Impak Sst 8 Tekanan Lebih Besar Buat Rakyat


harakahdaily.com
March 1, 2024
Percaturan Kerajaan Madani yang menaikkan kadar SST kepada 8 peratus bermula hari ini, 1 Mac 2024 meletakkan rakyat dalam kancah tekanan yang lebih mencabar.
KUALA LUMPUR: Peningkatan kadar sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan memberi tekanan lebih besar kepada rakyat yang kini sedang berhadapan krisis beras dan nilai Ringgit yang merudum yang akan meningkatkan harga barang serta pengenalan cukai-cukai lain.

Kesan negatifnya ialah daya beli pengguna akan melemah dan akan mempengaruhi aktiviti ekonomi negara secara keseluruhannya.

Itu penegasan Profesional Istiqamah mengulas kadar baharu SST yang naik kepada 8% bermula pada hari ini (1 Mac) yang berkata, pihaknya maklum kerajaan sedang melaksanakan polisi ekonomi yang berkiblatkan International Monetary Fund (IMF).

“Antara yang dilaksanakan adalah reformasi struktur ekonomi, dasar penjimatan (austerity) dan pengenalan cukai yang pelbagai.

“Kerajaan kehilangan potensi pendapatan hampir RM40 billion apabila memansuhkan GST pada era pentadbiran Pakatan Harapan (PH),” ujar kenyataan itu.

Tambahnya, meskipun diketahui bahawa sistem SST adalah lebih lemah berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) dari sudut ketelusan, namun SST tetap dilaksanakan semula kerana ingin menunaikan janji populis.

“Menerusi SST, kerajaan hanya mampu mendapat sekitar RM17 billion. Ditambah dengan peningkatan terbaru kadar ini, kerajaan dijangka dapat menambah kira-kira RM3 billion pendapatan. Masih tidak menyamai nilai yang hilang daripada GST,” jelas kenyataan itu.

Menurut Profesional Istiqamah lagi, dengan kadar pulangan yang tidak begitu menguntungkan, rakyat negara ini yang akan menjadi mangsa peningkatan cukai ini.

“Cukai SST akan menyebabkan kesan peningkatan berganda pada setiap kitaran perniagaan kerana mekanismenya yang lapuk. Berbeza dengan sistem cukai GST,” jelasnya.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa sudah tiga orang pakar ekonomi menegur kerajaan untuk menghentikan kenaikan cukai SST, masing-masing Paolo Casadio dari HELP University, Geoffrey William (dari MUST) dan Professor Barjoyai Barjai (Unirazak); namun kerana ego dan keyakinan yang tinggi, nasihat ketiga-tiga ahli akedemik itu diketepikan begitu sahaja.

“Kadar SST bukan sahaja meningkat, bahkan implementasinya turut diperluaskan kepada servis-servis yang pelbagai antaranya servis membaiki alatan elektronik. Perkara ini bahkan dilaksanakan tanpa ada pemberitahuan yang betul kepada pemain industri.

“Kini para pemain industri bimbang, kenaikan harga barang tidak boleh dibendung ini akan membawa kepada pengurangan perbelanjaan oleh rakyat. Secara tidak langsung kelembapan ekonomi boleh berlaku.

“Akhirnya, rakyat khususnya kumpulan pertengahan terus terhimpit dengan pelbagai tekanan kos sara hidup gara-gara kelemahan polisi kerajaan,” ungkap kenyataan tersebut.

Sepatutnya, ujar Profesional Istiqamah, sistem SST juga perlu ditambah baik bagi meningkatkan ketelusan supaya para peniaga tidak boleh lari dari membayar cukai, namun perkara ini juga tidak dipeduli oleh pakar formula dan Menteri Kewangan Terbaik Asia.

“Selamat datang diucapkan kepada kadar baharu sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 8%. Adakah ini yang dikehendaki rakyat? Yang pasti ia menambahkan tekanan ekonomi rakyat,” katanya.
 – HARAKAHDAILY 1/3/2024

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/impak-sst-8-tekanan-lebih-besar-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nilai Ringgit Yang Lemah Malaysia Telah Memberikannya Daya Tarikan Yang Lebih Besar Kepada Pelancong

Nilai Ringgit Yang Lemah Malaysia Telah Memberikannya Daya Tarikan Yang Lebih Besar Kepada Pelancong

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 266 hits
GLOBAL sumber berita dan maklumat kewangan Bloomberg telah menggesa para pelancong untuk melawat Malaysia dengan menekankan penurunan Ringgit yang meningkatkan kuasa beli para pelancong Banyak orang Singapura melintasi sempadan mengikut sum...
Dewan Rakyat Kecoh Gara Gara Isu Komunis Kampung Baru Cina

Dewan Rakyat Kecoh Gara Gara Isu Komunis Kampung Baru Cina

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 421 hits
malaysiakini comPARLIMEN Perbalahan tercetus di Dewan Rakyat hari ini selepas seorang ahli parlimen PN berkata langkah menjadikan kampung baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco hanya akan mengiktiraf perjuangan komunis Ismail Abdul Mu...
Mp Calls For New Law To Determine Pm Via Dewan Rakyat Vote

Mp Calls For New Law To Determine Pm Via Dewan Rakyat Vote

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 319 hits
Beruas MP Ngeh Koo Ham said an MP might sometimes make up three or four statutory declarations which is not a good practice KUALA LUMPUR Ngeh Koo Ham has urged the government to enact a law to let the Dewan Rakyat determine who becomes prim...
Apa Yang Dibawa Untuk Rakyat Yellek Kiok

Apa Yang Dibawa Untuk Rakyat Yellek Kiok

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 273 hits
Dah berapa hari bersidang Apa isu rakyat yang dibawa oleh MP Pembangkang Setakat ni Yang ada isu Tak menguntungkan rakyat pun Bahkan mungkin merugikan dan memberi kesan kepada perpaduan kaum dan agama Yang ada mereka kecoh PM ucap terima ka...
Terima Kritikan Rakyat Bukan Sekat Bersuara

Terima Kritikan Rakyat Bukan Sekat Bersuara

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 150 hits
harakahdaily com March 5 2024KUALA LUMPUR Kerajaan sepatutnya mendengar pandangan rakyat dan menerima segala kritikan dan bukannya menyekat suara rakyat Dato Sri Dr Ismail Abd Muttalib berkata teguran teguran itu sebenarnya penting untuk me...
Enough Rice For Over Four Months Dewan Rakyat Told

Enough Rice For Over Four Months Dewan Rakyat Told

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 262 hits
KUALA LUMPUR The nation s rice stocks stood at 881 554 tonnes as of Feb 27 says Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu He said that this means the country has enough stock for 4 41 months This included 591 554 tonnes...
Dewan Rakyat Tumpu Isu Kemasukan Pelancong Musim Kemarau Hari Ini

Dewan Rakyat Tumpu Isu Kemasukan Pelancong Musim Kemarau Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 234 hits
Sidang Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 19 hari dengan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli ahli Parlimen dari 27 Feb hingga hari ini KUALA LUMPUR Isu kemasukan pelancong ke negara ini dan persediaan untuk mengatasi kesan musim ke...
Debate Rci Report On Project Ic In Dewan Rakyat Says Sabah Mp

Debate Rci Report On Project Ic In Dewan Rakyat Says Sabah Mp

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 232 hits
Kudat MP Verdon Bahanda said Sabah had been damaged as a result of the actions of several leaders who granted citizenship to foreigners KUALA LUMPUR An MP from Sabah has called for the royal commission of inquiry report on Project IC to be ...
Bukan Cerdik Pun Menggunakan Duit Rakyat Juga

Bukan Cerdik Pun Menggunakan Duit Rakyat Juga

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 150 hits
Sebenarnya benda ini tak pelik ahli parlimen PN ni di undi sebab sentimen agama dan perkauman Bila incompetent dan dah di lantik masuk parlimen tak tahu nak bawa usul yang berkualiti Sebab tu berbohong dalam dewan macam kata menu rahmah seb...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord