Infaq Kos Perjalanan Para Pendakwah
Ada ramai yang datang untuk berdakwah jalanan dan juga dakwah pelancong masjid tapi tak ramai yg kekal. Mungkin salah satu sebabnya adalah kos perjalanan😊 selama terlibat dalam dakwah jalanan ni, agak2 muka2 yg sama saja dtg. 😌ada adik yg datang dari jauh tapi sangat komited hari2 datang volunteer jaga aurat pelancong😊 dan mereka yg datang jauh semata-mata utk dakwah kepada bukan islam hingga kita semua dapat nikmat keamanan dan rahmat Allah asbab keikhlasan dakwah mereka secara volunteer. 😊 Pendakwah jalanan biasanya tidak ramai yang akan istiqomah dalam berdakwah di jalanan. Setiap hari ada wajah-wajah yang baru tapi kemudian mereka tidak akan datang lagi kerana perjuagan dalam street dawah ini amat mencabar dan menuntut ilmu, masa, tenaga dan juga wang. Mereka mungkin boleh keluar untuk bekerja atau berniaga, tapi mereka luangkan utk keluar berdakwah.
Jadi saya ingin membuka ruang pada mereka yang ingin berinfaq untuk para pendakwah jalanan terutama pada mereka yang berada di jauh dan yang tegar agar sama-sama kita mendapat saham setiap kali mereka keluar dari rumah untuk berdakwah di jalanan.
Marilah kita bersama mengajak kepada kebenaran dan menghalang kemaksiatan. Tiada kemaksiatan yang paling besar selain dari SYIRIK. Dengan banyakknya syirik hidup kita tidak akan ada keberkatan dan negara akan mengalami masalah huru hara, gempa bumi, ribut taufan, banjir, kilat, kesempitan hidup, kemiskinan dan melaratnya berbagai jenis penyakit yang ada sekarang. Begitulah cara Allah menegur kita supaya laksanakan tanggungjawap kita umat islam sebagai khalifah di muka bumi ini dan meneruskan kerja Nabi Muhamad s.a.w untuk berdakwah dan menyampaikan mesej kebenaran dari Allah. Infakkan untuk progam dakwah orang asli, golongan miskin yang jauh pendalaman di seluruh Malaysia dan Asia.
HUMANITY DAWAH GLOBAL
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infojelita.blogspot.com/2019/10/infaq-kos-perjalanan-para-pendakwah.html