Industri 4 0 Vs Kerajaan Malaysia Baru



Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai pemain besar industri utama dunia mula membangkitkan tentang kesediaan mereka untuk beralih kepada Indusri 4.0. Kita juga mendengar perihal Industri 4.0 ini seringkali diperkatakan oleh media massa terutamanya oleh pihak kerajaan sejak 2 tahun lepas.

Tetapi berapa ramaikah rakyat Malaysia yang sedar dan faham apa itu Industri 4.0? Apakah langkah atau inisiatif yang pihak kerajaan telah dan akan laksanakan supaya Malaysia tidak ketinggalan di dalam mendakap Industri 4.0 ini?


Fasa ledakan zaman industri

Ledakan industri pertama ( Industri 1.0) bermula sekitar pertengahan abad ke 18 apabila teknologi wap diperkenalkan. Ledakan ini juga dikenali sebagai revolusi teknologi pembuatan. Pengenalan teknologi wap telah membantu para pengilang mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan seterusnya menjadikan pengeluaran mereka lebih efisyen. Ledakan ini juga merupakan titik permulaan kepada peralihan daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian secara lebih serius.

Pada awal tahun 1900-an, teknologi elektrik mula diperkenalkan secara besar-besaran dan diguna pakai oleh para pengilang. Teknologi eletrik ini telah mencetuskan permulaan untuk Industri 2.0 dimana para pengilang mampu untuk meningkatkan pengeluaran mereka berkali ganda walaupun dengan masa yang sama jika dibandingkan dengan penggunaan teknologi sebelum ini. Peningkatan pengeluaran ini telah mendorong kepada pengurangan kos pembuatan dan akhirnya kos jualan barangan dapat dikurangkan.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pada tahun 2000 bermulalah fasa baru dengan ledakan Industri 3.0 apabila teknologi automasi dan digital mula mengambil alih dan peranan di dalam kebanyakan proses pengilangan dan industri-industri utama dunia. Ledakan Industri 3.0 telah mendorong lebih banyak penggunaan mesin dan robot secara automatik. Pengunaan mesin automatik dan robotik seperti ini banyak digunakan di dalam sektor automotif dan juga elektonik.

Bermula pada tahun 2011, banyak negara-negara maju mula memperkatakan tentang Industri 4.0 dan memberikan fokus ke arah persediaan transisi kepada penggunaan teknologi komputer dan automasi dengan cara yang lebih baharu. Ledakan Industri 4.0 telah memberikan nafas baharu terhadap cara komunikasi di antara empat perkara asas iaitu Manusia, Mesin, Alat Peranti dan juga Sensor.

Ledakan Industri 4.0 telah melahirkan pengoptimasian sistem automasi, penganalisian secara _“big data”_, kemampuan untuk melakukan simulasi melalui sistem applikasi, dan pengintegrasian beberapa sistem terpilih. Kesemua ini boleh membantu pemain industri menyelesaikan banyak masalah yang sukar dan sebelum ini dikatakan hampir mustahil untuk diselesaikan.

Ledakan teknologi Industri 4.0 juga telah membolehkan para pemain industri membuat ramalan atau _”preventive action”_ sebelum berlakunya sesuatu masalah berdasarkan kajian _“big data”_ dan simulasi. Peningkatan drastik teknologi juga telah menyebabkan mesin kini mempunyai kemahiran berfikir secara sendiri atau dikenali sebagai _“artificial intellegence”_ (AI) yang membolehkan mesin belajar dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menganalisis dan melakukan kerja.


Inisiatif Malaysia

Sejak dari tahun 2017, Malaysia melalui kerajaan terdahulu kelihatan begitu agresif di dalam memberikan galakkan dan penerangan mengenai Industri 4.0.

Antara langkah kerajaan terdahulu ialah dengan memberikan penekanan yang serius terhadap penyediaan modul dan kursus pendidikan seperti memperkenalkan kursus yang selari dengan keperluan Industri 4.0 melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan juga di universiti-universiti awam.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dibawah pimpinan YB Khairy Jamaluddin juga pernah merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan Microsoft Malaysia untuk memperkenalkan teknologi bertaraf dunia di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Di bawah transformasi digital ILKBS, sekolah vokasional akan mengguna pakai kurikulum Microsoft dan memanfaatkan Microsoft Imagine Academy bagi melatih pelajar. Menurut YB Khairy lagi, inisiatif digital ILKBS tersebut bertujuan membangunkan modal insan yang bersedia untuk memenuhi keperluan masa depan, sebagai tindak balas terhadap persekitaran global yang berubah dengan melengkapkan alatan seiring perubahan industri.

Walaupun kerajaan telah berubah selepas PRU yang lalu, namun komitmen untuk menjayakan transisi ke arah Industri 4.0 masih diteruskan malah diperhebatkan lagi oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng ada menggariskan sekurang-kurangnya tujuh langkah ke arah persediaan menghadapi Industri 4.0.


Memperuntukkan RM240 juta bagi menyokong transisi menuju Industri 4.0 dengan membantu lebih 500 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).Mewujudkan sistem rujukan Knowledge Resource for Science & Technology Excellence (KRSTE.my) dengan peruntukkan RM2 juta bagi membantu perkongsian maklumat dan penyelidikan dikalangan pemain industri.RM2 bilion juga disediakan dibawah Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP) untuk PKS bagi menggalakkan membuat pelaburan di dalam bidang automasi dan pemodenan.Menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan saiz dana sebanyak RM3 bilion bagi merancakkan industri robotik dan kecerdasan buatan.MIDA melalui Dana Impak Tinggi akan berterusan menyediakan geran bagi menggalakkan inisiatif Industri 4.0.Kerajaan melalui Khazanah Nasioanal Berhad akan membangunkan 80 ekar tanah di Subang sebagai hab aeroangkasa bertaraf dunia.Penyediakan potongan cukai dua kali kepada syarikat yang melaksanakan program-program tertentu seperti memberikan latihan kepada para pelajar kejuruteraan dan teknologi.

Sebagai tambahan kepada 7 langkah diatas, kerajaan PH juga telah memperuntukkan RM1 bilion untuk melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bagi membangunkan infrastruktur jalur lebar serta meningkatkan kelajuan jalur lebar mencapai 30Mps dikawasan luar bandar. Kesemua langkah ini telah membuktikan keseriusan kerajaan Malaysia bagi menghadapi ledakan Industri 4.0 tanpa prejudis.

Ledakan Industri 4.0 negara akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan baru yang berkualiti tinggi dengan menawarkan kadar gaji yang lebih tinggi dan memerlukan latar pendidikan teknikal yang baik.


Hapus peluang pekerjaan?

Memang benar, kepesatan perkembangan teknologi akan menghapuskan sebahagian peluang pekerjaan. Namun sebahagian besar peluang pekerjaan yang dikatakan akan terhapus itu merupakan jenis _“low skill”_ dan seperti yang kita maklum kebanyakkan pekerjaan jenis ini diisi oleh pekerja warga asing. Kita juga harus sedar, ledakan Industri 4.0 akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan baru yang berkualiti tinggi dengan menawarkan kadar gaji yang lebih tinggi dan memerlukan latar pendidikan teknikal yang baik.

Jika kita soroti laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), kadar pengangguran anak muda di Malaysia lebih daripada 10% dan bersamaan dengan 3 kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional. Ini menunjukkan anak muda terutamanya lepasan kolej dan universiti mempunyai kadar keboleh pasaran yang agak rendah. Pihak majikan menyalahkan para graduan universiti yang didakwa tidak memiliki kemampuan berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan baik. Ada juga laporan-laporan tertentu yang menunjukkan bahawa terdapat kursus-kursus yang ditawarkan di IPT tidak mempunyai peluang pekerjaan yang baik di Malaysia.

Disamping kita memuji tindakan proaktif kerajaan di dalam menyediakan Malaysia untuk Industri 4.0 dengan menyediakan pelbagai inisiatif dan pelan tindakan, kita juga harus mengingatkan kerajaan sedia ada untuk memperbaiki masalah-masalah berbangkit contohnya isu pengangguran yang tinggi dikalangan anak muda. Kajian komprehensif dan telus oleh pihak tidak perkepentingan perlu dilakukan bagi mencari punca sebenar kadar pengganguran yang tinggi. Adakah benar disebabkan oleh masalah komunikasi di dalam bahasa Inggeris atau pun sebenarnya industri di Malaysia memang tidak mampu mencipta peluang pekerjaan yang cukup dan selari dengan jumlah graduan yang dilahirkan di Malaysia saban tahun? Ini berkaitan soal _“supply and demand.”_

Ini kerana terdapat lebih 10% daripada anak muda yang tidak bekerja, tetapi tidak pula kedengaran rungutan daripada para pengilang atau majikan da _Journal of Asia Economy_ yang hasilkan oleh penyelidik dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang bertajuk _“Discrimination in high degrees: Race and graduate hiring in Malaysia”_ menunjukkan terdapat diskriminasi kaum di dalam pengambilan pekerja. PH di dalam Buku Harapan ada membuat janji untuk menubuhan Suruhanjaya Peluang Saksama. Tujuan Suruhanjaya ini adalah untuk menangani amalan pengambilan pekerja yang bersifat diskriminasi dan tidak adil di sektor awam dan juga sektor swasta. Janji 33 ini masih belum terlaksana dan menteri berkenaan tidak pula melaporkan sebarang kemajuan bagi melaksanakan tuntutan janji ini.


Bersediakah Malaysia?

Disamping memperkenalkan beberapa inisiatif yang baik bagi menggalakkan transisi ke arah Industri 4.0, kerajaan juga perlu memberikan tumpuan kepada usaha penambahbaikan dengan menangani masalah-masalah yang berbangkit. Ini adalah penting supaya apabila usaha-usaha transisi Industri 4.0 telah terlaksana kelak, ianya tidak menatijahkan pelebaran masalah sedia ada kerana tiada usaha serius yang dijalankan untuk menanganinya.

Malaysia akan lebih bersedia jika kita mengambil pendekatan holistik dengan melihat kehadapan tanpa melupakan beban yang tercicir dibelakang!


Malaysia Dateline

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/industri-40-vs-kerajaan-malaysia-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Falsafah Sedunia Mengiringi Kerajaan Baharu Malaysia

Hari Falsafah Sedunia Mengiringi Kerajaan Baharu Malaysia

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 427 hits
LAPORANBarisan kepimpinan tertinggi WPF SETENGAH orang sinis dan skeptikal apabila disebut falsafah Falsafah dianggap atau dikonotasikan sama dengan tasawuf tetapi hakikatnya ia berbeza Ilmu tasawuf diterjemahkan dari penghayatan seseorang ...
Gossip Pejawat Awam Tentang Kerajaan Baru

Gossip Pejawat Awam Tentang Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 460 hits
Antara gossip yang paling hangat di kalangan penjawat awam sekarang nie adalah mengenai pengalaman bersama kerajaan baru di kementerian masing Walaupun di kementerian yang berbeza namun pola penceritaan mereka hampir sama Menteri Timbalan M...
Pemilik Akaun Fake Siap Sedia Untuk Dikenalpasti Kerajaan Baru

Pemilik Akaun Fake Siap Sedia Untuk Dikenalpasti Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 546 hits
Kerajaan akan tentukan kaedah untuk pengesahan pemilik akaun media sosial dalam masa terdekat BERNAMA Bolehkah kerajaan mengawal jawabnya boleh Bolehkah kerajaan meminta pengenalan untuk memastikan account fake berjaya dihapudkan jawabnya b...
Lenovo Mengumumkan Kehadiran Siri Laptop Yoga Baru Untuk Pasaran Malaysia

Lenovo Mengumumkan Kehadiran Siri Laptop Yoga Baru Untuk Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 288 hits
Di acara IFA Berlin beberapa bulan yang lalu Lenovo telah mengumumkan beberapa siri laptop baru dan diantaranya ialah siri laptop Yoga iaitu laptop boleh lipat yang boleh digunakan dengan beberapa cara yang kreatif Diantara laptop laptop Le...
Malaysia Dapatkan Kepakaran Jepun Labur Dalam Industri Kecergasan Buatan

Malaysia Dapatkan Kepakaran Jepun Labur Dalam Industri Kecergasan Buatan

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 265 hits
TOKYO Malaysia akan mendapatkan bantuan dari Jepun untuk melabur dalam industri kecergasan buatan yang diyakini mampu membawa teknologi di Malaysia ke tahap lebih maju kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata beliau sudah mengad...
Bajet Pertama Akan Dibentang Kerajaan Baru Selepas 61 Tahun

Bajet Pertama Akan Dibentang Kerajaan Baru Selepas 61 Tahun

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 366 hits
Diterbitkan 2 Nov 2018 9 40 pagiHari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakata...
Kerajaan Akan Membangunkan Platform Data Terbuka Mengalakkan Industri Berkongsi Data

Kerajaan Akan Membangunkan Platform Data Terbuka Mengalakkan Industri Berkongsi Data

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 264 hits
Kerajaan pada hari ini telah sedia menawarkan platform data terbuka mereka dinamakan Data gov my membolehkan sejumlah data daripada sektor awam dikongsi secara terbuka bersama pengguna umum dan digunakan oleh pelbagai syarikat dan pembangun...
Makan Duit Haram Tipu Kerajaan Australia Punca Mengapa Pengutip Buah Di Australia Dibenci Pelancong Malaysia

Makan Duit Haram Tipu Kerajaan Australia Punca Mengapa Pengutip Buah Di Australia Dibenci Pelancong Malaysia

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 1113 hits
Ekonomi di Malaysia yang tenat ini membuatkan rakyat sendiri berhijrah ke negara luar bagi mencari peluang rezeki yang lebih baik Yelah di Malaysia gaji tidak berpatutan dengan kerja yang dilakukan Gaji yang kecil tapi kos sara hidup yang t...
Panas Sabah Bakal Bentuk Kerajaan Baru

Panas Sabah Bakal Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 316 hits
Sebanyak 13 Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri ini dikatakan bakal menyertai Gabungan Bersatu Sabah bagi membentuk kerajaan baharu Menurut sumber kesemua mereka hanya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi pada pukul 2 30 petang ini yang akan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya