Industri Perhotelan Semakin Makin Nazak 2041 Pekerja Dihentikan



SEJAK awal Januari 2020, koronavirus atau Covid-19 bagaikan satu petaka yang melanda industri pelancongan dunia

Yang pasti, selain sektor penerbangan, satu lagi cabang utama yang menerima kesan paling dahsyat angkara Covid-19 ialah perhotelan

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng berkata, pada peringkat pertama, industri perhotelan menerima pembatalan tempahan bilik secara mendadak dan sehingga kini telah mencecah angka 193,000 bilik dengan nilai kerugian lebih RM75 juta

“Dalam tempoh kawalan pergerakan selama 14 hari ini, hampir kesemua hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Tempoh ini sahaja kami menganggarkan kerugian pendapatan industri hotel lebih daripada RM500 juta,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam

Katanya lagi, buat masa ini, objektif utama pengusaha hotel adalah untuk meneruskan operasi dalam keadaan kerugian yang paling rendah dengan kos upah dan gaji adalah antara yang paling besar

Berdasarkan sumber MAH, setakat 20 Mac lalu, seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan manakala anggaran kerugian pendapatan industri hotel berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berjumlah RM560,720,981

Industri perhotelan di Kuala Lumpur paling terkesan dengan kerugian bernilai RM24 juta diikuti Sabah RM11 juta dan Selangor RM9 juta

Ditanya apakah langkah-langkah yang diambil pihak MAH bagi meminimumkan kerugian dan pelan untuk menghidupkan kembali sektor perhotelan, beliau menjawab, pihak persatuan telah banyak memberi maklum balas dan idea kepada kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini


“Kami juga mewakili industri dalam rundingan diskaun dengan pembekal-pembekal servis kepada ahli-ahli kami untuk mengurangkan kos operasi hotel

“Kami berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih bantuan kewangan kepada industri dengan beban dan kekangan aliran tunai yang serius,” katanya

Sementara itu, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata, sektor pelancongan amat terkesan dan mengalami kemerosotan teruk akibat wabak Covid-19

“Pada bulan Mac pendapatan sektor pelancongan memang merosot disebabkan banyak pembatalan tempahan pelancongan sama ada dari dalam dan luar negara disebabkan kawalan pergerakan bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara utama dunia

“Untuk bulan April, Mei dan Jun kita harus tunggu dan lihat sama ada virus Covid-19 ini dapat dikawal. Sekiranya dapat dikawal, kita akan dapat melihat pemulihan perlahan-lahan bermula bulan Julai hingga Disember. Berkemungkinan kita akan dapat kembali pulih tahun depan,” katanya

Menurut beliau, pihak MATTA akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung masalah utama iaitu aliran tunai yang nazak dan keputusan berkaitan para pekerja

“Kami menulis kepada kerajaan sekiranya terdapat skim pengekalan pekerja. Di United Kingdom misalnya, 80 peratus gaji ditanggung oleh kerajaan, MATTA pula mencadangkan 60 peratus gaji ditanggung kerajaan

“Namun kita tunggu pengumuman terkini pakej rangsangan ekonomi oleh Perdana Menteri pada 30 Mac ini,” katanya.Beliau turut menambah, keputusan oleh Kementerian Pelancongan untuk membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 merupakan keputusan tepat kerana buat masa ini kempen tersebut tidak mampu untuk mencapai sasaran yang diingini

Ditanya mampukah industri pelancongan dan perhotelan negara kembali pulih seperti sedia kala sekiranya virus Covid-19 berjaya dikawal, beliau menegaskan pelancongan dan pengembaraan merupakan satu gaya hidup

“Sekiranya Covid-19 berjaya diatasi, keyakinan untuk mengembara pasti akan pulih namun apa yang tidak pasti ialah bila? Saya harap suku akhir tahun (Oktober, November, Disember) akan menyaksikan masyarakat dunia kembali berasa yakin dan selamat untuk melancong

Turut berkongsi pandangan, Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang menegaskan situasi kini adalah yang paling teruk memberi kesan kepada industri pelancongan

“Kita tak boleh menerima seorang pelancong pun dan syarikat-syarikat pelancongan masih perlu membayar operasi perniagaan seperti gaji pekerja dan sewa pejabat,” katanya

Menurut Uzaidi, MITA sentiasa berkomunikasi dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi untuk berbincang bagaimana pihak kerajaan boleh membantu penggiat industri semasa krisis ini

“Kami berpuas hati dengan segala inisiatif kerajaan untuk membantu kami

“Tetapi kami berharap pihak kerajaan boleh membantu pekerja-pekerja separuh masa seperti pemandu pelancong yang tidak bergaji tetap dan tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Mereka ini adalah kumpulan yang terkesan akibat Covid-19

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, pihak MITA bersama dengan Malaysia Productivity Corp (MPC) turut menganjurkan seminar online dan menjemput penceramah khas untuk mengajar penggiat industri pelancongan

“Insya-ALLAH esok (hari ini), CEO SME Corp akan memberi penerangan melalui online kepada 1,000 usahawan industri pelancongan mengenai pakej bantuan atau pinjaman khas untuk usahawan semasa Covid-19 ini,” katanya


Uzaidi menegaskan, industri pelancongan adalah antara industri yang sangat penting dalam menjana ekonomi negara dan Malaysia adalah antara negara popular yang dilawati oleh pelancong antarabangsa

“Kami terperanjat kerana sudah mula menerima pertanyaan mengenai pakej pelancongan daripada ejen-ejen negara China untuk bulan September. Ini bermaksud, pelancong-pelancong dari negara China sangat yakin yang Malaysia akan pulih daripada wabak Covid-19 secepat mungkin,” katanya

Sumber: Sinar Harian

from Sehinggit Media https://ift.tt/2UvAyEW
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/03/industri-perhotelan-semakin-makin-nazak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Industri Perhotelan Dan Restoran Ditargetkan Hanya Tumbuh 5 Persen

Industri Perhotelan Dan Restoran Ditargetkan Hanya Tumbuh 5 Persen

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 311 hits
Ketua Umum Perhimpunan Hotel dan Restoran Indonesia Hariyadi Sukamdani mengatakan industri perhotelan dan restoran telah mengubah target pertumbuhan pendapatan setelah wabah virus corona merebak
Kenaikan Cukai Dinilai Bikin Jumlah Pekerja Industri Hasil Tembakau Menurun

Kenaikan Cukai Dinilai Bikin Jumlah Pekerja Industri Hasil Tembakau Menurun

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 157 hits
Pemerintah telah resmi menetapkan kebijakan kenaikan tarif cukai hasil tembakau atau cukai rokok sebesar 23 persen dan harga jual eceran sebesar 35 persen pada awal Januari 2020 lalu Kenaikan ini berdasarkan Peraturan Menteri Keuangan Nomor...
Pemerintah Diminta Perhatikan Pekerja Lapangan Terdampak Kebijakan Kerja Di Rumah

Pemerintah Diminta Perhatikan Pekerja Lapangan Terdampak Kebijakan Kerja Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 218 hits
Ketua Fraksi Partai NasDem DPRD DKI Wibi Andrino mengatakan dirinya mendesak pemerintah turut serta memperhatikan hal tersebut Jangan hanya memikirkan para pekerja kantoran saja
Pekerja Malaysia Tidur Di Stesen Mrt S Pore Selepas Penutupan Sempadan

Pekerja Malaysia Tidur Di Stesen Mrt S Pore Selepas Penutupan Sempadan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 429 hits
PETALING JAYA Sejak penguatkuasaan perintah kawalan gerakan pada Rabu beberapa pekerja Malaysia di Singapura telah tidur di luar stesen MRT lapor Today Online Penjaga Storekeeper Armel Sharil 31 berkata bahawa dia menunggu sehingga pintu lo...
Covid 19 Bantuan Rm600 Buat Pekerja Majikan Terjejas

Covid 19 Bantuan Rm600 Buat Pekerja Majikan Terjejas

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 486 hits
SHAH ALAM 22 MAC Pertubuhan Keselamatan Sosial Selangor menyediakan bantuan kewangan sementara RM600 sebulan kepada pencarum yang terjejas susulan penularan Covid 19 kata pengarahnya Mustafa Draman berkata bantuan di bawah Program Pengekala...
Hak Pekerja Ini Cara Untuk Tuntut Bantuan Rm600 Kerana Cuti Tanpa Gaji

Hak Pekerja Ini Cara Untuk Tuntut Bantuan Rm600 Kerana Cuti Tanpa Gaji

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 933 hits
Hari ini merupakan hari ke 5 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kebanyakan dari kita sudah mula melakukan kerja di rumah termasuklah kami di Ohmedia Bagaimanapun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumumannya sebelum ...
Presiden Jokowi Siapkan Rp10 Triliun Untuk Pekerja Yang Kena Phk

Presiden Jokowi Siapkan Rp10 Triliun Untuk Pekerja Yang Kena Phk

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 163 hits
Presiden menambahkan program tersebut juga diarahkan bagi para pekerja harian yang kehilangan penghasilan dan pengusaha mikro yang kehilangan omzet atau pendapatan
Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 396 hits
Perkongsian oleh seorang pekerja offshore Dentonel Misa ini di laman Facebook miliknya pasti akan membuatkan kita lebih berhati hati menghadapi penularan wabak COVID 19 ketika ini Melalui kirimannya itu dia yang kini dirawat di Hospital Tum...
Tiba Di Bali Malam Ini 205 Pekerja Migran Akan Langsung Dikarantina

Tiba Di Bali Malam Ini 205 Pekerja Migran Akan Langsung Dikarantina

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 139 hits
Ketua Satgas Penanggulangan covid 19 Provinsi Bali Dewa Made Indra menyampaikan sekitar 205 orang pekerja migran Indonesia asal Bali akan masuk melalui pintu masuk Bandara I Gusti Ngurah Rai Bali pada Minggu malam Mereka akan diperlakukan k...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord