Import Makanan Rm55b Setahun Pada 1970an Malaysia Capai Tahap Sara Diri Makanan






Jaminan keselamatan makanan yang tidak berjaya dilaksanakan dengan baik oleh Kerajaan BN - PN seharusnya merisaukan rakyat.

Apatah lagi, menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, import makanan negara telah meroket tinggi sejak kebelakangan ini.

"Dari dulu sektor pertanian penyumbang besar kepada KDNK. Tahun 1970an sektor pertanian sumbang 30% KDNK. Oleh kerana mahu jadi maju dengan sektor pembuatan, pada tahun 2020 sumbangan sektor pertanian kepada KDNK hanya sekitar 7.4% sahaja. Ini bagi saya satu kesilapan sebab sektor pertanian memainkan peranan menstabilkan bekalan makanan.

"Tahap sara diri makanan juga kita hadapi masalah, mislanya beras. Kita sudah belanja berbilion ringgit kepada Bernas untuk bangun sektor padi tetapi pesawah masih golongan termiskin. Sekarang tahap sara diri beras cuma 63%. Maksudnya kita kena import 37% beras dari negara lain.

"Kalau kita tengok balik data sayur sayuran, tahap sara diri kita 52%, maksudnya perlu import dari negara lain. Ini satu data menakutkan. Apa terjadi jika negara pembekal sayur hadapi malapetaka dan mereka hentikan eksport?

"Daging pula tahap sara diri selepas kita beri pinjam ratusan juta NFC, tahap sara diri daging 22%. Statistik ini amat menakutkan dan membebankan negara kita.

"Contohnya pada 1998 kita import makanan RM10 bilion, pada 2020 makanan diimport RM55 bilion. Ini krisis yang bakal kita hadapi," katanya dalam program "Merdeka Talk: Reimagining Malaysia's Future" malam tadi.

Menururt beliau, keadaan agak sukar untuk Malaysia kembali mengeluarkan bekalan makanan sendiri kerana bahan mentah yang terpaksa diimport.

Negara katanya dalam tempoh 30 tahun tidak memajukan industri membuat baja dan dedak dalam negara sehingga semua terpaksa dibawa masuk

"Apa masalah kita? Kos pengeluaran kita sangat tinggi. Sebabnya kita sangat bergantung kepada pengimportan bahan mentah, dedak dan baja. Kita import pada 2020 RM4.6 bilion, baja RM3.2 bilion.

"Untuk maklumat, dalam industri penternakan ayam kos dedak 70% daripada kos keseluruhan. Kita ada masalah inflasi makanan kerana bergantung kepada bahan mentah dari luar negara," katanya lagi.

Selain itu, Ahli Parlimen Tanjung Malim itu juga menekankan mengenai jaminan makanan yang meliputi konsep keterkesediaan, akses, penggunaan dan bekalan.

Katanya, kerajaan perlu menjamin keempat empat isu itu boleh dilaksanakan dengan baik. Sekiranya salah satu gagal maka berlaku sama ada kenaikan harga atau kekurangan bekalan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/import-makanan-rm55b-setahun-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siri Jelajah Konsert Justin Bieber Di Malaysia Dibatalkan Perlu Utamakan Kesihatan Diri

Siri Jelajah Konsert Justin Bieber Di Malaysia Dibatalkan Perlu Utamakan Kesihatan Diri

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 162 hits
Di kala wabak COVID 19 semakin pulih rata rata acara diadakan semula untuk orang ramai di seluruh dunia seperti konsert festival dan seumpamanya Begitu juga dengan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini Walau bagaimanapun baru baru ini kon...
Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 251 hits
PETALING JAYA Gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menubuhkan satu jawatan kuasa siasatan dalam menangani isu daging import halal Desakan dibuat enam NGO iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia P...
Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia Merdekakah Diri Kita

Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia Merdekakah Diri Kita

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 345 hits
Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia Merdekakah Diri Kita Meriah sungguh umi tengok gambar gambar yang DH ambil sewaktu bertugas seawal subuh tadi di Dataran Merdeka Umi hanya mampu tonton kat kaca televisyen saja seperti selalu sebab tak...
Tiga Makanan Malaysia Popular Di China

Tiga Makanan Malaysia Popular Di China

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 171 hits
Min setuju sangatlah Memang sesuai kalau makanan ni yang dipilih Lama pula rasa tak makan sate sedapnya Muzik Evert Z Let the Good Times Roll dari https artlist io Copyright disclaimer Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara ...
Rasional Logo Maksud Tema Lirik Lagu Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 65

Rasional Logo Maksud Tema Lirik Lagu Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 65

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 329 hits
Lirik Lagu Rasional Logo Cara Download Logo Merdeka Maksud Tema Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan bagi tahun 2022 telahpun diperkenalkan iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama TEMA RASIONAL TEMA HARI KEBANGSAAN HARI MALAYSIA 2022Pemilihan ad...
Supervillan Terkenal Di Dalam Sejarah Malaysia

Supervillan Terkenal Di Dalam Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 178 hits
00 35 Tok Awang Kelana Pahang 03 17 Panglima Garang Yusof Pahang 04 34 Mat Arshad Perak 06 41 Chin Peng Parti Komunis Malaya 08 33 Ibrahim Yakoob Saluran Infotainment Paling Aktif Di Youtube Video Menarik Pada Setiap Hari Isnin Sehingga Jum...
Infografik Fakta Hubungan Malaysia Rusia

Infografik Fakta Hubungan Malaysia Rusia

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 178 hits
Ketahui dengan lanjut mengenai fakta hubungan Malaysia dan Rusia menerusi infografik ini Hubungan Malaysia Rusia SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro...
168 Still Stranded Outside Malaysia In Jobs Scam

168 Still Stranded Outside Malaysia In Jobs Scam

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 250 hits
Victims of job scams are locked up and their movements restricted after their arrival at the destination say police KUALA LUMPUR There are 168 Malaysians stranded outside the country as victims of overseas jobs scam syndicates police said t...
Malaysia Catat Ancaman Siber Rendah Pada Suku Kedua 2022

Malaysia Catat Ancaman Siber Rendah Pada Suku Kedua 2022

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 214 hits
Malaysia catat ancaman siber rendah pada suku kedua 2022 nbsp Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Aug 2022 7
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Portland Maine


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1