Indeks Rasuah Ph Berjaya Letak Malaysia Di Landasan Betul Namun Dimusnahkan Pn Hanipa


 


February 13, 2021 1. Selepas rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi kerajaan pada 9/5/2018, kita boleh melihat keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas negara kita alhamdulillah mula menunjukkan tanda-tanda perubahan positif walaupun agak perlahan pada mulanya tapi kemudiannya mula menonjolkan peningkatan yang agak ketara.
2. Antara kayu ukur yang sering digunakan oleh masyarakat antarabangsa itu adalah CPI (Corruption Perception Index) atau Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI). Indeks ini, misalnya, yang akan para pelabur rujuk sebelum mereka memutuskan untuk melabur di mana-mana negara termasuk negara ini.
Selepas hanya setahun PH memerintah, TI telah mengeluarkan hasil penyelidikan mengenai Indeks Persepsi Rasuah di negara-negara di dunia ini dan pada tahun 2019, kita menyaksikan Malaysia telah berjaya mempertingkatkan kedudukan posisinya dalam Indeks Persepsi tersebut dengan berjaya menduduki anak tangga ke-51 pada tahun 2019 dari anak tangga ke 61 pada tahun 2018 dan anak tangga ke 62 pada tahun 2017.


 Baru-baru ini kita dikejutkan apabila TI mengeluarkan Indeks Persepsi Rasuah pada tahun 2020 – tahun yang menyaksikan “Langkah Sheraton” dan pengkhianatan mandat rakyat melalui fenomema tebuk atap – negara ini kini berada di kedudukan nombor 57 pada tahun lepas – 2020 – setelah PH berhempas pulas meletakkan posisi negara ini ke tahap yang agak baik dalam Indeks Persepsi Rasuah iaitu di angka ke 51 pada tahun 2019.
4. Kenapakah, semasa PH menjadi Kerajaan, Malaysia telah berjaya, hanya dalam tempoh yang secara relatifnya agak singkat, memperbaiki kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah ini?
5. Menurut Presiden TI (Malaysia) seperti yang dilaporkan oleh NST Singapura pada 23/1/2020, kejayaan tersebut kerana kejayaan rakyat negara ini memberi mandat kepada PH dan PH telah bertindak membalas budi mandat rakyat tersebut dengan membuat beberapa perubahan yang agak besar dan drastik dalam soal urustadbir yang baik dalam pemerintahan (a good governance). Beliau berkata “Kerajaan baru (PH) begitu komited untuk memastikan Malaysia bebas rasuah”.
6. Sebagai salah seorang anggota pentadbiran Kerajaan PH tersebut dan berada di JPM yang hampir setiap minggu berpeluang bermesyuarat dengan YAB PM sendiri dan para pegawai tertinggi kerajaan, saya agak arif tentang usaha-usaha yang amat giat yang dilakukan oleh YAB PM dan kabinetnya dan dibantu oleh para kakitangan kerajaan yang agak komited untuk meletakkan Malaysia ke posisi yang lebih terhormat dalam pandangan masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim melaporkan tentang Plan Anti Rasuah Kebangsaan kepada kerajaan.
7. Misalnya,Kerajaan PH telah menubuhkan sebuah badan khas yang diterajui oleh mantan Pengerusi SPRM iaitu badan yang dipanggil GIACC bagi menjalankan usaha-usaha giat dan proaktif bagi, antaranya, menangani dan memerangi isu rasuah dalam kerajaan sendiri.
Badan ini terletak di bawah JPM dan pejabatnya juga, secara kebetulan, bersebelahan pejabat saya di JPM. Saya agak arif dengan apa yang badan ini telah lakukan kerana lazimnya pada setiap kali sidang Parlimen, mantan boss saya – mendiang Dato VK Liew – dan saya sendiri yang akan selalu menjawab isu-isu berkaitan badan ini di Parlimen – Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kerajaan PH, misalnya juga menubuhkan NFC atau National Financial Centre bagi memerangi atau mengekang fenomena skandal kewangan berskala mega seperti 1MDB.
8. Pada masa PH memerintah juga ada satu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan oleh YAB PM sendiri di mana anggotanya adalah para menteri kanan dan para “senior government servants” dan saya juga adalah salah seorang anggotanya. Pihak GIACC diamanahkan sebagai sekretariat kepada JKKMAR itu.
Puratanya, hampir setiap dua bulan JKKMAR ini akan bermesyuarat dan telah berjaya membincangkan dan memutuskan beberapa polisi penting untuk dibawa ke Kabinet bagi dipertimbangkan dan dijadikan dasar yang muktamad. Contohnya dasar perisytiharan harta dan penghapusan budaya surat sokongan lahir dari JKKMAR.
9. Saya sesungguhnya percaya, pada masa itu, Kerajaan PH sedang berada di landasan yang betul untuk memulihkan imej negara khususnya imej negara ini sebagai “negara perasuah” di mata masyarakat luar.
Hakikatnya, kejayaan PH ini amat digeruni oleh musuh politik PH yang mana kejayaan PH tersebut memungkinkan parti-parti politik yang bergayut pada politik perkauman dan agama yang sempit akan menjadi terus tidak relevan dan mungkin akan berstatus nota kaki sahaja pada masa hadapan.
Lalu pihak-pihak yang risau tentang survival politik mereka itu mula menjerit dengan amat lantang isu-isu perkauman dan agama sempit ibarat tanpa had dan sempadan.
Maka diciptalah satu naratif palsu kononnya Islam dan Melayu terancam di bawah PH, sedangkan hakikatnya kedudukan dan survival politik mereka yang terancam dan berisiko terpupus. Ironisnya, mereka juga mendapat manfaat besar dari dasar keterbukaan PH yang malangnya telah disalahhgunakan kebebasan tersebut bagi mewujudkan rasa tidak puas hati pada PH dengan menyerang PH tanpa ada rasa malu apatah lagi rasa kebertanggungjawaban.
10. Malangnya, politik kotor mereka itu, sekali lagi, dilihat membawa negara ini ke fenomena pra 9/5/2018. Indikasi awalnya Indeks Persepsi Rasuah negara di bawah Kerajaan PN mula dilihat negatif semula oleh masyarakat antarabangsa. Dan tidak perlu dikatakan ianya tidak baik untuk negara khususnya dalam aspek ekonomi. Kita sedang berkhayal jika kita rasa FDI atau para pelabur tidak kisah melihat negara ini mula kembali ke era lama dari aspek rasuah misalnya. – MD
Penulis adalah ahli parlimen Sepang yang juga bekas Timbalan Menteri di JPM (Undang-undang).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/indeks-rasuah-ph-berjaya-letak-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Posisi Ini Sangat Bahaya Jadi Posisi Muka Bayi Kena Betul Bila Ibu Ayah Letak Dalam Baby Carrier

