Impian Saifuddin Mahu Anwar Dua Penggal Jadi Pm Barangkali Amat Sukar Menjadi Kenyataan


 
Setiausaha Agung PKR merangkap Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengimpikan Anwar Ibrahim akan bertahan sebagai Perdana Menteri selama dua penggal.

“Sekarang dalam penggal pertama, insya-Allah dah ada kejelasan untuk memasuki penggal kedua. Itulah impian kita,” katanya dalam episod terbaru Keluar Sekejap.

Saifuddin juga menyifatkan Anwar mempunyai kesihatan yang ‘tip-top’ walaupun sudah berusia 77 tahun.

Malah tambah beliau, “dia lebih sihat daripada saya.”

Berpijak di bumi nyata, impian Saifuddin itu yang sebenarnya mewakili impian PH, barangkali teramat sukar untuk direalisasikan menjadi kenyataan.

Pertama, Anwar menjadi Perdana Menteri bukanlah melalui kekuatan PH secara mutlak kerana gabungan itu hanya menang 82 kerusi Parlimen saja pada PRU15 lalu.

Termenjadinya Anwar menduduki kerusi Perdana Menteri adalah, pertama sekali, kerana disokong oleh UMNO/BN yang mempunyai 30 kerusi.

Setelah sokongan UMNO itu, barulah kemudian menyusul sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Persoalannya, berapa kerusi PH boleh menang pada PRU16 akan datang dan masih mampukah UMNO/BN bertahan sekurang-kurangnya memenangi 30 kerusi Parlimen?

Berdasarkan penolakan segmen pengundi Melayu kepada PH dan juga kepada UMNO/BN, bahkan hakikat itu boleh dilihat pada keputusan PRN enam negeri Ogos lalu, bukan saja kemenangan PH dijangka menyusut, bahkan nasib UMNO juga diramalkan lebih buruk lagi dalam PRU16 nanti.

Ramai yang menjangkakan, kalau pun tidak tinggal enam kerusi, UMNO boleh jadi hanya mampu menang 20 atau 16 kerusi saja selepas ini.

Dengan kedudukan itu, bagaimana UMNO/BN mampu menyokong untuk mengekalkan kedudukan Anwar bagi penggal seterusnya?

Kedua, hubungan UMNO dan DAP dan UMNO dan PKR masih tidak menunjukkan keserasian, meskipun mereka sama-sama berada dalam kerajaan.

Beberapa pemimpin UMNO – tak perlu disebutkan nama mereka – didapati masih suka menyerang DAP dan pemimpin tertentu dalam PKR dalam isu-isu tertentu berkaitan kerajaan.

Semua ini menimbulkan ketidakyakinan kepada rakyat untuk terus mengekalkan kerajaan madan dan Anwar sebagai Perdana Menteri lagi.

Lebih daripada itu, berikutan sentimen Melayu/Islam terus dimainkan oleh blok pembangkang, keberadaan UMNO bersama DAP dalam kerajaan tidak langsung menambahkan sokongan pengundi Melayu kepada parti itu.

Ketiga, sokongan rakyat kepada parti-parti yang membentuk kerajaan, termasuk kepada Anwar sendiri, tidak dilihat bertambah baik sejak terbentuknya kerajaan lebih setahun yang lalu.

Kecaman, rasa tidak puas hati dan pertikaian terhadap Perdana Menteri serta kerajaan, selain semakin ketara di pelbagai platform media sosial sejak kebelakangan ini, malah boleh didengar di merata-rata saja secara terbuka.

Selain janji reformasi dirasakan begitu perlahan, semua janji-janji Anwar untuk melakukan itu dan ini yang diucapkannya sebelum beliau bergelar Perdana Menteri dahulu, belum ada satu pun yang menjadi kenyataan.

Sebenarnya janji-janji itulah yang mengikat hati sebahagian besar rakyat untuk terus berjuang dan menyokong bagi menjadikannya sebagai Perdana Menteri selama lebih 25 tahun lamanya, namun kini ramai yang mula bersuara hampa.

Sokongan rakyat kepada Anwar juga didapati tidak bertambah setelah enam Ahli Parlimen Bersatu mengalihkan sokongan kepadanya.

Yang bertambah hanyalah sokongan kepada Anwar di Parlimen, tetapi tidak menbawa sokongan rakyat di lapangan.

Keempat dan paling buruk, jentera penerangan dan komunikasi kerajaan masih lagi berada di tahap sangat lemah dan seperti tidak memiliki deria rasa.

Di sebalik serangan dan kecaman kepada Perdana Menteri dan kerajaan makin mengasak di semua platform media sosial, tetapi jentera penerangan dan komunikasi kerajaan, malah jentera peperangan, masih lagi goyang kaki, relaks dan tidak terpanggil untuk melakukan serangan balas.

Hampir tidak ada jawapan dan penjelasan daripada terhadap semua isu yang dijadikan modal serangan kepada kerajaan, khususnya terhadap Anwar, malah ia seolah-olah dibiarkan menjari makanan yang enak untuk ditelan oleh rakyat setiap hari sehingga tarikh pengundian akan datang.

Jika semua keadaan ini berterusan sehingga PRU16, celah mana Anwar mampu diimpikan dapat melintasi garisan penggal kedua? – ShahbudinHusin 25/03/2024.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/impian-saifuddin-mahu-anwar-dua-penggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Jadi Pm Dua Penggal Seperti Impian Saifuddin Mungkin Tak Kesampaian

Anwar Jadi Pm Dua Penggal Seperti Impian Saifuddin Mungkin Tak Kesampaian

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 154 hits
IMPIAN SAIFUDDIN MAHU ANWAR JADI PM DUA PENGGAL BARANGKALI AMAT SUKAR MENJADI KENYATAANShahbudin HusinSetiausaha Agung PKR merangkap Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengimpikan Anwar Ibrahim akan bertahan sebagai Perdana Ment...
Saifuddin Impian Kami Mahu Anwar Jadi Pm Penggal Kedua

Saifuddin Impian Kami Mahu Anwar Jadi Pm Penggal Kedua

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 185 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 25 2024 8 30 AMSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berharap Anwar Ibrahim akan berkhidmat sebagai perdana menteri untuk penggal kedua Sekarang dalam penggal pertama insya Allah sekarang dah ada kej...
Anwar Boleh Jadi Pm Penggal Kedua Jika Ph Jaga Pengundi

Anwar Boleh Jadi Pm Penggal Kedua Jika Ph Jaga Pengundi

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 215 hits
freemalaysiatoday com 28 Mar 2024 07 30 AMPenganalisis berkata BN juga perlu memastikan mereka mampu menang tidak kurang 30 kerusi Parlimen jika mahu Anwar Ibrahim kekal menerajui kerajaan Penganalisis berkata masih terlalu awal untuk menil...
Saifuddin We Want Anwar To Serve Second Term As Pm

Saifuddin We Want Anwar To Serve Second Term As Pm

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 220 hits
PKR secretary general Saifuddin Nasution Ismail is hopeful that Anwar Ibrahim will serve a second term as prime minister Now he is in his first term insyaAllah now there is clarity To enter a second term that is our dream he said in an epis...
Dipanggil Kpk Dua Hakim Agung Minta Penjadwalan Ulang

Dipanggil Kpk Dua Hakim Agung Minta Penjadwalan Ulang

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 90 hits
Penyidik KPK memanggil dua hakim agung untuk diperiksa terkait kasus dugaan gratifikasi dan pencucian uang Hakim Agung nonaktif Gazalba Saleh
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya