Infinix Gt 30 Pro Setelah Setengah Tahun Masih Relevan


Infinix GT 30 Pro cuba tampil sebagai ‘gaming phone‘ bajet dengan spesifikasi yang nampak gah. Cuma, adakah ia layak digelar ‘Pro’.
Reka Bentuk & Paparan Infinix kali ini cuba bermain dengan identiti baharu – ‘Cyber Mecha Design‘ yang jelas mahu menampilkan imej gaming.
Ada console-style gaming triggers di sisi, sesuatu yang jarang kita jumpa dalam kelas pertengahan. Skrin pula 6.78 inci AMOLED, resolusi 1.5K, refresh rate 144Hz, dengan kecerahan puncak sehingga 1600 nits. Untuk kaki game dan binge Netflix, paparan ini memang sedap mata memandang.
144Hz – mengingatkan saya kepada Xioami 13T Pro yang pernah saya gunakan dulu.
Prestasi Dalaman Dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 8350 Ultimate (4nm) bersama GPU Mali G615-MC6, ia lebih daripada sekadar cukup kerana cip ini telah direka untuk satu sesi gaming yang panjang. Dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan 256/512GB, multitasking terasa lancar.
Oh ya, storannya pula adalah dari UFS 4.0, sesuatu yang jarang kedengaran untuk telefon dalam julat harga seperti ini.
Sistem operasi XOS 15 berasaskan Android 15 pula menunjukkan Infinix serius mahu membuang imej ‘murahan’ yang dulu melekat pada jenama ini apabila reka bentuk dan animasinya hampir menyamai reka bentuk OS lain seperti ColorOS dari OPPO dan OriginOS dari vivo.
Pendapat saya, jika Infinix ‘polish’ lebih sedikit, XOS mungkin boleh menjadi pesaing dalam kategori OS kegemaran para techies. Saya cuma tak suka ia tiada Google Discover apabila kita swipe ke kanan pada home screen. Urgh.
Kamera & Audio Bahagian kamera bukan fokus utama, tapi tetap diberi perhatian. Sensor utama 108MP mampu menghasilkan gambar yang cukup ketajamannya (dalam keadaan cahaya yang optimum), walaupun prestasi malam masih terdapat kompromi.
Bab gambar-gambarnya, nantilah kalau rajin saya muat naik kemudian, ya? Sebab sekarang (ketika artikel ini ditulis) musim hujan. Agak sukar nak dapatkan gambar-gambar yang menarik.
Seterusnya, audio stereo dengan sokongan Hi-Res memberi pengalaman lebih imersif, terutama bila main game tanpa headset. ‘Tuned by JBL’ dipertaruhkan, cuma saya merasa ia masih belum cukup ‘boom’, dan kadar bass agak sedikit ‘tame’. Ia kedengaran seperti pembesar suara telefon pintar dalam niche gaming yang lain, dalam erti kata lain tiada apa yang terlalu istimewa.
Bateri & Pengecasan Bateri 5500mAh dengan sokongan 45W fast charging – cukup untuk penggunaan sehari penuh bersama gaming ringan, atau separuh hari kalau anda rajin bermain Genshin Impact tanpa henti.
Bab bateri, saya tidak boleh terlalu ‘menghentam’, kerana ia menggunakan Dimensity 8350, satu generasi terkebelakang berbanding Dimensity 8450 yang digunakan pada OPPO Reno14 Pro. Apa pun, ia masih boleh dipuji dan setakat ini bagi mana-mana aktiviti gaming yang saya lakukan, ia boleh diharap.
Ini belum lagi saya sebutkan tentang ‘GAMING KIT‘ yang saya dapat bersekali dengan telefon. Apa dia gaming kit tersebut? Ia adalah sebuah magnetic case, dan Magcharge Cooler yang juga bertindak sebagai wireless charger!
Kelebihan Skrin AMOLED 144Hz yang terang dan responsif. Cip Dimensity 8350 Ultimate – cukup berkuasa untuk gaming. Rekaan dengan gaming triggers (GT Trigger) yang unik dalam kelas pertengahan. Bateri besar beserta pengecasan pantas. Kekurangan Kamera malam masih belum setanding pesaingnya. Rekaan ‘Cyber Mecha’ mungkin terlalu niche, tidak semua orang suka. XOS walaupun bertambah baik, masih ada bloatware yang menyakitkan mata. Konklusi Infinix GT 30 Pro ialah percubaan berani untuk menempatkan diri dalam segmen gaming mid-range. Ia bukan sempurna, tapi jelas menunjukkan hala tuju Infinix – dari jenama bajet ke jenama yang dihormati dalam dunia mobile gaming.
Untuk pengguna yang mahu telefon gaming tanpa perlu jual buah pinggang, GT 30 Pro adalah pilihan yang patut dipertimbangkan.
Namun, kalau anda jenis cerewet bab kamera atau mahukan pengalaman perisian yang benar-benar bersih, mungkin ada alternatif lain yang lebih sesuai.
Ringkasnya: Infinix GT 30 Pro ialah telefon yang cuba ‘mengangkat darjat’ jenama Infinix, dengan fokus pada gaming, paparan mantap, dan harga yang masih mesra poket. Ia tidaklah sempurna, tapi cukup untuk buat pesaing lain rasa panas.
Infinix GT 30 Pro boleh dibeli di: Shopee, Lazada.
Views: 62
The post Infinix GT 30 Pro: Setelah Setengah Tahun, Masih Relevan! appeared first on OMGHACKERS.COM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/infinix-gt-30-pro-setelah-setengah-tahun-masih-relevan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shila Amzah Dapat Bapa Tiri Baru Ibu Kembali Bergelar Isteri Setelah 2 Tahun

Shila Amzah Dapat Bapa Tiri Baru Ibu Kembali Bergelar Isteri Setelah 2 Tahun

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 208 hits
Penyanyi Shila Amzah difahamkan dapat bapa tiri baru apabila ibunya Fauziah Sarman dikhabarkan kembali berumah tangga dan bergelar isteri hari ini Shila Amzah siapkan Mama Zie Menerusi Instagram pereka fesyen terkenal Seth amp Luna Fauziah ...
Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 258 hits
Malaysia telah mencatatkan lebihan akaun perkhidmatan sebanyak RM0 7 bilion dalam suku ketiga 2025 selepas mengalami defisit selama 14 tahun Ini dianggap oleh PMX sebagai pencapaian bersejarah kerana negara kita telah berdepan defisit bertu...
Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 179 hits
Walaupun pemasaran digital semakin berkembang ramai usahawan masih tertanya tanya adakah banner dan flyers custom masih relevan untuk menjana jualan pada zaman sekarang Jawapannya YA masih sangat relevan dan lebih penting ia tetap menjadi a...
Faisal Halim Dan Isteri Bercerai Talak Dua Setelah 6 Tahun Berkahwin

Faisal Halim Dan Isteri Bercerai Talak Dua Setelah 6 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 188 hits
Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim dan isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahril sah bercerai talak dua pada Jumaat selepas Mahkamah Rendah Syariah Klang mengesahkan kedua dua lafaz cerai tersebut Menurut peguam yang mewakili Faisal Datuk A...
Kematian Pelajar Tahfiz Agc Masih Tunggu Siasatan Polis Lepas 12 Tahun

Kematian Pelajar Tahfiz Agc Masih Tunggu Siasatan Polis Lepas 12 Tahun

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 141 hits
Kematian pelajar tahfiz AGC masih tunggu siasatan polis lepas 12 tahun Diterbitkan Dec 9 2025 11 37 AM Dikemaskini 11 37 AM Jabatan Peguam Negara masih belum menerima laporan siasatan polis mengenai kematian pelajar tahfiz Wan Ahmad Faris W...
Infinix Menutup Tahun Dengan Jualan End Year Penuh Bergaya Diskaun Sehingga 50 Pada 12 12

Infinix Menutup Tahun Dengan Jualan End Year Penuh Bergaya Diskaun Sehingga 50 Pada 12 12

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR 1 Disember 2025 jenama teknologi yang bergaya untuk pengguna muda menutup tahun ini dengan penuh gaya melalui kempen End Year Penuh Bergaya 12 12 menawarkan pembeli diskaun sehingga 50 untuk pelbagai pilihan telefon pintar dan ...
Sejarah Dan Warisan Iona Abbey Penubuhan Oleh St Columba Pada Tahun 563 Ad

Sejarah Dan Warisan Iona Abbey Penubuhan Oleh St Columba Pada Tahun 563 Ad

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 251 hits
Iona Abbey yang ditubuhkan pada tahun 563 M oleh St Columba telah menjadi pusat kerja misi Kristian di Scotland St Columba tiba dari Ireland bersama dua belas rakan sekerja untuk menyebarkan agama Kristian di pulau terpencil di Hebrides ini...
Kelindan Lori Dipenjara 5 Tahun Amang Seksual Anak Saudara Di Kebun Pisang

Kelindan Lori Dipenjara 5 Tahun Amang Seksual Anak Saudara Di Kebun Pisang

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 138 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang kelindan lori dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya di kebun pisang tahun laluSinar Harian me...
60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 152 hits
SITI NUR ZAWANINovember 19 2025Dalam semangat memperingati 60 tahun hubungan diplomatik kedua dua negara sehaluan bahawa ia harus dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional kepada sektor bernilai tinggi Dalam pertemuan r...
Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Siti Nurhaliza Terkesan Ujian Peminat Setia Di Icu Hkl Mohon Doa Keajaiban

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Anwar S Political Survival Flip Flop

Bmw N57 Vs Bmw M57 Which One Is A Better Engine

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

7 Drama China Komedi Romantis Terbaik Yang Siap Bikin Baper


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Aqiqah Anak Lelaki Vs Perempuan Apa Bezanya Panduan Lengkap Ibu Bapa Muslim

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

Buat Duit Tanpa Modal Besar Cara Realistik Jana Income Secara Automatik