3 Posisi Ini Sangat Bahaya Jadi Posisi Muka Bayi Kena Betul Bila Ibu Ayah Letak Dalam Baby Carrier

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 357 hits
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik Namun adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi an...
Malaysia Juga Punya Kewangan Kukuh Tapi Penyamun Banyak Dan Rasuah Membengkak

Malaysia Juga Punya Kewangan Kukuh Tapi Penyamun Banyak Dan Rasuah Membengkak

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 222 hits
Dulu bila Singapura lebih dulu terima vaksin ada menteri PN bagi alasan sebab negara tersebut punya kewangan yang kukuh dan mereka boleh beli vaksin COVID 19 awal Sekarang ni Nepal Myanmar dan Bangladesh pun lebih dulu beli vaksin ADAKAH in...
Rasuah Dan Pemerintah Malaysia Di Abad 21

Rasuah Dan Pemerintah Malaysia Di Abad 21

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 312 hits
By Oleh Ruhanie AhmadPILIHAN RAYA Umum 14 membuktikan bahawa sesebuah kerajaan di Malaysia di abad 21 akan kehilangan kuasa jika ia terlibat dengan rasuah skandal kewangan atau salahguna kuasa Ini disebabkan pengundi Malaysia menyifatkan ra...
Penantian Peminat Digimon Di Malaysia

Penantian Peminat Digimon Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR 31 Januari 2021 Penantian peminat Digimon di Malaysia kini terubat apabila Bandai syarikat permainan gergasi Jepun telah melancarkan permainan LCD eletronik Digimon yang pernah popular di Malaysia sekitar hujung 90 an Permainan...
Motorola Razr 5g Berharga Rm5999 Di Malaysia Telefon Dengan Skrin Boleh Lipat

Motorola Razr 5g Berharga Rm5999 Di Malaysia Telefon Dengan Skrin Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 172 hits
Motorola Razr 5G merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada pihak Motorola yang telah diperkenalkan pada tahun lepas Ia menawarkan rekaan nostalgia Razr suatu ketika dahulu dan menggunakan skrin boleh lipat untuk menjayakan rekaan...
5 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

5 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 600 hits
5 Tempat Menarik Di Malaysia yang Wajib Dikunjungi Hai korang hari ke 5 untuk Memandangkan kemarin busyra tak sempat so terpaksa lah postpone ke hari ni Ada 5 tempat yang busyra nak sangat pergi cuma tak berkesempatan even dalam Malaysia he...
Khabar Gembira Menanti Pasukan Liga Malaysia

Khabar Gembira Menanti Pasukan Liga Malaysia

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 257 hits
KuaIa Lumpur Semua pasukan Liga MaIaysia dijangka menerima perkhabaran gembira apabiIa MajIis KeseIamatan Negara bersedia mempertimbangkan keIonggaran Iatihan sepanjang Perintah KawaIan Pergerakan ini Ketua Pegawai Eksekutif Liga BoIasepak ...
Malaysia Indonesia Agree In Principle On Reciprocal Green Lane

Malaysia Indonesia Agree In Principle On Reciprocal Green Lane

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 177 hits
Muhammad Shahrul Ikram Yaakob KUALA LUMPUR Malaysia and Indonesia have agreed in principle to implement the reciprocal green lane scheme or known in Indonesia as corridor travel arrangement to enhance bilateral trade Foreign Affairs Minis
Covid 19 Active Cases In Malaysia Surpasses 50k Mark As 3 847 New Infections Reported

Covid 19 Active Cases In Malaysia Surpasses 50k Mark As 3 847 New Infections Reported

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 209 hits
The Ministry of Health through its social media accounts revealed that currently there are 50 894 patients still being treated for Covid 19 nationwide Bernama File Photo KUALA LUMPUR Feb 6 Active Covid 19 cases in Malaysia today surpassed t...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun