Impian Harimau Malaya Terkubur




KUALA LUMPUR: Hasrat Harimau Malaya untuk menjejak kaki ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 tidak kesampaian selepas gagal meraih kemenangan besar ke atas Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Kemenangan 3-1 ke atas skuad kendalian Gary White menyaksikan Malaysia gagal untuk mengatasi kelebihan gol yang dimiliki Kyrgyztsan.
Skuad kendalian Kim Pan Gon sepatutnya wajib menang dengan sekurang-kurangnya lapan gol namun misi itu gagal dilaksanakan pemain-pemain Harimau Malaya.
Pada aksi itu, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang pada babak pertama dengan masing-masing berjaya mencipta peluang untuk menjaringkan gol.
Namun, Taiwan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi ledakan penyerang pelawat, Yu Yao-hsing yang mudah menolak masuk bola ke gawang ketika berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol negara, Azri Ghani.
Tersentak dengan gol itu, skuad kebangsaan cuba bangkit namun beberapa peluang keemasan yang dicipta gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan sekali gus terus buntu merobek gawang Taiwan.
Ia menjadikan keputusan 0-1 kekal sehingga berakhir pada babak pertama.
Memasuki babak kedua, kemasukan Sergio Aguero jelas merubah corak permainan Harimau Malaya apabila Akhyar Rashid berjaya menjaringkan gol namun jaringan itu dibatalkan selepas dia dikesan berada dalam kedudukan ofsaid pada minit ke-49.
Sikap tidak berputus asa skuad kebangsaan mencari gol akhirnya tiba pada minit ke-53 apabila rembatan kencang Safawi Rasid gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol pelawat, Pan Wen Chieh sebelum bola menerjah jaring Taiwan.
Tuan rumah terus meningkatkan intensiti serangan dan berjaya mendapatkan gol kedua menerusi gerakan menarik antara Aguero dan Corbin Ong sebelum disudahkan dengan tolakan mudah Paulo Josue pada minit ke-70.
Pada penghujung perlawanan, Adib Raop turut berjaya mencipta nama sebagai penjaring untuk gol ketiga buat Harimau Malaya selepas memanfaatkan kesilapan Wen Chieh.
Selepas ini, Malaysia terpaksa bermain di pusingan ketiga Piala Asia 2027 untuk mencari slot ke kejohanan berprestij Asia itu.-UTUSAN




Source link
The post Impian Harimau Malaya ‘terkubur’ appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/impian-harimau-malaya-terkubur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harimau Malaya Ikat Kyrgyzstan 1 1

Harimau Malaya Ikat Kyrgyzstan 1 1

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 119 hits
PETALING JAYA Harimau Malaya berjaya mengikat Kyrgyzstan 1 1 dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027 di Stadium Dolen Omurzakov Bishkek sebentar tadi Keputusan itu membolehkan anak anak buah Kim Pan Gon meraih s...
Harimau Malaya Perlu Kenduri Gol Benam Taiwan

Harimau Malaya Perlu Kenduri Gol Benam Taiwan

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 114 hits
PETALING JAYA Peluang untuk layak ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027 masih ada buat skuad Harimau Malaya dengan syarat mereka perlu melakar kemenangan besar ketika menentang Taiwan Selasa ini dan mengharapkan Oman menjinakk...
Si Pemburu Tangkas Kumbang Harimau Cicindelidae

Si Pemburu Tangkas Kumbang Harimau Cicindelidae

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 160 hits
Penulis 1Amanina Binti Abu Bakar 1 2 Dr Izfa Riza Binti Hazmi 1Pusat Sistematik Serangga Fakulti Sains Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi 2Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan ...
Pas Bukan Boleh Kira Untung Dia Ja Dia Usung Satu Malaya Jahanam

Pas Bukan Boleh Kira Untung Dia Ja Dia Usung Satu Malaya Jahanam

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 111 hits
Desa HM Dulu musuh ketat kini idola PAS Tak berapa hari lagi penghina Islam ini akan diusung ke sana ke sini utk berceramah di Sg Bakap Puak un akan bertakbir bila nanti mungkin Ramasamy ckp dia insaf sebab mimpi jumpa Nabi Un bukan boleh k...
Outsider May Fill Vacant Chief Judge Of Malaya Post Says Source

Outsider May Fill Vacant Chief Judge Of Malaya Post Says Source

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 109 hits
Former Chief Justice of Malaya Zabidin Diah retired in February leaving the position vacant with Court of Appeal president Abang Iskandar Abang Hashim standing in pending the appointment of a replacement PUTRAJAYA The authorities are toying...
Sbdj Siri 202 Perempuan Berekor Harimau

Sbdj Siri 202 Perempuan Berekor Harimau

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 106 hits
Sebuah kereta warna hitam masuk ke kawasan rumah balu lama dan berbenti di depan pintu Seorang lelaki berbadan tegap tingginya hampir enam kaki Berkulit merah dengan rambut berombak disikat lurus ke belakang Sekali pandang macam orang Belan...
Kyrgyzstan Ranapkan Impian Malaysia

Kyrgyzstan Ranapkan Impian Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 93 hits
PETALING JAYA Kejayaan Kyrgyzstan mengikat Oman 1 1 dalam aksi terakhir Kumpulan D di kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027 menoktahkan impian Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 Keputusan seri itu menyaks...
Teringin Anak Kembar Zulin Aziz Minta Doakan Impian Dikurniakan Zuriat Jadi Kenyataan

Teringin Anak Kembar Zulin Aziz Minta Doakan Impian Dikurniakan Zuriat Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 110 hits
Teringin Zulin Aziz minta doakan impian dikurniakan zuriat jadi kenyataan Anak adalah penyeri rumah tangga Bagi Zulin Aziz sudah lama pelakon ini menanam impian untuk memiliki zuriat namun masih belum diberi kesempatan bergelar seorang ibu ...
Bawa La Ramai Lagi Warga Asing Ke Malaysia

Creative Com Domain Name Ideas

Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Pmx Didesak Saman Bloomberg Jika Kenyataan Salah

Trip Mengejut Ke Guangzhou China

Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng

Kuetiaw Goreng

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Lembayung 2024 Adaptasi Kisah Benar Lakonan Pelakon Malaysia Anna Jobling


Resepi Ikan Singgang

Resepi Kentang Tumis Cili Api

Russians Destroy Five F16s On The Ground In Ukraine

Saturday Jokes 231

Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian