Indonesia Mula Bina Pangkalan Kapal Selam Di Natuna


Pada 5 April lepas, Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) telah mengadakan majlis untuk menandakan permulaan kerja-kerja pembinaan stesen bantuan kapal selam di Pulau Natuna Besar, yang terletak di dalam kawasan perairan Laut China Selatan.

Stesen bantuan kapal selam bagi menyokong operasi dan misi kapal selam-kapal selam milik Tentera Laut Indonesia di Laut China Selatan dan sasaran utama pentadbiran Jakarta pada pendapat admin adalah China serta kapal-kapal pengawal pantai dan mungkin kapal selam milik negara itu.

Mungkin rondaan kapal-kapal selam China sudah sampai di dasar laut Natuna, memaksa Indonesia memperkuatkan infrastruktur kapal selamnya untuk memantau pergerakan aset-aset dasar laut Beijing itu,

Perasmian permulaan kerja-kerja pembinaan stesen bantuan kapal selam itu dilakukan oleh Panglima Tentera Laut Indonesia itu sendiri, Laksamana Yudo Margono dan terletak berhampiran dengan Selat Lampa dan Laut China Selatan itu sendiri.

“TNI Angkatan Laut tetap berkomitmen bahwa peningkatan sarana dan prasarana pendukung tugas operasi merupakan prioritas dalam menuju TNI Angkatan Laut yang profesional, mandiri dan tangguh,” kata Laksamana Yudo pada majlis terbabit.

Stesen bantuan kapal selam di Pulau Natuna Besar akan dibina di atas tanah seluas 1.050 meter persegi dan dua bangunan seluas 1.008 meter persegi.Pulau Natuna

Turut dibina adalah “Mes Tjiptadi Lanal Ranai” dengan pelbagai kemudahan antaranya bilik bagi anggota kapal selam.

Mungkin daripada stesen bantuan di Pulau Natuna Besar itu, kapal-kapal selam Indonesia akan dilancarkan untuk operasi di Laut China Selatan.

Sementara itu majalah pertahanan antarabangsa, Janes berkata ia pernah melaporkan seawal tahun 2016 bahawa Indonesia sedang merancang untuk membina sebuah pengkalan kapal selam di Pulau Natuna Besar.

Pihak tentera laut republic itu memohon peruntukan sebanyak US$40 juta untuk membina pangkalan kapal selam itu.

Laporan itu menurut Janes adalah berdasarkan kepada transkrip pertemuan di antara Panglima Angkatan Tentera Indonesia Jeneral Gatot Nurmantyo dan jawatankuasa pertahanan, perisikan serta hubungan luar DPR.

Apa yang kita dapat lihat, Indonesia secara berperingkat telah membangunkan kemudahan tentera di Natuna berikutan ancaman daripada pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China di kawasan perairan berhampiran pulau yang kaya dengan sumber asli itu.

Natuna itu bakal menjadikan pangkalan laut yang penting bagi tentera Indonesia kerana kedudukannya yang berdepan dengan Laut China Selatan dan kerana kekayaan sumber asli yang dimiliki oleh pulau itu.

Menurut badan kawalselia gas Indonesia, SKK Migas, di bawah dasar laut perairan sekitar Pulau Natuna itu terletaknya medan gas asli terbesar Indonesia yang dianggarkan bernilai berbillion dollar jika ia dikomersialkan.

Medan gas asli di Natuna adalah jauh lebih besar daripada apa yang ditemui di perairan Maluku dan Makassar.

Walaupun Indonesia tidak terlibat dalam pertikaian dengan China berkenaan isu Laut China Selatan, tetapi kebelakangan ini semakin banyak kapal-kapal pengawal pantai negara ini muncul di perairan berhampiran Pulau Natuna.

Ini tidak termasuk bot-bot nelayan China yang pernah beberapa kali menceroboh kawasan perairan sekitar Laut Natuna untuk menangkap ikan.

Sebenarnya, China menggunakan bot-bot nelayan ini untuk membuat tuntutan terhadap sesuatu kawasan perairan di Laut China Selatan. - DEFENCE SECURITY ASIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/indonesia-mula-bina-pangkalan-kapal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapal Selam Kri Nanggala 402 Indonesia Ditemui 53 Kelasi Maut

Kapal Selam Kri Nanggala 402 Indonesia Ditemui 53 Kelasi Maut

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 505 hits
Kapal selam tentera Indonesia KRI Nanggala 402 ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia Yudo Margono mengesahkan serpihan kapal selam yang hilang Ra...
Kapal Selam Indonesia Hilang Di Bali

Kapal Selam Indonesia Hilang Di Bali

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 291 hits
KAPAL SELAM INDONESIA HILANG DI BALI Jakarta Kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia KRI Nanggala 402 dipercayai terputus hubungan ketika sesi latihan di perairan berhampiran Bali lapor agensi Anadolu yang meemtik ketua pasukan te...
Bantu Pencarian Kapal Selam Rakyat Indonesia Terharu Amp Hargai Usaha Tldm

Bantu Pencarian Kapal Selam Rakyat Indonesia Terharu Amp Hargai Usaha Tldm

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 289 hits
Berikutan kehilangan kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia KRI Nanggala 402 Tentera Laut Diraja Malaysia turut bersama bagi operasi mencari dan menyelamat sejak Khamis lalu Kapal Penyelamat bagi Kapal Selam Tentera Laut
Bekalan Oksigen Mampu Bertahan 72jam Sahaja Apa Nasib Kru Kapal Selam Kri Nanggala 402 Yang Hilang Di Dasar Laut

Bekalan Oksigen Mampu Bertahan 72jam Sahaja Apa Nasib Kru Kapal Selam Kri Nanggala 402 Yang Hilang Di Dasar Laut

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 670 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDah lebih 24 jam hilang Sebuah kapal selam jenis KRI Nanggala 402 milik Tentera Laut Tentera Nasional Indonesia masih lagi hilang dan belum dijumpai Ada 53 orang kru dalam kapal selam Moga mereka semua sel...
Ini Serpihan Dan Barang Milik Kapal Selam Kri Nanggala 402

Ini Serpihan Dan Barang Milik Kapal Selam Kri Nanggala 402

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 330 hits
Ini Serpihan dan Barang Milik Kapal Selam KRI Nanggala 402 Tim gabungan telah menemukan serpihan benda yang diduga kuat bagian dari kapal selam KRI Nanggala 402 salah satunya adalah alas salat yang biasa digunakan para awak
Tni Al Ungkap Kendala Pencarian Kapal Selam Kri Nanggala 402

Tni Al Ungkap Kendala Pencarian Kapal Selam Kri Nanggala 402

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 213 hits
Dia mengatakan itulah perlunya keterlibatan negara negara sahabat seperti Singapura Negara itu mengerahkan Kapal Rescue MV Swift yang dijadwalkan tiba Sabtu 24 April 2021
Baru Minta Izin Menyelam Terus Terputus Hubungan Blackout Dipercayai Jadi Punca Kapal Selam Gagal Dikesan

Baru Minta Izin Menyelam Terus Terputus Hubungan Blackout Dipercayai Jadi Punca Kapal Selam Gagal Dikesan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 291 hits
338 total views 338 views today Kapal selam milik Tentera Laut Indonesia KRI Nanggala 402 yang membawa 53 anak kapal hilang dipercayai kerana mengalami black out setelah diberi kebenaran untuk menyelam Mereka baru meminta izin menyelam sete...
Kapal Selam Hilang Bekalan Oksigen Dikhuatiri Hanya Cukup 72 Jam Semasa Gangguan Elektrik

Kapal Selam Hilang Bekalan Oksigen Dikhuatiri Hanya Cukup 72 Jam Semasa Gangguan Elektrik

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 251 hits
BALI Bekalan oksigen bagi kapal selam Indonesia KRI Nanggala yang hilang akan hanya cukup sehingga awal Sabtu ini menurut pihak berkuasa Indonesia Namun mereka melahirkan rasa optimis terhadap usaha mencari dan menyelamat Panglima tentera l...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bacaan Doa Rasulullah Saw Ketika Melawat Orang Sakit

Jika Pasangan Anda Di Spektrum Autisme

Makanan Retort Mudahkan Pengurusan Bantuan Makanan

Aplikasi Teknologi Geofizik Dalam Pengurusan Tanah Tercemar

Kuih Buah Tanjung Kelantan

Kad Ic Suica Dan Menikmati Ramen Pertama Di Nikoniko Mazemen Akihabara