Kalau Betul Bekalan Ayam Dan Telur Berlebihan Harga Mesti Diturunkan Harian Metro 02 03 2023


 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar harga ayam dan telur diturunkan sekiranya benar berlakunya lebihan terhadap kedua-dua barangan keperluan berkenaan. 
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya melihat tidak ada sebab berlaku kekurangan bekalan ayam dan telur di negara ini. 
"Berapa kali kita nak jadi macam ini? Dan tiap-tiap musim perayaan (harga telur dan ayam) memang naik. 
"Perkara ini kena dikawal sepenuhnya. Jangan beri kartel ruang. Biasanya kartel itu pula dijadikan tempat rujukan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini. 
Sebelum ini dilaporkan bekalan ayam dan telur diunjurkan stabil bagi suku pertama tahun ini dengan purata lebihan ayam sebanyak 16,846,447 ekor sebulan berbanding keperluan 75,004,487 ekor bagi tempoh sama. 
Bagi telur, terdapat lebihan 119,856,950 biji telur sebulan berbanding keperluan 1,004,506,942 biji telur. 
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata, bagi mengukuhkan keterjaminan makanan, kementerian melaksanakan langkah jangka pendek dan panjang antaranya memberikan subsidi kepada penternak ayam pedaging dan ayam penelur untuk membantu mengatasi kenaikan kos pengeluaran, mulai 5 Februari hingga 31 Disember 2022.
 Nadzim berkata, kerajaan juga seharusnya menjelaskan mengapa berlaku kekurangan terhadap bekalan ayam dan telur sebelum ini. 
"Takkan satu kerajaan tak boleh nak selesaikan masalah ini. Daripada dulu lagi (masalah ini berlaku), tak masuk akal," katanya. 
Sementara itu, peniaga murtabak, Mohd Yusup Jantan, 52, pula melihat bekalan telur kembali pulih sedikit berbanding sebelum ini pihaknya sukar untuk memperolehinya. 
"Bekalan itu saya lihat sebenarnya stok tidak banyak tetapi disebabkan kami berniaga, mereka ada simpankan," katanya. Dia juga turut berharap sekiranya berlaku lebihan telur dan ayam, harganya dapat diturunkan. 
Peniaga santan, Yusnaedy Idrus, 55, pula berkata, bekalan telur kini mudah diperoleh. 
"Kalau ikut sekarang telur mula ada. 
Jika pelanggan nak, sudah ada. "Tak macam dulu sampai tidak ada telur. Jika dibandingkan harga pula ia masih ok," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro
KALAU BETUL BEKALAN AYAM DAN TELUR BERLEBIHAN, HARGA MESTI DITURUNKAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/941462/kalau-betul-bekalan-ayam-dan-telur-berlebihan-harga-mesti-diturunkan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/03/kalau-betul-bekalan-ayam-dan-telur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Matawang Kripto Polkadot Jumaat 03 Mac 2023

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Matawang Kripto Polkadot Jumaat 03 Mac 2023

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 180 hits
Jika kita melihat pada carta harian mata wang kripto Polkadot terdapat beberapa fakta menarik 1 Terdapat corak Gelombang Bearish Wolve 2 Kemunculan corak Menurun 123 diikuti dengan kemunculan Ross Hook 3 Terdapat sisihan antara penunjuk Awe...
Permintaan Telur Ayam Mulai Naik Jelang Ramadan 2023

Permintaan Telur Ayam Mulai Naik Jelang Ramadan 2023

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 231 hits
Permintaan Telur Ayam Mulai Naik Jelang Ramadan 2023 Dinas Ketahanan Pangan Kelautan dan Pertanian DKI Jakarta menyampaikan bahwa terdapat peningkatan permintaan kebutuhan pangan masyarakat jelang Ramadan 2023 Telur ayam menjadi komoditas k...
Bekalan Ayam Telur Mencukupi Menjelang Ramadan Kata Menteri

Bekalan Ayam Telur Mencukupi Menjelang Ramadan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 188 hits
KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bekalan ayam serta telur di dalam negara mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini Menterinya Mohamad Sabu berkata pihak kementerian mengadakan perbinca...
Cara Langgan Pas Satu Perlawanan Liga Super 2023 Di Sooka Harga Rm4 90

Cara Langgan Pas Satu Perlawanan Liga Super 2023 Di Sooka Harga Rm4 90

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 762 hits
Selain pas bulanan sukan VIP dan pas bulanan Liga Malaysia Sooka juga ada menyediakan pas single match untuk satu perlawanan dengan tanda harga RM4 90 sahaja Dengan pas ini anda boleh saksikan secara langsung perlawanan yang anda pilih ters...
Chery Umumkan Harga Resmi Crossover Omoda 5 Di Gjaw 2023

Chery Umumkan Harga Resmi Crossover Omoda 5 Di Gjaw 2023

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 147 hits
Harga resmi ini akan diumumkan pada Jumat 10 Maret pukul 14 15 WIB
Henti Eksport Sayur Stabilkan Dulu Bekalan Tempatan Utusan Malaysia 19 02 2023

Henti Eksport Sayur Stabilkan Dulu Bekalan Tempatan Utusan Malaysia 19 02 2023

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 230 hits
PETALING JAYA Kerajaan perlu menghentikan sementara eksport sayur bagi memastikan bekalan dalam negara stabil sekali gus dapat menstabilkan harganya yang tinggi ketika ini Bagi tujuan itu kerajaan perlu merangka satu mekanisme untuk mengkoo...
Kerajaan Akan Kaji Keperluan Untuk Terus Berikan Subsidi Kepada Penternak Ayam Telur Mat Sabu

Kerajaan Akan Kaji Keperluan Untuk Terus Berikan Subsidi Kepada Penternak Ayam Telur Mat Sabu

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 130 hits
Kerajaan akan mengkaji semula keperluan untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur pada Jun ini kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu Beliau berkata setakat ini sebanyak RM...
Toyota Vios 2023 Varian Spesifikasi Harga

Toyota Vios 2023 Varian Spesifikasi Harga

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 179 hits
Toyota Vios 2023 kini secara rasminya telah dibuka untuk tempahan UMW Toyota Motor secara rasminya telah membuka tempahan untuk pembelian Toyota Vios 2023 generasi ke empat model ini yang bakal dikeluarkan dalam 2 varian Toyota Vios model t...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin