak yang tidak bertanggungjawab adalah sesuatu yang bodoh, lompong dan berdosa. Ia hanya memberi harapan palsu bahawa masalah ini akan selesai jika pihak lain mengambil alih tampuk pimpinan. Pandangan itu bak mengharapkan agar hujan lebat tidak akan turun pada waktu pagi apabila kita perlu ke pejabat.
Dari menyalahkan cuaca buruk yang menyebabkan kita lewat ke pejabat, lebih elok kita memikirkan cara untuk menebus balik masa yang telah terluang semasa kesesakan lalu lintas.
Dari melenting tidak tentu pasal, adalah lebih baik dan produktif jika seseorang itu mencari penyelesaian peribadi untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, kita boleh beralih kepada penggunaan minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan.
Kita perlu realisti. Pentadbiran YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memperuntukkan kira-kira RM80 bilion subsidi untuk tahun ini, dan yang mendapat manfaat rata-rata kumpulan B40.
Redhalah, wahai rakyat Malaysia. Negara tidak perlu lolongan yang tidak bersandarkan kepada realiti dan dikaburi oleh sentimen politik. Ini hanya akan menjejaskan ekonomi negara yang belum lagi terlepas sepenuhnya dari cengkaman pandemik Covid-19.
Firdaus Abdul Rahman
Gombak
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/07/04/inflasi-di-malaysia-salah-siapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biaya Hidup Kian Meningkat Malaysia Kobarkan Jihad Melawan Inflasi

Biaya Hidup Kian Meningkat Malaysia Kobarkan Jihad Melawan Inflasi

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 157 hits
Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yakoob kemarin mengatakan rapat kabinet sepakat akan membentuk Satuan Tugas Khusus Jihad Melawan Inflasi untuk membantu Keluarga Malaysia menghadapi tantangan meningkatnya biaya hidup
Bukan Salah Ismail Sabri Peperangan Telah Menyebabkan Inflasi Dan Dunia Bankrup

Bukan Salah Ismail Sabri Peperangan Telah Menyebabkan Inflasi Dan Dunia Bankrup

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 232 hits
Dalam 10 tahun Amerika telah membelanjakan sebanyak RM30 trillion untuk peperangan di Timur Tengah dan Asia Tiap tiap tahun sebanyak RM8 trillion dibelanjakan oleh semua negara untuk tujuan pertahanan Covid 19 pula telah menyebabkan kerugia...
Why Penny Wong S Visit To Malaysia Is Important

Why Penny Wong S Visit To Malaysia Is Important

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 215 hits
From Jan DrewThe visit to Malaysia tomorrow by Australia s new foreign minister Penny Wong provides a unique opportunity to shine a spotlight on Malaysia and increase the country s visibility Few would be aware of the importance of Malaysia...
Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh Malaysia Set To Become Worst Country In The World

Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh Malaysia Set To Become Worst Country In The World

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 199 hits
KANGAR Malaysia is on track to become the worst country in the world unless its custodians change how they conduct themselves in leading the nation said former Perlis menteri besar Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh He said the ills from healt...
Malaysia S Islamic Laws Are A Fooking Joke

Malaysia S Islamic Laws Are A Fooking Joke

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 196 hits
Do not trust these so called religious people Do you know back in November 1999 I exposed one Imam Masjid Negara who received bribes for awarding contracts to cleaning companies And this Imam became Umno s candidate for Permatang Pauh in th...
Enam Saintis Muda Wakil Malaysia Di Mesyuarat Nobel Laureate Ke 71

Enam Saintis Muda Wakil Malaysia Di Mesyuarat Nobel Laureate Ke 71

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR 26 Jun 2022 Enam saintis muda negara diberi pengiktirafan mewakili Malaysia dalam mesyuarat Nobel Laureate ke 71 berlangsung di Lindau Jerman yang berlangsung pada 26 Jun sehingga 1 Julai 2022 Mereka akan disertai kira kira 600...
K Potato Cheezy Corn Sausage Cu Mart Malaysia

K Potato Cheezy Corn Sausage Cu Mart Malaysia

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 289 hits
K Potato Cheezy Corn Sausage CU Mart MalaysiaK Potato Cheezy Corn Sausage CU Mart Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Penggemar jenama kedai serbaneka dari Korea pasti pernah singgah dekat CU Mart CU Mart kini boleh dikatakan ...
Ke Arah Menawan Kelantan Ayuh Malaysia Save Kelantan Bentuk Kerjasama Di Kelantan

Ke Arah Menawan Kelantan Ayuh Malaysia Save Kelantan Bentuk Kerjasama Di Kelantan

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 451 hits
Ayuh malaysia Save Kelantan bentuk kerjasama di KelantanPosted By on June 27 2022Satu Koloborasi atau kerjasama strategik dijangka di bentuk antara pasukan Ayuh Malaysia di bawah kendalian Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dan Save Kelant...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi