Incognito Philippines Drama



19 Julai 2025 - Sabtu (23 Muharram 1447H)
Kali ni aku tukar angin — asyik layan drama Korea je, sesekali cuba pula drama dari Filipina; drama dari sana yang tak mengecewakan. Dan kali ni, aku jatuh cinta dengan satu drama ni — INCOGNITO, drama yang baru selesai tayangannya di Netlifx

Apa sebenarnya maksud INCOGNITO tu?Incognito bermaksud 'dalam penyamaran' atau 'menyembunyikan identiti sebenar' — dan memang itulah yang menjadi nadi utama jalan ceritanya.

SINOPSIS Drama ini..Kisah mengenai enam bekas anggota tentera [Shark, Wolf, Jaguar, Eagle, Sparrow, Monkey] yang memiliki latar belakang bermasalah — telah diambil oleh seorang 'contractor' [Noah] untuk menyertai sebuah kumpulan sulit. Kumpulan ini ialah sebuah syarikat tentera swasta yang menjalankan misi-misi berbahaya dan berisiko tinggi, menyasarkan dunia jenayah bawah tanah yang tidak dapat ditangani secara langsung oleh pihak kerajaan — khususnya jenayah pemerdagangan manusia

Mempunyai 128 episod, lebih kurang 20 minit setiap satu — bunyinya pendek, tapi cukup buat hati melekat. Setiap kali habis satu episod, mulalah rasa ‘Alaaa,. dah habis?’. Memang kena tunggu lagi.. dan lagi.. sampai ke episod terakhir

Episod pertama: 20 Januari 2025JOB ORDERSatu insiden berdarah mendorong seorang jeneral tentera untuk mendapatkan bantuan satu-satunya individu yang mampu menghalang krisis diplomatik yang bakal melanda negara. Misi pertama mereka: Mengesan dalang di sebalik penculikan anak duta Jepun, Takako Rai

Episod 128 adalah episod terakhir telah ditayangkan pada 18 Julai 2025.LOVE AND HONORKumpulan itu cuba meneruskan hidup selepas misi berdarah di Lakandula. Andres dan Esang menerima kunjungan mengejut daripada seseorang. Dalam babak pasca-kredit, Greg dilihat berada di Halden, sedang berbual di telefon dengan seseorang bernama Snake — meminta bantuan untuk mencari penembak tepat baru yang setanding dengan Jaguar.

Paling menariknya, babak klimaks drama Incognito dirakam di Marawi di [SINI] — lokasi sebenar tragedi Siege of Marawi, kota yang menjadi saksi pertempuran hebat pada tahun 2017. Pemilihan lokasi ini bukan sekadar sebagai latar visual, tetapi sebagai simbol kekuatan dan kebangkitan sebuah tempat yang pernah hancur.. yang kini perlahan-lahan bangkit semula. Ia bukan sekadar cerita tentang misi rahsia dan aksi berbahaya tapi tentang manusia yang belajar untuk bertahan.. sama seperti Marawi.
'This is the start of your job order and we will be working incognito'Mereka terdiri daripada [watak utama / code name]:Ian Veneracion —  Colonel Gregorio 'Greg' Paterno [Contractor / Noah]Richard Gutierrez — Jose 'JB' Bonifacio [Shark]Daniel Padilla — Andres Malvar [Wolf]Baron Geisler — Miguel 'Migs' Tecson [Jaguar]Kaila Estrada — Macaria 'Max' Alvero [Metamorphosis / Eagle]Maris Racal — Gabriela 'Gab' Rivera [Sparrow]Anthony Jenning — Tomas 'Tom' Guerrero [Monkey]

'Death is always a possibility'Trailer Drama INCOGNITO
Sampai ke penghujung cerita, aku sedar — setiap watak sebenarnya memikul beban yang berat. Mereka tidak meminta simpati, hanya terus berdiri walaupun jiwa sendiri hampir rebah dan itu buat aku terfikir.. dalam hidup kita pun, kadang-kadang kita akan jumpa orang seperti mereka — yang tak banyak berkata, tapi sanggup berkorban demi orang yang mereka percaya. Setia, walaupun tak pernah disanjung dan kita sendiri, kadang-kadang belajar untuk menjadi kuat — bukan sebab mahu menang, tapi kerana hidup terlalu lama dalam dunia yang tak beri banyak pilihan.
Kita semua ada cara masing-masing untuk terus hidup, meski pun tak ada sesiapa yang benar-benar tahu apa yang kita tanggung.
- Pelakon INCOGNITO -
di [SINI]
Lagu Tema Drama INCOGNITO: Liwanag sa Dilim by Pablo (PABLO) dari SB19- sumber dari [SINI] -
Lagu tema 'Liwanag sa Dilim' bermaksud 'Light in the Darkness' — sinaran harapan yang menerangi saat kegelapan menyelubungi. Dinanyikan oleh Pablo (PABLO) dari SB19 sebagai tema untuk drama INCOGNITO, ia menyemarakkan elemen perjuangan, keberanian dan keyakinan dalam menghadapi cabaran dan bahaya. Ia selari dengan jalan cerita — menyelitkan mood berani, penuh harapan dan menunjukkan bahawa setiap watak membawa 'cahaya' kepada dunia yang gelap dan penuh konflik.
Greg is in Halden talking on the phone to a person named Snake to look for a new sniper who is as good as Jaguar — final episode: 128..Adakah akan ada sambungan untuk — season 2 bagi drama bersiri ini?
@RemajaPurba: watak paling aku - Noah, Shark dan Wolf.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/07/incognito-philippines-drama-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Abang Imam Minah Skuter

Drama Abang Imam Minah Skuter

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 333 hits
Nantikan drama Abang Imam Minah Skuter akan ditayangkan di platform penstriman Viu bermula 24 Julai 2025 Abang Imam Minah SkuterEpisod 12Tarikh Tayangan 24 Julai 2025Pengarah Helmi YusofProduksi Zeel Production Sdn BhdWatak PelakonBella Dow...
Misteri Hubungan Intim Kematian Drama Sek Ual S Line Lakonan Lee Soohyuk Lee Dahee Tular

Misteri Hubungan Intim Kematian Drama Sek Ual S Line Lakonan Lee Soohyuk Lee Dahee Tular

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 212 hits
Drama pendek K Drama terbaru S line secara rasmi mula ditayangkan pada 11 Julai Siri ini sebelum ini telah ditayangkan di Festival Siri Antarabangsa Cannes ke 8 awal tahun ini dan menampilkan barisan pelakon popular Artikel Berkaitan Diadap...
Suara Dia Lee Soohyuk Jadi Perbualan Gara Gara Babak Panas Dalam K Drama Bertemakan Sek

Suara Dia Lee Soohyuk Jadi Perbualan Gara Gara Babak Panas Dalam K Drama Bertemakan Sek

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 158 hits
Lee Soo hyuk mencetuskan reaksi hangat susulan babak seksi yang tidak dijangka dalam drama terbaru lakonannya Artikel Berkaitan Lee Soo hyuk kini membintangi watak utama lelaki dalam drama terbaru Wavve bertajuk S Line yang mula ditayangkan...
Seohyun Taecyeon Kwon Han Sol Dan Lain Lain Kongsikan Persediaan Mendalam Untuk Drama Malam Pertama Bersama Duke

Seohyun Taecyeon Kwon Han Sol Dan Lain Lain Kongsikan Persediaan Mendalam Untuk Drama Malam Pertama Bersama Duke

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 135 hits
Persiapan Mendalam Pelakon Utama untuk The First Night with the Duke Lima pelakon utama siri KBS2 telah berkongsi tentang usaha gigih mereka dalam membawa watak masing masing ke layar perak The First Night with the Duke merupakan drama fant...
Myolie Wu 45 Jadi Ibu Kepada Pelakon Cina Berusia 38 Tahun Dalam Drama Terbaru

Myolie Wu 45 Jadi Ibu Kepada Pelakon Cina Berusia 38 Tahun Dalam Drama Terbaru

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 174 hits
Myolie Wu Kembali ke Layar Kecil dengan Drama Baru Overdo Setelah meninggalkan TVB satu dekad yang lalu pelakon Hong Kong Myolie Wu 45 kini lebih banyak muncul dalam produksi di tanah besar China Drama terbarunya Overdo bakal menyaksikannya...
Pemeran Drama Korea Bitch X Rich Season 2 Profil Lengkap Spil Tipis Drakor Yang Lagi Panas Banget

Pemeran Drama Korea Bitch X Rich Season 2 Profil Lengkap Spil Tipis Drakor Yang Lagi Panas Banget

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 195 hits
Siapa nih yang ngaku KDrama Addict Yuk sini ngumpul dulu Apalagi kalau kamu udah kecantol sama dunia kelas atas penuh drama dari drama Korea Bitch X Rich sejak dua tahun lalu Dari episode pertama aja udah berasa kayak nonton Gossip Girl ver...
Drama Selamat Pengantin Haru

Drama Selamat Pengantin Haru

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 239 hits
Nantikan drama bersiri Selamat Pengantin Haru bakal mengisi slot Akasia bermula 9 Julai 2025 Drama arahan Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd Menampilkan gandingan suami isteri Janna Nick dan Dini Schatzmann Saksikan S...
Drama Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Salon De Holmes Meratapi Pemergian Park Jiah

Drama Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Salon De Holmes Meratapi Pemergian Park Jiah

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 205 hits
Mesti ramai kan yang tengah seronok layan drama Salon de Holmes sekarang Artikel Berkaitan Baru baru ini pasukan produksi Salon de Holmes telah memuat naik video penghormatan untuk mendiang Park Ji ah yang juga merupakan sebahagian dari dra...
Drama 5 Syarat Cinta

Drama 5 Syarat Cinta

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 221 hits
Saksikan drama 5 Syarat Cinta disiarkan setiap hari bermula 7 Julai 2025 di TV Okey 5 Syarat CintaEpisod 26Tarikh Tayangan 7 Julai 2025Waktu Siaran Setiap hari 8 00 malamRangkaian TV Okey RTMKlikPenulis Skrip Nurul SyahidaPengarah Emdy Idri...
Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Klia Airspace To Close August 26 31 For Merdeka Malaysia Airlines Retimes Flights Urges Passengers To Arrive Early

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Happy Birthday Moq Ke 16

Aneka Jenis Kuih Di Book Mark Cafe Keningau

Ultimate Healthy Summer Recipes With Ground Turkey

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri