Pengalaman Melancong Ke Seoul Korea Selatan 2019 Part 1
Dah dekat seminggu lebih berlalu percutian singkat kami adik beradik ke Seoul, Korea Selatan dari 6 March hingga 10 March lepas. Kalau ikutkan hati memang nak lama lagi bercuti ,tapi sebabkan komitmen kerja adik dan keluarga ,kami hadkan 5 hari sahaja.
Alhamdulillah semua berakhir dengan selamat dan happy. Flight pun okey smooth (ada sedikit ketakutan naik flight sejak balik dari Jogjakarta sebab turbulence kuat hehe). Amalkan doa perjalanan (Doa Safar) sebelum mulakan perjalanan inshaAllah akan dipermudahkan semuanya ,Alhamdulillah 3x.
Okey, jom kita layan gambar dulu la ye, share tempat menarik yang kami lawati.
Hari Pertama :
Incheon airport (Tiba jam 8.50am, flight jam 12.50am KLIA2) Naik Arex ke Seoul Station (dalam sejam perjalanan)Naik subway ke Myeondong - Letak baggage dekat HostelJalan dekat Pasar Namdaemun cari makan Galchi JJorim (Braised Mackerel aka asam pedas korea)Naik bas ke Namsan towerItaewon (Seoul Grand Mosque) - dan minum petang rehat Manis KitchenBalik ke Myeondong - Makan Malam Restoran KampungkuExplore Myeondong Streets
Namdaemun Market
Galchi JJorim (Braised Mackerel aka asam pedas korea)Tengok ahjumma masak berapa banyak kena letak kimchi tu dapat rasa yang mengancam gitu. Satu set ni dapat satu Steam Egg free. Rasa dia manis-manis okey juga.
Ada ikan parang goreng rangup dengan steam egg
Habis makan jalan sepanjang pasar ambil gambar cuma tak beli apa pun sini sebab target dekat tempat lain. Dah tunggu bas untuk naik ke Namsan tower.
Namsan Tower
Namsan tower diselubungi yellow dust ( hari pertama berkabus je sebab angin kuning dari Tanah Besar China)
Masa ni tengah berkabus teruk juga, so hari pertama memang sejuk sebab tak nampak matahari. Nasib baik bawak juga winter coat tu. Sepatutnya dah masuk musim bunga dah mula nak warm-warm gitu hehe.
Itaewon (Solat + Minum petang)
Habis round Namsan tower, next stop ke Itaewon naik bas untuk solat Masjid Besar Seoul
Seoul Central Mosque
Sempat makan Ttaebokki , Gimbap, dengan fish cake (Eomuk) famous tuMyeondong Perjalanan diteruskan ke Myeondong untuk check-in simpan bag dekat hostel dan makan malam disana.
Myeondong waktu malam , sangat sibuk dan happening.Kalau bawa family ramai boleh la stay area sini sebab tak berbukit sangat macam dekat Itaewon. Tempat makan halal pun mudah didapati. Antaranya, Restoran Kampungku, Nasi Lemak D'Seoul dan beberapa lagi.
Masa ni belum gila lagi tengok face mask murah sebab fikir stay sini so senang jela nak turun ke street shops /stalls tu nanti hari kemudian, hehe.
Addicted kejap masa dekat Restoran KampungKu dengan ayam goreng nih..Nnyummss!Selesai makan malam, sambung jalan di Myeondong Streets , sangat happening dan padat dengan pelancong dan penduduk tempatan.
Okey sampai sini dulu fuhhh baru first day punya cerita je nih.
Appreciation post kejap untuk kami punya tour organizer & guide yang sangat penyabar dan tak jemu-jemu sharing ilmu sepanjang perjalanan kami di bumi Korea, Kak Fatin dan Kak Tim ( So,kalau korang nak tanya pakej boleh pergi ke IG beliau iaitu,
: @BreathandBeing dan @RealTripKorea .
InshaAllah memang sangat berbaloi dan bestt. Korang cakap je nak macam mana trip disusun inshaAllah mereka berdua sangat membantu.
Kak Tim yang ditengah tu heheOkey nanti sambung lagi : klik sini -- > Part 2
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aisyaharith.com/2019/03/Pengalaman-Menarik-Melancong-ke-Seoul-Korea-2019.html