Import Telur Ayam Tak Guna Satu Sen Pun Duit Kerajaan Untung Rugi Syarikat Tanggung Sendiri






MALAYSIA DATELINE
Kelulusan khas sementara pengimportan telur ayam tidak melibatkan dana awam, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

Menerusi satu kenyataan hari ini, MAFS berkata sebarang perbelanjaan dan risiko untuk mengimport telur ayam ditanggung sepenuhnya syarikat pengimport dan tiada dana awam digunakan.

“Kerajaan Malaysia tidak ada memberikan subsidi kepada telur ayam import sepertimana yang dinikmati pengeluar telur ayam tempatan,” katanya.

Pada 6 Dis lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar sebagai langkah sementara mengatasi kekurangan bekalan telur. 

Kelulusan khas sementara sehingga 30 Jun 2023 diberikan kepada syarikat J&E Advance Tech Sdn Bhd dan syarikat pengeksport telur di India yang mempunyai kapasiti pembekalan dan juga sedang membekalkan telur ke Qatar ketika Piala Dunia 2022.

Bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat dan bebas penyakit, MAFS berkata Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk negara.

Kawalan adalah secara ujian Hold, Test and Release (HTR) merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza.

“Hanya telur ayam yang lepas ujian HTR sahaja dibenarkan masuk ke negara ini. Setakat ini tiada telur ayam yang diimport gagal ujian ini,” katanya. 

MAFS berkata berdasarkan rekod DVS, usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengatasi kekurangan bekalan telur ayam dalam negara sejak Januari lepas telah mula menunjukkan perkembangan positif. 

Berdasarkan rekod itu, Malaysia mengalami kekurangan telur ayam sebanyak 118,272,070 biji pada Okt 2022; 157,543,291 biji (Nov 2022); 1,282,094 biji (Dis 2022) namun mengalami pertambahan 160,649,928 biji pada Januari tahun ini.

“Kerajaan akan sentiasa memastikan langkah-langkah proaktif untuk memastikan bekalan makanan dalam negara sentiasa mencukupi dan terjamin,” katanya. 

— BERNAMA

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/import-telur-ayam-tak-guna-satu-sen-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 1 Syarikat Dibenar Import Telur Dari India

Hanya 1 Syarikat Dibenar Import Telur Dari India

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 211 hits
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kelulusan import khas itu berdasarkan keupayaannya menghantar bekalan telur dalam masa singkat 01 Mar 2023 Mohamad Sabu berkata negara menghasilkan telur yang mencukupi untuk m...
Kalau Saya Clenner Itu Satu Pekerjaan Yg Baik Halal Kalau Tak Keje U All Nak Bagi Duit Ke

Kalau Saya Clenner Itu Satu Pekerjaan Yg Baik Halal Kalau Tak Keje U All Nak Bagi Duit Ke

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 245 hits
Rata rata peminat sudah ada yang mengetahui pelakon senior Nor Albaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie kini berkerja sebagai tukang cuci
Dipping Sauce Kita Bukan Dipping Sauce Cap Ayam Nurul Shuhada Jelaskan Shelup Shelup Mahal Sebab Guna Bahan Premium

Dipping Sauce Kita Bukan Dipping Sauce Cap Ayam Nurul Shuhada Jelaskan Shelup Shelup Mahal Sebab Guna Bahan Premium

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 304 hits
Menyedari ramai yang merungut mengenai harga produk Shelup Shelup yang dikatakan mahal Nurul Shuhada Mat Shukri 29 tampil meminta netizen tidak melompat dan memandai mandai memberikan komen nbsp Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi itu
Kalau Betul Bekalan Ayam Dan Telur Berlebihan Harga Mesti Diturunkan Harian Metro 02 03 2023

Kalau Betul Bekalan Ayam Dan Telur Berlebihan Harga Mesti Diturunkan Harian Metro 02 03 2023

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 370 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa agar harga ayam dan telur diturunkan sekiranya benar berlakunya lebihan terhadap kedua dua barangan keperluan berkenaan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya melihat t...
Permintaan Telur Ayam Mulai Naik Jelang Ramadan 2023

Permintaan Telur Ayam Mulai Naik Jelang Ramadan 2023

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 271 hits
Permintaan Telur Ayam Mulai Naik Jelang Ramadan 2023 Dinas Ketahanan Pangan Kelautan dan Pertanian DKI Jakarta menyampaikan bahwa terdapat peningkatan permintaan kebutuhan pangan masyarakat jelang Ramadan 2023 Telur ayam menjadi komoditas k...
Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 201 hits
WAN SITI AMINAHKetua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin didakwa menyalahgunakan kuasanya ketika memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Hal terbabit terbongkar apabila Setiausaha Agung Bersatu itu mendedahkan bahawa beliau masih ...
Kes Muhyiddin Tak Sama Dengan Najib Duit Masuk Akaun Sendiri Wan Fayhsal

Kes Muhyiddin Tak Sama Dengan Najib Duit Masuk Akaun Sendiri Wan Fayhsal

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 220 hits
agendaily com11 03 2023Polis melakukan serbuan dan merampas wang tunai serta barangan lain di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018 yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Gambar failPertuduhan dihadapi Tan Sri Muhy...
Selepas Keluar Dari Agensi Lama Ji Changwook Bakal Buka Syarikat Sendiri

Selepas Keluar Dari Agensi Lama Ji Changwook Bakal Buka Syarikat Sendiri

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 175 hits
Selepas keluar dari agensi Glorious Entertainment pada awal bulan ini Ji Chang wook dijangka akan membuka syarikatnya sendiri ARTIKEL BERKAITAN Terbaru menurut laporan eksklusif Ji Chang wook dilapor sedang dalam persiapan untuk membuka age...
Syarikat Cina Dibumiputerakan Anwar Dedah Satu Lagi Skandal Jana Wibawa

Syarikat Cina Dibumiputerakan Anwar Dedah Satu Lagi Skandal Jana Wibawa

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 364 hits
WAN SITI AMINAHPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan ahli perniagaan Cina turut mengambil bahagian di dalam projek Jana Wibawa Menurutnya Jana Wibawa dibangunkan untuk membantu usahawan Bumiputra namun ada pihak yang mengambi...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998