Indeks Kos Bahan Binaan Meningkat Sehingga 9 Peratus


 
Indeks kos bahan binaan didapati meningkat pada kadar antara tiga hingga sembilan peratus di seluruh negara, kesan akibat pandemik COVID-19 dan peningkatan harga pasaran global.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata ia berdasarkan kajian terhadap data Jabatan Perangkaan dari Januari hingga Ogos lalu, yang diunjurkan sehingga Disember ini.


Beliau berkata, antara bahan yang terkesan dan berkait secara langsung dengan industri pembinaan adalah besi bertetulang serta crushed aggregates (crusher run).




"Kementerian Kerja Raya mengambil maklum mengenai kenaikan harga bahan binaan seperti pasir dan besi bertetulang agak ketara mengikut lokaliti setempat dan ini turut memberi kesan kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam kumpulan dan sub-kumpulan wajaran tertentu serta menjejaskan kelancaran pembinaan projek kerajaan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan asal Datuk Ignatius Darell Leiking mengenai langkah diambil kerajaan bagi mengawal harga bahan binaan yang meningkat secara mendadak dan impak kenaikan drastik itu kepada projek kerajaan yang sudah diluluskan.



Arthur berkata, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta agensi pelaksana berkaitan mengambil beberapa langkah bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan itu.


Beliau berkata, ia termasuk mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pemain industri untuk memperhalusi perkara itu, seterusnya mengemukakan cadangan untuk mewujudkan semula peruntukan Syarat Perubahan Harga.


"Selain itu, melaksanakan pemantauan harga bulanan dan menerbitkannya melalui Portal National Construction Cost Centre (N3C) (www.n3c.cidb.gov.my), yang mana harga bahan binaan ini dikumpulkan melalui kerjasama dengan beberapa persatuan berkaitan pembinaan dan diperoleh daripada kontraktor," katanya.


Kesan daripada kenaikan harga itu juga, katanya, kerajaan mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan projek kerajaan terus dilaksanakan seperti Kementerian Kewangan bersetuju menguatkuasakan Pekeliling Baharu 2.4 Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) dalam kontrak kerja pada 15 Julai 2021.


"JKR juga mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi meluaskan pemakaian VOP bagi kontrak kerja reka dan bina untuk projek pada 1 September 2021 dan masih menunggu pertimbangan, selain melaksanakan kajian terhadap jadual kadar harga yang dikhususkan kepada perlaksanaan projek secara kontraktor kecil kerja undi kontraktor G1 dan G2.



"Kementerian Kewangan menerusi surat bertarikh 12 Julai lalu turut meluluskan penggunaan Jadual Kadar Kerja (JKK) Kejuruteraan Awam dan Bangunan Tahun 2021 yang berkuat kuasa mulai 1 Julai lalu sehingga 31 Disember 2022," katanya.


Indeks kos bahan binaan naik sehingga 9 peratus
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/881046/indeks-kos-bahan-binaan-naik-sehingga-9-peratus


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/10/indeks-kos-bahan-binaan-meningkat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disokong Ramai Pengikut Instagram Kim Seonho Terus Meningkat Meski Dilanda Kontroversi

Disokong Ramai Pengikut Instagram Kim Seonho Terus Meningkat Meski Dilanda Kontroversi

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 337 hits
Umum mengetahuai bahawa Kim Seon ho telah terpalit dengan kontroversi selepas bekas kekasihnya mendedahkan kisah mereka di laman komuniti pada minggu lalu Disebabkan hal itu beberapa filem dan program yang disertai oleh lelaki itu terpaksa ...
Dolar Akan Meningkat Pada Sesi Ini Tetapi Adakah Berita Dari As Begitu Baik Citi Juga Pesimis

Dolar Akan Meningkat Pada Sesi Ini Tetapi Adakah Berita Dari As Begitu Baik Citi Juga Pesimis

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 342 hits
Keyakinan pengguna terhadap AS meningkat pada bulan Oktober Ini mengejutkan ahli ekonomi yang menetapkan bar pada 108 3 mata Pasaran juga gembira dengan berita tentang jualan hartanah Namun apakah sebenarnya yang tersembunyi di sebalik nomb...
Covid 19 6148 Kes Baharu Kadar Jangkitan R Naught Meningkat

Covid 19 6148 Kes Baharu Kadar Jangkitan R Naught Meningkat

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 220 hits
Covid 19 6148 kes baharu kadar jangkitan R naught meningkat Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6 148 kes baru Covid 19 Kes kumulatif kini berjumlah 2 448 372 Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah men...
Mangsa Banjir Di Pendang Meningkat

Mangsa Banjir Di Pendang Meningkat

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 256 hits
Oleh Khemah untuk mangsa banjir di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah ditambah berikutan jumlah mangsa yang meningkat Foto ANGKATAN PERTAHANAN AWAM PENDANG Mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 140 orang dari 36 keluarga berikutan keadaan...
Covid 19 Angka Korban Meningkat Kepada 92 Kes

Covid 19 Angka Korban Meningkat Kepada 92 Kes

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 288 hits
KKM melaporkan 92 kes kematian pada Jumaat dan daripada jumlah itu sebanyak 11 kes berlaku di luar hospital SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terk...
Pelancong Di Manjung Dijangka Meningkat Dua Kali Ganda

Pelancong Di Manjung Dijangka Meningkat Dua Kali Ganda

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 440 hits
Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN KEDATANGAN pelancong ke Pulau Pangkor dijangka meningkat pada cuti umum minggu depan FOTO ZULFACHRI ZULKIFLILUMUT Polis menjangka kehadiran pelancong ke daerah Manjung meningkat dua kali ganda daripada biasa pada...
Permintaan Daging Tempatan Makin Meningkat

Permintaan Daging Tempatan Makin Meningkat

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 317 hits
Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL BACHOK Sejak program Usahawanita Tani al Falah dilancar di Kelantan tahun lepas sehingga sekarang berjaya melahirkan 14 usahawan wanita dalam bidang pertanian penternakan dan perikanan Exco Pertanian Industri Asas ...
Banjir Mangsa Meningkat Kepada 932 Di Tiga Negeri

Banjir Mangsa Meningkat Kepada 932 Di Tiga Negeri

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 280 hits
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 932 mangsa daripada 251 keluarga di tiga negeri Menurut info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat 18 pusat pemindahan sementara dibuka setakat awal pagi ini SUBSCRIBE now Astro Awani h
Aliran Trafik Meningkat 1 48 Juta Orang Balik Kampung

Aliran Trafik Meningkat 1 48 Juta Orang Balik Kampung

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 208 hits
PETALING JAYA Jumlah aliran trafik di tiga lebuh raya utama semalam meningkat susulan perayaan Deepavali hari ini Operasi dan tinjauan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mendapati kira kira 1 48 juta kenderaan dicatatkan di lebuh ra...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan