Indah Water Daftar E Bill Iwk Dan Bayar Dengan Mudah Dan Cepat


Indah Water Konsortium (IWK) adalah pihak yang bertanggungjawab memproses air kotor atau air kumbahan yang datang dari rumah anda. Air kumbahan atau najis yang dipam selepas anda membuang air besar akan mengalir ke loji kumbahan IWK melalui paip-paip pembetungan bawah tanah untuk diproses, sebelum dilepaskan kembali ke sungai dalam keadaan bersih dari kotoran.


Isi Kandungan


Jika dulu ramai yang tertanya kenapa perlu membayar caj Indah Water? Ianya kerana tanpa proses rawatan oleh IWK, air kumbahan dari rumah anda akan terus masuk ke sungai dan menyebabkan pencemaran sehingga sungai tidak lagi mengandungi oksigen dan ikan serta tumbuhan akan mati.


Tahukah anda pihak Indah Water Konsortium (IWK) telah mewujudkan kemudahan E-bill bagi memudahkan pengguna membuat semakan dan juga membuat pembayaran bil IWK secara atas talian tanpa perlu beratur di cawangan IWK mahupun di Pejabat Pos mahupun di kedai serbaneka.



Mengenai Indah Water KonsortiumIndah Water Konsortium Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Indah Water atau IWK) merupakan syarikat pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan Malaysia. 


Ia merupakan syarikat berkaitan kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan cekap untuk Malaysia Barat. Pengurusan dan operasi syarikat ini ditadbir sejajar dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar


Pengurusan dan operasi syarikat ini ditadbir sejajar dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar.


Kenali Jenis Caj Penyelenggaran Terdapat perbezaan caj penyelengaraan ke atas 4 jenis premis yang berbeza iaitu :


1. Premis domestik - premis yang dibangunkan bagi kediaman pemilik / penghuni.


2. Premis komersial  - premis perdagangan, perniagaan, perkhidmatan atau apa-apa aktiviti lain yang mendapat keuntungan.


3. Premis perindustrian - premis yang menjalankan aktiviti utama seperti pembuatan, pengubahan, pengadunan bagi tujuan mengguna, menjual, mengangkut, menghantar atau melupuskan termasuklah pemasangan bahagian dan pembaikan kapal kecuali perdagangan jualan runcit atau borong.


4. Premis kerajaan - premis yang dipunyai dan diduduki oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri, Mahkamah atau tribunal.


Caj Asas Bulanan Premis DomestikDibawah adalah caj asas bulanan perkhidmatan untuk premis domestik selaku penghuni rumah.


Bermula Januari 2020, IWK telah menukar kitaran bil dari empat bulan kepada enam bulan sekali buat pelanggan Domestik dan Kuaters Kerajaan sahaja. Ini bermaksud bil bagi caj pekhidmatan penyelenggaraan sistem pembetungan akan dikeluarkan sebanyak dua (2) kali setahun.


Jom Semak  Bil Indah Water!


Semakan E-bill IWKLayari portal E_bill IWK di pautan https://www.iwk.com.my/pay-bill.  Masukkan sewerage no dan tekan Check Account Balance. 


Selain dari itu anda boleh mendapatkan jumlah pembayaran dengan memuatturun aplikasi IWK di peranti pintar anda sekiranya anda menggunakan telefon bimbit anda.


Cara Berdaftar Untuk E-Bill IWKTahukah anda apabila ada mendaftar untuk E-Bill IWK, anda akan dapat jimat RM2 dan tiada lagi perlu menunggu bil secara fizikal dihantar ke rumah anda setiap 2 kali setahun.


Jadi, jom daftar hari ini dan nikmati penjimatan dengan melayari portal E_bill IWK di pautan https://www.iwk.com.my/e-bill


Untuk berdaftar, klik pada pautan “Register Now!”

Masukkan butiran-butiran yang dikehendaki:Sewerage Account NoEmail AddressFull Name / Company NameIC / Passport No.Contact NumberVerification Code
Tandakan pada kotak persetujuan dengan terma dan syarat. Klik pada butang Register. Selesai.


Seterusnya anda boleh melihat bil IWK yang perlu dibayar setelah anda log masuk ke akaun.


Anda juga boleh membuat pembayaran tanpa mempunyai akaun dengan klik ke bahagian 'Pay-Bill" dengan memasukkan no sewerage dan klik pada "Check Account Balance"




Muaturun Aplikasi Indah Water di PerantiAnda boleh muatturun aplikasi IWK di Google Play bagi Android atau Apps Store bagi iOS.


Bagi pengguna baru, klik New Registration dan masukkan maklumat seperti Email, Nama Penuh, No Untuk Dihubungi, Kad Pengenalan dan masukkan "Sewerage No"


Setelah membuat pendaftaran, log masuk ke akaun anda, anda boleh melihat bil IWK yang perlu dibayar. 
Pada bahagian menu, klik pada “Manage eBill” untuk melihat bil IWK anda dan seterusnya membayar bil anda.


    Semakan di peranti Android atau iOSAnda boleh buat semakan bill dengan klik ke Pay Bill dengan memasukkan no di "My sewerage no" dan tekan 'Check Account Balance'.
Nanti akan terpamer alamat anda dan jumlah pembayaran yang anda boleh lakukan secara terus dengan klik "Pay Now".
Masukkan alamat email / no telefon dan klikk "Confirm"
Seterusnya akan terpamer keterangan dan pembayaran boleh dibuat dengan kad kredit dan kad debit atau secara online.


Bayaran E-bill Indah Water (IWK)Secara umumnya terdapat beberapa cara unuk ada membayar bil Indah Water secara dalam talian selain membuat pembayaran melalui portal Indah Water dan aplikasi yang telah anda muatturun di telefon bimbit anda.


Harap maklum bahawa amaun transaksi minima adalah RM1.00.


Bayaran melalui Perbankan Internet (JomPAY)    Bagi pelanggan Maybank dan BSN
Log masuk ke akaun bank dan pilih Indah Water Konsortium dari senarai PayeeRef 1: Masukkan Nombor Akaun Pembentungan IWKRef 2:: Masukkan no telefon atau alamat emel andaMasukkan jumlah amaun yang ingin dibayarRequest TACMasukkkan TAC dan lengkapkan pembayaran


    Pelanggan CIMB, Bank Islam dll
Log masuk akaun bank anda Pilih Menu Pay & Transfer atau Pay Bills (bergantung pada menu bank masing-masing)Pilih JomPAYPada bahagian Biller, masukkan Biller Code: 68502


Maklumat LanjutUntuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi IWK melalui saluran berikut:


Laman web: https://iwk.com.my/home#
Alamat : No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon : +603 2780 1100
Faks : +603 2780 1101
Facebook : https://www.facebook.com/IndahWaterKonsortium/


Penafian Maklumat yang disediakan adalah maklumat umum sahaja berlandaskan pada maklumat pada tarikh artikel ini dikeluarkan. Sebarang perubahan atau maklumat lanjut, boleh dirujuk terus kepada laman web yang dinyatakan.
Apa pun kami akan memastikan segala maklumat yang disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis.


Harap maklum, sebarang artikel yang di dalam blog ini tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat tersebut tidak seharusnya menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/08/indah-water-kaedah-pembayaran-e-bill.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konon Nak Mudah Urusan Hakikatnya Mengundang Bala Ini 6 Risiko Beli Kereta Sambung Bayar No 4 Tu Ramai Tak Sedar

Konon Nak Mudah Urusan Hakikatnya Mengundang Bala Ini 6 Risiko Beli Kereta Sambung Bayar No 4 Tu Ramai Tak Sedar

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 190 hits
Konon nak mudah urusan hakikatnya mengundang bala ini 6 risiko beli kereta sambung bayar no 4 tu ramai tak sedar Membuat pinjaman bank merupakan kaedah utama majoriti rakyat Malaysia membeli kenderaan Bagi mereka yang lebih berkemampuan bel...
Resepi Kuah Oden Senang Sangat Nak Buat Cepat Dan Mudah Je Rupanya

Resepi Kuah Oden Senang Sangat Nak Buat Cepat Dan Mudah Je Rupanya

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 483 hits
Siapa suka makan oden Dalam family cikla kakak Batrisyia yang suka makan Yang lain tak berapa suka sangat sebab kuah oden ni pedas sikit Cikla okey je asal kena dengan tekak telan aje Petang tadi tetiba teringin nak cuba buat sendiri walaup...
Daftar Situs Slot Gacor Online Hari Ini Mudah Menang Maxwin Terbaru

Daftar Situs Slot Gacor Online Hari Ini Mudah Menang Maxwin Terbaru

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 221 hits
Situs Slot menjadi situs judislot gacor nbsp gampang menang maxwin terbaru hari ini menjadi kebanggaan untuk kami memberikan situs slot gacor gampang menang hari ini Kami menyediakan ragam judi online menarik mudah di akses di seluruh Indon...
5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah Dan Cepat

5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 404 hits
Masakan ayam adalah menu kegemaran kami sekeluarga Lelagi si Daim memang hari hari akan minta lauk masakan ayam je lah Korang ada anak yang macam anak kami tak hari hari nak makan masakan ayam je Kalau ada jom lah cuba 5 Resepi Masakan Ayam...
Tips Mudah Kumpul Duit Deposit Rumah

Tips Mudah Kumpul Duit Deposit Rumah

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 307 hits
Tips Menabung Deposit Wang Pendahuluan Rumah AhlanWahsahlan teman teman Postingan gue kali ini ingin ngeshare berkenaan cara aku menabung duit untuk deposit rumah Nak beli rumah kenalah sediakan wang untuk bayaran pendahuluan 10 rumah Apa B...
Tips Mudah Bangun Pagi 0400am Orang Berjaya Bangkit Pagi Tahajud

Tips Mudah Bangun Pagi 0400am Orang Berjaya Bangkit Pagi Tahajud

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 278 hits
Tips Mudah Bangun Pagi 0400AM Orang Berjaya Bangkit Pagi Tahajud Assalamualaikum Pembaca blog ku Jadi untuk tahun 2021 ni Tak tahu la tiba tiba nak bangkit awal setiap hari Apa yang aku rasakan Ada sedikit perubahan dalam diri ini Membuatka...
Kuih Koci Paling Mudah Dan Sedap

Kuih Koci Paling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 340 hits
Kuih Koci adalah sejenis makanan tradisional yang merakamkan citarasa unik Malaysia Kuih koci merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut Dikukus bersama dengan pelbagai jenis inti manis seperti kelapa parut gula merah ataup...
Tidak Rasmi Ph Peroleh Majoriti Mudah Di Selangor Amirudin Selesa Mendahului

Tidak Rasmi Ph Peroleh Majoriti Mudah Di Selangor Amirudin Selesa Mendahului

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 249 hits
Wartawan HMam hmetro com myKuala Lumpur Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Selangor berjaya memperoleh majoriti mudah apabila berjaya memenangi 22 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri setakat jam 9 20 malam ini Calon Sungai Tua Dat...
Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Editing Tools For Drawing

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

9 Ciri Boyfriend Material Yang Wanita Akan Respek Dan Rasa Selamat

Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan