Imf Ramal Kemelesetan Terburuk Akibat Covid 19



Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan kemelesetan paling buruk akan melanda dunia akibat wabak Covid 19. Menurut IMF krisis ekonomi mungkin seburuk kekita Zaman Kemelesetan 1930-an dan jauh lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009
“Ini adalah krisis yang tidak pernah berlaku dan wujud ketidaktentuan mengenai kesannya terhadap kehidupan rakyat,” kata Ketua Ekonominya, Gita Gopinath semalam.
Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kini diunjurkan pada -3% tahun ini, kemelesetan jauh lebih buruk daripada -0.1% semasa krisis kewangan global 2009.
Unjuran pertumbuhan diturunkan lebih daripada 6 mata peratusan berbanding pertumbuhan 3.3% yang dikemas kini IMF pada Januari – semakan yang luar biasa dalam tempoh singkat.
“Keadaan yang digelar ‘The Great Lockdown’ ini dijangka menyebabkan kemerosotan pertumbuhan global secara mendadak. Pemulihan separa diunjurkan untuk 2021, dengan tahap KDNK akan kekal di bawah trend pra-virus, dengan ketidaktentuan terhadap tahap pemulihan kelak.”
Katanya, ini akan berlaku jika langkah pencegahan pandemik itu berlaku lebih lama, negara sedang berkembang dan membangun akan terjejas teruk, keadaan kewangan yang sukar akan berlanjutan, atau ia mungkin menyebabkan penutupan perniagaan dan kadar pengangguran.
Gita berkata, krisis ini perlu ditangani dalam 2 fasa: fasa pencegahan dan penstabilan diikuti fasa pemulihan. Dalam kedua-dua fasa, kesihatan awam dan dasar ekonomi mempunyai peranan penting.
“Kuarantin, perintah berkurung dan penjarakan sosial adalah kritikal untuk memperlahankan penyebaran Covid-19, memberi masa kepada sistem penjagaan kesihatan untuk mengatasi permintaan meningkat bagi perkhidmatan mereka dan masa untuk penyelidik membangunkan vaksin.
“Langkah-langkah ini dapat membantu menghindari kejatuhan aktiviti yang lebih teruk dan berlarutan serta menetapkan tahap pemulihan ekonomi.”
Beliau berkata, meningkatkan perbelanjaan dalam penjagaan kesihatan penting untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan mempunyai kapasiti dan sumber mencukupi.
Pemberian khas untuk profesional perubatan – yang berada di barisan depan memerangi pandemik – harus dipertimbangkan, termasuk, sebagai contoh elaun pendidikan bagi keluarga mereka.
Katanya, walaupun ekonomi menutup operasinya, penggubal dasar perlu memastikan rakyat dapat memenuhi keperluan mereka dan perniagaan dapat dipulihkan selepas pandemik itu berakhir.
“Ini memerlukan langkah fiskal, monetari dan kewangan bersasar untuk mengekalkan hubungan ekonomi antara pekerja dan firma serta peminjam dan pemberi pinjaman, menjaga infrastruktur ekonomi dan kewangan masyarakat secara utuh.”
Beliau memberi contoh, di pasaran negara berkembang dan membangun dengan sektor informal yang besar, teknologi digital baru dapat digunakan untuk memberikan sokongan disasarkan.
Mengulas unjuran pertumbuhan, laporan yang dikeluarkan organisasi berpusat di Washington itu berkata, pertumbuhan dalam kumpulan ekonomi maju – di mana beberapa negara dilanda wabak itu secara meluas dan menerapkan langkah pengekangan – diunjurkan pada -6.1% tahun ini.
Kebanyakan negara di dalam kumpulan dijangka mengalami kemerosotan tahun ini, termasuk Amerika Syarikat (-5.9%), Jepun (-5.2%), United Kingdom (-6.5%), Jerman (-7%), Perancis (-7.2%), Itali (-9.1%) dan Sepanyol (-8%).
Di bahagian Eropah, wabak itu teruk seperti di wilayah Hubei, China. Walaupun penting untuk mencegah virus itu, perintah berkurung dan kawalan pergerakan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi.
Antara pasaran baru dan negara membangun, semua negara menghadapi krisis kesihatan, kejutan permintaan luaran yang teruk, kesukaran dramatik dalam keadaan kewangan global dan kejatuhan harga komoditi yang akan memberi kesan teruk terhadap aktiviti ekonomi dalam pengeksport komoditi, kata laporan itu.
Secara keseluruhannya, kumpulan pasaran sedang berkembang dan negara membangun dijangka jatuh sebanyak 1% pada 2020; tidak termasuk China, kadar pertumbuhan untuk kumpulan itu dijangka berada pada -2.2%.
IMF mengunjurkan pertumbuhan KDNK Asean-5 berkembang pada 7.8% dan Malaysia pada 9% tahun depan.
Selain Malaysia, Asean-5 yang meliputi Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam masing-masing akan berkembang kepada 8.2%, 6.1%, 7.6% serta 7%.
Untuk tahun ini, IMF menjangkakan ekonomi Malaysia merosot 1.7% kerana KDNK Asean-5 susut 0.6%.
Unjuran IMF 2021 untuk Malaysia lebih tinggi daripada jangkaan pertumbuhan oleh Fitch Ratings sebanyak 5.8%.
Pertumbuhan global dijangka pulih kepada 5.8% pada 2021, mencerminkan normalisasi aktiviti ekonomi daripada tahap sangat rendah, kata IMF dalam laporan yang dikeluarkan semalam.
“Kumpulan ekonomi maju dijangka berkembang pada 4.5%, manakala pertumbuhan untuk negara berkembang dan kelompok ekonomi membangun dijangka berkembang pada 6.6%.”
Sebagai perbandingan, pada 2010 pertumbuhan global setelah krisis kewangan global pulih kepada 5.4% daripada -0.1% pada 2009.
Bagaimanapun, katanya, pemulihan pada 2021 sangat bergantung kepada sama ada pandemik itu akan hilang pada separuh kedua 2020, membolehkan usaha pencegahan secara beransur-ansur dikurangkan dan memulihkan keyakinan pengguna serta pelabur.
Tindakan dasar ekonomi signifikan dilakukan di seluruh dunia yang menumpukan perhatian dalam memenuhi syarat penjagaan kesihatan awam, sementara mengehadkan kesannya ke atas aktiviti ekonomi dan sistem kewangan.
Pemulihan itu dianggap sebagai tindakan dasar yang berkesan untuk mencegah kemuflisan firma, kehilangan pekerjaan berlanjutan dan tekanan kewangan kepada seluruh sistem.
Meskipun demikian, tahap KDNK pada akhir 2021 di pasaran negara berkembang dan membangun diunjurkan kekal pada tahap sebelum berlakunya pandemik Covid-19.
Melihat dari segi skala kemerosotan ekonomi, wujudnya ketidaktentuan mengenai pemulihan kelak.
“Beberapa aspek yang menyokong pemulihan itu mungkin tidak berlaku, dan hasil pertumbuhan global yang lebih buruk mungkin terjadi – misalnya, kemerosotan lebih teruk 2020 dan pemulihan yang sedikit pada 2021 – bergantung keadaan pandemik itu dan tahap ekonomi berkaitan yang terjejas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27147

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Edible Garden Mula Berkebun Di Laman Rumah Teres Akibat Dari Pkp Covid 19

Edible Garden Mula Berkebun Di Laman Rumah Teres Akibat Dari Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 788 hits
Assalamualaikum Ayue pasti semua orang pun tengah tercari cari aktiviti apa nak buat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni berlangsung akibat dari virus Covid 19 yang melanda dunia Lagi haru biru bila PM umumkan yang PKP akan dilanjutkan...
Kenapa Lebih Ramai Lelaki Mati Akibat Covid 19

Kenapa Lebih Ramai Lelaki Mati Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 261 hits
Lebih 3 4 daripada mereka yang meninggal dunia akibat Covid 19 di Malaysia adalah lelaki di mana trend yang sama berlaku di seluruh dunia Data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 58 lelaki Malaysia meninggal dunia ak...
Relawan Coba Ringankan Beban Warga Terdampak Psbb Akibat Covid 19

Relawan Coba Ringankan Beban Warga Terdampak Psbb Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 247 hits
Covid 19 ini juga berimbas kepada sebagian masyarakat yang harus kehilangan pekerjaan dan minimnya pendapatan
Keluarga Serang Pegawai Hospital Tidak Boleh Terima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19

Keluarga Serang Pegawai Hospital Tidak Boleh Terima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 311 hits
Sebuah keluarga bertindak menyerang pegawai hospital di Mexico City selepas mereka dihalang oleh pihak hospital untuk melihat ahli keluarga yang meninggal dunia akibat COVID 19 Kejadian pukul memukul ini telah dirakam oleh salah seorang pek...
Ahli Keluarga Belasah Staff Hospital Kerana Dihalang Melihat Pesakit Yang Mati Akibat Covid 19

Ahli Keluarga Belasah Staff Hospital Kerana Dihalang Melihat Pesakit Yang Mati Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 253 hits
Ahli keluarga kepada mangsa Covid 19 yang meninggal dunia bertindak membelasah kakitangan hospital di Bandar Mexico selepas berang tidak dibenarkan melihat mayat mangsa Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu di mana pesakit yang tidak didedahk...
Kematian Akibat Covid 19 Lebih 10 Kali Ganda Berbanding H1n1 Who

Kematian Akibat Covid 19 Lebih 10 Kali Ganda Berbanding H1n1 Who

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 229 hits
Jumlah kematian akibat wabak COVID 19 di seluruh dunia ketika ini adalah 10 kali ganda daripada H1N1 yang pernah menyebabkan pandemik global pada tahun 2009 Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata pandemik H1N1 yang bermula di Mexico dan Ameri...
Terkini Terdapat 5 Kematian Baharu Akibat Covid 19 Dicatatkan

Terkini Terdapat 5 Kematian Baharu Akibat Covid 19 Dicatatkan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 224 hits
Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan bahawa terdapat lima kes kematian baharu disebabkan oleh Covid 19 dicatatkan pada hari ini Pertambahan kes kematian tersebut menjadikan keseluruhan 82 kematian atau 1 64 setakat ini Terkini 14 Ap...
60 Lagi Kematian Di Indonesia Akibat Covid 19 Dalam Tempoh 24 Jam

60 Lagi Kematian Di Indonesia Akibat Covid 19 Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 223 hits
JAKARTA 14 April Sebanyak 60 lagi kematian dalam tempoh 24 jam akibat COVID 19 dicatatkan di Indonesia jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama 11 Mac lepas Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID 19 Achmad Yurianto berkat...
Puteri Aishah Insaf Selepas Berada Dalam Hospital Akibat Covid 19

Puteri Aishah Insaf Selepas Berada Dalam Hospital Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 253 hits
Pelakon Puteri Aishah yang kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh yang didapati positif COVID 19 nanti mengakui yang dirinya semakin insaf selepas melihat keadaan petugas hadapan berperang dengan pandemik ini Saya kagum dengan komitme...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense