Impian Miliki Al Quran Tagging Dengan Ukiran Nama Sendiri Sudah Tercapai
Dengan Bismillah,
As Salam,
Impian Miliki Al Quran Tagging Dengan Ukiran Nama Sendiri Sudah Tercapai- Alhamdulillah. Akhirnya dengan izin Allah Yang Maha Baik, impian saya untuk mentadabbur Al Quran dengan Quran sendiri yang bertagging menjadi kenyataan.Sejak setahun lalu, saya kerap melihat iklan Quran Tagging ni dimana-mana (media sosial) dan memasang angan untuk memiliki Quran yang sama suatu hari nanti.
Inilah Al Quran Tagging Dengan Ukiran nama sendiri kepunyaan saya.Selain diterima dalam kotak yang cantik warna Gold, saya juga dapat free gift facemask dengan tag "sahabat eNuur", sampul duit raya, kalendar dan kad kecil yang mengandungi nama Allah dan juga beberapa Quotes. saya suka semuanya:)
Lebih menarik, saya boleh pilih untuk customize Quran Tagging ini dengan meletakkan nama sendiri pada Quran tersebut.Lagilah seronok saya mendapatnya.Subhanallah.Saya anggap pemberian ini sebagai hadiah daripada Allah SWT untuk saya. Encik Suami menjadi asbab saya mendapat Quran Tagging saya dengan mudah :) untungnya dia kann.InshaAllah, jika ada pahala daripada amal kecil saya ini, saya hadiahkan juga buat suami saya.
Saya memilih warna kegemaran merah dengan ukiran nama sendiri.Ini bahagian belakang Quran Tagging saya
Quran dengan saiz A5 ni sebenarnya saiz separuh daripada kertas A4, dengan menggunakan magnet sebagai penutupnya.Ada juga pilihan jika mahu menggunakan zip.Bahagian depan Quran ini saya pilih ukir nama dalam tulisan Jawi Cik Matahariku dan juga doa daripada surah Al Khafi ayat 10.Maksud ayat ini ada dibelakang kulit Quran yang saya tunjuk kat atas
Sebelum ini, saya kerap menulis apa sahaja impian saya dalam sebuah buku khas.Tapi tentang Quran ini, saya hanya baru sahaja menulisnya pada subuh 27 Ramadan baru-baru ini.Keinginan yang teramat sangat untuk memiliki Quran bertagging ini bukan sahaja setakat saya sudah menulisnya dalam buku Impian saya, malah saya bagitahu juga Encik Suami yang saya mahu beli Quran tersebut apabila bayaran Adsense saya terima pada hujung bulan ini.
Syukur.Encik Suami tanpa banyak soal, minta saya no akaun untuk dia transferkan bayaran Quran Tagging impian saya.Yay!! suamiku yang baik.heh.Happynya saya masa tu ada dua sebab,Pertama sebab tak payah keluarkan duit saya, kedua saya dapat Quran saya dengan mudah dan cepat malah percuma:)
Halaman pertama Quran Tagging. Himpunan Asmaul Husna dengan maksudnya sekali
Halaman sebelah dalam Quran.Ada penanda Quran dengan nota jenis-jenis waqaf
Tagging yang saya dapat ini ada sebanyak 318 tag jika tak silap saya.Tagging ini juga ada pilihan ya.Saya tengok kat katalog depa, paling banyak sehingga 530 tagging tak silap.kalau yang itu, harganya juga juga harus lebih ya Ibu-Ibu semua:)
Tagging depa ni memang kemas.Memang mudahkan para pembaca Quran dan juga sesiapa sahaja yang sedang berusaha mentadabbur Quran dengan memahami terjemahan ayat Quran
Ini pula tagging juzuk Quran.Disusun dan ditampal dengan kemas Juzuk 1 hingga 30.Kita nak pilih juzuk pun mudah kan.Tak payah gagau selak demi helai.Dahlah nombor dalam jawi pun tak hafal bentuknya.hihi Itu sayalah tu yang selalu confuse antara 8 dan 9.Sabo je mak sorang ni.
Orait.Semua orang ada sebab mengapa menyukai sesuatu.Sebenarnya saya sudah pun ada Tafsir Quran sendiri di rumah. Kelebihan miliki Al Quran tagging sebenarnya banyak membantu diri saya yang suka membaca Al Quran bersekali dengan memahami maksud ayatnya.Ada masa, saya akan buat nota dihujung Quran tentang ayat yang dibaca.Jadi, sudah tentu saya akan membaca sambil menulis nota.Denga ada kemudahan tagging, saya boleh ulang baca, mencari dengan mudah apa sahaja catatan yang saya sukai daripada Quran tersebut.
Alhamdulillah.Semoga dengan tercapainya impian saya ini, semoga Allah rezekikan saya untuk mengulang baca Quran ini setiap hari, setiap kali selesai solat 5 waktu saya.aamin
Mengenai penghantaran pula, saya ada juga terfikir bagaimana pihak penjual menguruskan penghantaran Quran ini kan? Sebenarnya saya terima Quran ini agak lewat dalam dua ke tiga minggu dari tarikh saya buat bayaran.Yang pertama sebab bila kita nak customide dengan nama dan wording kita sendiri, ia akan ambik masa untuk dicetak bahagian kulit dan juga proceed dipihak kita.Selepas itu, penghantaran pula hanya menggunakan khidmat Pos Laju sebab khidmat kurier lain tidak buat penghantaraan Quran.
Kat plastik bungkusan Quran ini pun dah diberi caution yang barang dalam tu mengandungi Quran.Jadi kita tahu depa tak akan campak-campak sesuka hati bungkusan ini kan
Orait, perkongsian ini sekadar untuk berkongsi gambaran dan info jika ada rakan pembaca yang juga berminat membeli Quran tagging seperti saya. Banyak pilihan dan juga seller yang jual Quran tagging ini.Korang boleh je pilih mana-mana seller.Saya Direct Message seller di Instagram, sebab jumpa iklan Quran Tagging depa kat Insta. Total harga Quran tagging yang saya beli ini sekali dengan postage ialah RM 241. Jika ada yang berminat untuk beli Quran tagging dengan seller yang saya berurusan, saya kongsikan no.beliau di sini : Sahabat At Taqwa ( Pn.Lisa ) 011 39534471
Ini pula screenshot tatkala saya berurusan dengan Seller Quran Tagging ini. Memang banyak sangat saiz, warna, pilihan sama ada nak Quran tagging atau tanpa tagging, kalau pilih tagging, boleh pilih lagi nak tag yang berapa ratus,pheww.memang akhirnya korang sendiri yang pening nanti.haha.Akhirnya ikut bajet kita, sebab yang penting fungsi dan hujungnya nanti ekau baca ke idok Quran tu.Kalau ekau beli yang paling mahal dan paling lawa pun, lepas tu simpan dalam gobok, kita pakat wakaf jelah Quran tu.heh
Orait, semoga mendapat manfaat dengan perkongsian ini.Sesiapa yang dah ada Quran keasayangan sendiri, mehlah kongsi dengan saya kat komen, kenapa korang sayang sangat kat Quran tu.Sampai bertemu lagi di lain kesempatan ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2021/06/impian-miliki-al-quran-tagging-dengan.html