Imigresen Tolak Kemasukan 30 000 Warga Asing Tahun Ini


fazleen safina  922 majikan ditahan kerana lindungi pendatang asing tanpa izin Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud PUTRAJAYA– Jabatan Imigresen menolak kemasukan kira-kira 30,000 warga asing ke negara ini kerana tidak memenuhi syarat untuk masuk ke Malaysia, antaranya pelancong dan pekerja asing yang tidak dituntut oleh majikan.

Bilangan mereka yang diberi notis penolakan kemasukan itu adalah bagi tempoh Januari hingga 10 September tahun ini.

Paling tinggi yang tidak dibenar masuk dan diarah pulang semula ialah rakyat Indonesia, Bangladesh dan China walaupun mereka datang dengan pas yang sah di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam temu bual bersama Bernama, di pejabatnya, di sini.

“Kebanyakan mereka cuba masuk sebagai pelancong dan bila ditanya tempat tinggal mereka tidak tahu, dan di mana mereka ini akan tinggal, pas lawatan sosial cuma mempunyai 30 hari dan mereka mempunyai duit RM200 di dalam poket.

“Mereka ini disyaki masuk untuk bekerja cuba mencari peluang bekerja di mana-mana pusat hiburan. Saya tidak nafikan ada sindiket yang bawa masuk pelancong-pelancong wanita daripada China ini,” katanya.

Beliau berkata, langkah-langkah pengawasan yang ketat di pintu-pintu masuk negara itu adalah bagi memastikan tiada warga asing yang diragui dapat membolosi pintu-pintu masuk negara sekali gus mengatasi masalah pendatang tanpa izin.

Mengikut statistik pendatang tanpa izin tahun ini (sehingga 10 September), sejumlah 12,142 adalah rakyat Indonesia, diikuti Bangladesh (8,056); Myanmar (3,635); Filipina (3,149); Thailand (2,127); India (2,006); Pakistan (1,436); Vietnam (1,313); China (800); Nepal (765) dan lain-lain (1,215).

Khairul Dzaimee berkata, pihaknya setiasa berusaha keras untuk memastikan masalah pendatang tanpa izin di negara ini ditangani dan pelbagai langkah dan operasi sentiasa dilaksanakan bagi memastikan Malaysia bebas daripada masalah pendatang tanpa izin.

Sejumlah 12,448 operasi dijalankan di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari hingga 10 September dengan jumlah keseluruhan warga asing yang diperiksa ialah 146,777 orang dan daripada jumlah itu, seramai 36,684 pendatang tanpa izin ditahan.

Katanya, turut ditahan dalam tempoh itu adalah 922 orang majikan kerana menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin.

Turut diperiksa ialah 3,399 orang pemegang kad UNHCR, katanya.

Beliau berkata, daripada operasi yang dijalankan, kebanyakan warga China masuk sebagai pelancong dan diberi pas lawatan sosial selama 30 hari dan terdapat kes-kes mereka menyalahguna pas sosial dengan bekerja di pusat-pusat hiburan.

“Bagi warga Afrika dan Nigeria pula, kebanyakan mereka ini adalah student mula-mula semestar pertama dan kedua mereka ini belajar, (lepas itu) mula tidak pergi kelas,ponteng, apabila mereka ini fail (gagal) dalam ujian, pas pelajar mereka ini tidak boleh diperbaharui dan (mereka) tinggal lebih masa di sini melakukan pelbagai kesalahan seperti love scam…ramai kami tangkap dalam operasi…itu tidak ada angka, kami akan jumpa mereka ini semasa operasi dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, agak sukar bagi jabatan itu mengesan mereka yang tinggal lebih masa dan bagi menyelesaikan masalah itu, satu sistem baharu iaitu Imigration Integrated System sedang dibangunkan, yang boleh mengesan mereka yang masuk sebagai pelancong dan tinggal lebih masa.

Bagi warga asing yang berniaga termasuk di pasar-pasar borong pula, beliau berkata, perkara itu banyak berkait dengan persepsi masyarakat dan apabila pihaknya mengambil tindakan dengan menjalankan operasi mendapati warga asing berkenaan sebenarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai permit yang sah.

“Kadang kala aduan yang diterima membabitkan warga asing yang berniaga, dan terdapat segelintir masyarakat kita apabila melihat warga asing yang berniaga, terus dikatakan pendatang tanpa izin tidak diambil tindakan, sedangkan bila kami membuat semakan mereka ini sebenarnya berkahwin dengan rakyat tempatan.

“Ramai yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan mereka boleh menjalankan perniagaan dengan menggunakan lesen atas nama isteri suami warga tempatan itu. Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik untuk menangani isu keberadaan warga asing di negara ini,” katanya. -Bernama  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/imigresen-tolak-kemasukan-30000-warga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imigresen Pulau Pinang Nafi Pegawainya Tampar Warga Asing

Imigresen Pulau Pinang Nafi Pegawainya Tampar Warga Asing

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 299 hits
Butterworth Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang menafikan pegawainya melakukan kekerasaan dengan menampar seorang pekerja warga Indonesia ketika operasi bersepadu dijalankan di Seberang Prai kelmarin Pengarahnya Muhamad Husni Mahmud ber...
Pengkhianat Negara Jual Mykad Kepada Warga Asing Dihukum Gantung

Pengkhianat Negara Jual Mykad Kepada Warga Asing Dihukum Gantung

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 335 hits
Isu penjualan MyKad kepada warga asing nampaknya telah berlaku sekian lama tanpa pengetahuan siapa siapa dan dilakukan dengan amat tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak Jadi hari ini Ohmedia tertarik dengan cadangan dari Pertubuhan Keb...
Terkini Sindiket Jual Mykad Kepada Warga Asing Seorang Penolong Pengarah Jpn P Pinang Akan Didakwa Di Mahkamah

Terkini Sindiket Jual Mykad Kepada Warga Asing Seorang Penolong Pengarah Jpn P Pinang Akan Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 554 hits
BERNAMA sebentar tadi melaporkan seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad kepada warga asing di negeri itu Perkara berk...
Hadapi Kemarau Krakatau Steel Gelontorkan 85 000 Liter Air Bersih Untuk Warga

Hadapi Kemarau Krakatau Steel Gelontorkan 85 000 Liter Air Bersih Untuk Warga

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 267 hits
Kami memiliki fasilitas pendukung di anak perusahaan yang memproduksi air bersih PT KTI memiliki kapasitas 2 500 liter per detik dalam memproduksi air untuk industri Sudah sepantasnya kami secara grup hadir dalam permasalahan ketersediaan a...
Kempen Pemilikan Rumah Kepada Warga Asing Langkah Terbaik

Kempen Pemilikan Rumah Kepada Warga Asing Langkah Terbaik

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 344 hits
Memang Ohmedia pun terpaksa akui yang kebanyakan rumah yang dijual di negara kita sekarang tidak mampu sebenarnya untuk dibeli oleh rakyatnya sendiri terutama bagi bangsa Melayu Tetapi wajarkan sekiranya rumah rumah ini dijual kepada orang ...
32 Premis Usia 100 Tahun Hangus Wanita Warga Emas Ditemui Rentung

32 Premis Usia 100 Tahun Hangus Wanita Warga Emas Ditemui Rentung

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 335 hits
Sebanyak 32 premis bangunan di Sungai Lembing Kuantan yang dianggar berusia lebih 100 tahun hangus Foto ihsan Facebook Si BongsuKUANTAN 31 Ogos Mayat seorang warga emas dipercayai wanita ditemukan rentung di salah sebuah rumah yang terlibat...
Sudah Berjalan 5 Tahun Proyek Pembangkit 35 000 Mw Baru Selesai 11 Persen

Sudah Berjalan 5 Tahun Proyek Pembangkit 35 000 Mw Baru Selesai 11 Persen

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 296 hits
Direktur Jenderal Ketenagalistrikan Rida Mulyana mengatakan total kapasitas pembangkit program 35 000 MW sampai Juli 2019 yang sudah mencapai 3 768 MW atau 11 persen dari target
Tolak Rumah Dibongkar Satpol Pp Warga Cisarua Gelar Aksi Bakar Ban

Tolak Rumah Dibongkar Satpol Pp Warga Cisarua Gelar Aksi Bakar Ban

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 333 hits
Selain ban warga juga mengadang petugas dengan membakar material sisa pembongkaran yang dilakukan Satuan Polisi Pamong Praja Kabupaten Bogor Kamis lalu
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

5 Perusahaan Pialang Berjangka Resmi Memiliki Kantor Di Pontianak

Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman