India Korea Selatan Sedia Tawarkan Jet Pada Tudm



Ketika Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang dalam pertimbangan mengantikan jet-jet pejuangnya yang kini telah berusia, mereka telah menjadi tumpuan pengeluar jet dari seluruh dunia di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Bagaimanapun beberapa peristiwa telah membantu meletakkan pengeluar jet dari negara-negara Asia dan jet-jet mereka berada dalam pilihan, termasuklah jet Tejas buatan Hindustani Aeronautics Ltd dari India, JF-17 buatan Sino-Pakistani dari Pakistan dan FA-50 buatan Korea Aerospace Industry.


Loading...
Pengeluar pilihan dari Eropah - BAE System dengan jet mereka Typhoon, Dessault Aviation (Rafale) dan Saab (Gripen) kini kurang mendapat perhatian selepas Malaysia menyatakan kemungkinan memikirkan semula pembelian daripada negara Eropah, selepas Kesatuan Eropah mempertimbangkan larangan penggunaan minyak kelapa sawit dalam bahan bio-fuel.

Bersempena dengan LIMA’19, Bernama bertemu dengan dua pengeluar jet Asia yang bersedia untuk membantu TUDM dalam proses pengantian jet pejuangnya.

Tejas dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘bahang’ merupakan pesawat tempur ringan (LCA) yang dibangunkan pembuat jet India, Hindustan Aeronautics dan merupakan pesawat supersonik kedua dihasilkan syarikat tersebut selepas HF-24 Marut.

Pengerusi dan Pengarah Urusan Hindustan Aeronautics R. Madhavan percaya Tejas mempunyai semua yang diperlukan bagi menjadi penganti kepada jet pejuang sedia ada di TUDM.

“Saya percaya kami boleh menawarkan pakej terbaik untuk Malaysia, kami adalah syarikat pembuat terbesar di rantau ini untuk aeronatik dan aeroangkasa, dan kami mempunyai pelbagai rangkaian produk yang boleh disediakan untuk Malaysia.

“Angkatan Tentera Udara India telah menggunakan Tejas sejak 2016 dan kami juga menerima lebih daripada 120 cadangan untuk mengantikan jet lama mereka, menunggu arahan daripada mereka,” katanya kepada Bernama di LIMA’19.

Tejas muncul buat kali pertama di LIMA’19 dan menandakan penampilannya buat kali pertama di Asia Tenggara.

Selasa lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan untuk melihat jet tersebut secara dekat, ketika lawatannya di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.

Apa yang lebih menarik lagi, Madhavan berkata, syarikat yang berpusat di Bangalore itu boleh membina jet berkenaan mengikut spesifikasi yang Malaysia mahukan.

Dikenali sebagai pesawat moden dibina oleh India, Tejas merupakan pesawat satu enjin dan boleh terbang pada kelajuan supersonik dan melebihi 50,000 kaki (15,000 meter). Pesawat perang tangkas ini dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan termasuklah misil jarak jauh, bom, misil jarak dekat, bom dengan sistem berpandu laser, tangki minyak tambahan dan pod laser.

Sementara itu, seorang jurucakap dari Korea Aerospace Industries (KAI) berkata, jet ringan FA-50 yang dibina syarikat itu adalah jet terbaik bagi mengantikan pesawat Malaysia sedia ada.

Katanya, syarikat Korea Selatan itu juga telah memberikan informasi mengenai pesawat tersebut kepada kerajaan Malaysia.

“Kami tahu mengenai keadaan jet pejuang Malaysia dan kami telah memberikan cadangan kepada kerajaan (Malaysia) dengan semua informasi. Pada masa ini, kami hanya boleh harapkan yang terbaik,” katanya.

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2005, lebih 200 unit pesawat FA-50 dan derivatifnya telah dijual kepada negara seperti Indonesia, Filipina, Iraq dan Thailand.

Jet FA-50, dibangunkan bersama KAI dan Lockheed Martin Aeronautics dari Amerika Syarikat.

Jun lepas, Panglima TUDM Jeneral Affendi Buang mendedahkan lebih 40 peratus asetnya perlu dinaik taraf kerana melepasi had usia 20 tahun.

Aset ini termasuklah pesawat Hawk buatan BAE yang telah berada di dalam perkhidmatan selama 25 tahun, jet pejuan buatan Amerika Syarikat Boing F/A-18D Hornet (20 tahun) dan juga Sukhoi Su-30MKM Flankers buatan Russia (10 tahun).

LIMA’19 berakhir hari ini dengan penyertaan 406 syarikat -206 tempatan dan 200 asing - kebanyakannya berkaitan dengan industri pertahanan. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/india-korea-selatan-sedia-tawarkan-jet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
India S Own Tejas Light Fighter Jet On Show At Lima

India S Own Tejas Light Fighter Jet On Show At Lima

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 233 hits
NEW DELHI India is sending two indigenously developed Tejas light combat aircraft as well as a navy corvette to take part in the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition which begins on Tuesday The participation of the India...
Tempat Menarik Serta Souviner Murah Yang Dibeli Dari Seoul Korea Selatan Part 1

Tempat Menarik Serta Souviner Murah Yang Dibeli Dari Seoul Korea Selatan Part 1

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 671 hits
Dah dekat seminggu lebih berlalu percutian singkat kami adik beradik ke Seoul Korea Selatan dari 6 March hingga 10 March lepas Kalau ikutkan hati memang nak lama lagi bercuti tapi sebabkan komitmen kerja adik dan keluarga kami hadkan 5 hari...
Pasport Jepun Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

Pasport Jepun Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 349 hits
Jepun Singapura dan Korea Selatan mempunyai pasport paling berkuasa di dunia pada tahun 2019 demikian pendedahan ranking terbaharu oleh firma penasihat Henley Partners menerusi Indeks Pasport Henley Menurut firma itu warga tiga negara berke...
Pengalaman Melancong Ke Seoul Korea Selatan 2019 Part 1

Pengalaman Melancong Ke Seoul Korea Selatan 2019 Part 1

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 950 hits
Dah dekat seminggu lebih berlalu percutian singkat kami adik beradik ke Seoul Korea Selatan dari 6 March hingga 10 March lepas Kalau ikutkan hati memang nak lama lagi bercuti tapi sebabkan komitmen kerja adik dan keluarga kami hadkan 5 hari...
Maxis Menawarkan Kad Sim Dengan Data Tanpa Had Percuma Untuk Diuji Pelanggan Maxis Fibre Sedia Ada

Maxis Menawarkan Kad Sim Dengan Data Tanpa Had Percuma Untuk Diuji Pelanggan Maxis Fibre Sedia Ada

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 299 hits
Maxis kini nampaknya mula menawarkan kad SIM ujian untuk para pelanggan setia Maxis Fibre membolehkan mereka menikmati penawaran data tanpa had panggilan tanpa had dan SMS tanpa had secara percuma Pelanggan Maxis Fibre yang terpilih ini dil...
Penduduk Di Wilayah Selatan Thailand Harapkan Perubahan

Penduduk Di Wilayah Selatan Thailand Harapkan Perubahan

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 212 hits
Penduduk di wilayah selatan Thailand harapkan perubahan Dikemas kini 3 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 22 Mar 2019 10
Babi Pun Pandai Melukis Ko Hado Perkenalkan Pigcasso Babi Yang Pandai Melukis Dari Afrika Selatan

Babi Pun Pandai Melukis Ko Hado Perkenalkan Pigcasso Babi Yang Pandai Melukis Dari Afrika Selatan

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 472 hits
Dapatkan berita yang paling viral setiap hari Kau punya sembang babi pun boleh terbang Kalau la Pigcasso ni boleh bercakap tentu dia akan brag Tak aku tak boleh terbang Tapi aku pandai melukis Kawan kawan semua lupakan Picasso Saya perkenal...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam