Hanya 1 Syarikat Dibenar Import Telur Dari India




Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kelulusan import khas itu berdasarkan keupayaannya menghantar bekalan telur dalam masa singkat.
FMT Reporters - 01 Mar 2023,Mohamad Sabu, berkata negara menghasilkan telur yang mencukupi untuk memenuhi penggunaan tempatan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kerajaan hanya memberikan kebenaran kepada satu syarikat sahaja bagi tujuan pengimportan telur dari India, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
Beliau berkata, syarikat berkenaan diberikan kelulusan import khas mengimport telur dari India selama enam bulan bermula Disember, berdasarkan keupayaannya menghantar bekalan telur dalam masa singkat.
“Syarikat tersebut diberikan kebenaran berdasarkan pengalaman mereka membawa masuk telur dari India ke Qatar bagi memenuhi keperluan ketika penganjuran Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen.
Ads by KioskedBeliau menjawab persoalan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berhubung syarikat yang mendapat permit mengimport telur dari India dan tempoh permit.
Mohamad berkata, langkah mengimport telur dari negara itu bersifat sementara bagi memenuhi permintaan.
“Kawalan biosekuriti yang ketat dikenakan di mana setiap konsainan perlu menjalani ujian Hold Test Release (HTR) di pintu masuk bagi memastikan telur yang diimport bebas daripada patogen Selsema Burung (HPAI), Newcastle Disease (ND) dan Salmonella,” katanya.
Wan Saiful juga bertanya mengenai jumlah keseluruhan telur dikeluarkan secara tempatan bermula 2018 hingga Februari lalu.
Mohamad berkata, sejumlah 13.4 bilion dikeluarkan pada 2018, 10.9 bilion (2019); 12.9 bilion (2020); 13.6 bilion (2021), dan 13.3 bilion pada 2022.
Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, beliau berkata, sebanyak 2.4 bilion telur dikeluarkan.
“Puratanya, Malaysia memerlukan 11.6 bilion setahun bagi memenuhi permintaan domestik dengan kadar penggunaan purata 986 juta telur sebulan,” katanya.
“Rekod pengeluaran jelas menunjukkan ia mencukupi untuk keperluan domestik setiap tahun dan terdapat lebihan untuk Malaysia mengeksport ke luar negara.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/hanya-1-syarikat-dibenar-import-telur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Halang Eksport Bukan Import Telur

Halang Eksport Bukan Import Telur

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 249 hits
bebasnews myBy 15 02 2023KUALA LUMPUR Isu bekalan telur terus menarik perhatian apabila wakil kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat mempersoalkan tindakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengimport telur dari India Dua Ahl...
Pengimport Dari India Saman Presiden Mca Kerana Cakap Isu Telur

Pengimport Dari India Saman Presiden Mca Kerana Cakap Isu Telur

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 170 hits
Ahli Parlimen kerajaan PH BN Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong disaman pengimport telur dari India 195SharesAhli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India...
Pengalaman Mencuba Apam Lambung Telur Popular Di Pasar Gok Kapor

Pengalaman Mencuba Apam Lambung Telur Popular Di Pasar Gok Kapor

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 589 hits
Pengalaman Mencuba Apam Lambung Telur Popular Di Pasar Gok Kapor Buat korang yang tidak tahu Pasar Gok Kapor merupakan salah satu pasar yang menjadi tumpuan ramai penduduk Kota Bharu yang ingin mendapatkan bahan mentah seperti ikan udang so...
Kalau Betul Bekalan Ayam Dan Telur Berlebihan Harga Mesti Diturunkan Harian Metro 02 03 2023

Kalau Betul Bekalan Ayam Dan Telur Berlebihan Harga Mesti Diturunkan Harian Metro 02 03 2023

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 410 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa agar harga ayam dan telur diturunkan sekiranya benar berlakunya lebihan terhadap kedua dua barangan keperluan berkenaan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya melihat t...
Permintaan Telur Ayam Mulai Naik Jelang Ramadan 2023

Permintaan Telur Ayam Mulai Naik Jelang Ramadan 2023

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 326 hits
Permintaan Telur Ayam Mulai Naik Jelang Ramadan 2023 Dinas Ketahanan Pangan Kelautan dan Pertanian DKI Jakarta menyampaikan bahwa terdapat peningkatan permintaan kebutuhan pangan masyarakat jelang Ramadan 2023 Telur ayam menjadi komoditas k...
Arau Mp Wants To Know Who Is Behind Company Given The Nod To Import Eggs

Arau Mp Wants To Know Who Is Behind Company Given The Nod To Import Eggs

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR The Arau MP wants to know who is behind the company that was given the nod by the government to import chicken eggs into the country We want to know who is the person who is importing the eggs The matter should be expedited as ...
Wan Saiful Dan Pengarah Syarikat Ditahan

Wan Saiful Dan Pengarah Syarikat Ditahan

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 416 hits
Projek Jana Wibawa Pemimpin kanan parti politik pengarah syarikat ditahanOleh Februari 20 2023 10 45pmsafeek bh com mFoto hiasanKUALA LUMPUR Seorang pemimpin kanan sebuah parti politik dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat dit...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing