Imej Pas Kembali Keras Jika Ketepi Pemimpin Teknokrat Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar22 Feb 2025,

Tawfik Yaakub dari UM berkata PAS perlu hati-hati tangani isu libat masa depan politik Ahmad Samsuri Mokhtar jika tidak mahu badai kembali melanda seperti pemilihan 2015.
Baru-baru ini Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan tidak menolak kemungkinan mengundur diri dan tidak pertahan jawatan naib presiden PAS disandang sejak 2019 jika ada keperluan beri laluan kepada muka baharu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Imej PAS akan kembali dilihat ‘keras’ jika pemimpin teknokrat berimej terbuka dan profesional seperti Ahmad Samsuri Mokhtar tidak lagi berada dalam saf pimpinan, kata penganalisis.

Rabu lalu, menteri besar Terengganu lebih dikenali Dr Sam itu tidak menolak kemungkinan mengundur diri dan tidak pertahan jawatan naib presiden PAS disandang sejak 2019 jika ada keperluan beri laluan kepada muka baharu.
Mohammad Tawfik Yaakub.Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) berkata, PAS perlu berhati-hati menangani isu membabitkan masa depan politik Samsuri dalam parti yang turut dikatakan berpotensi menjadi peneraju mereka pada masa depan

Katanya, jika tidak diurus dengan baik ‘ombak besar’ akan kembali membadai PAS seperti pemilihan 2015 menyaksikan ramai pemimpin antaranya Mohamad Sabu keluar dan menubuhkan Amanah.

“Memang ada kumpulan tertentu dalam PAS mewujudkan tekanan supaya usaha ‘memprojekkan’ Samsuri menjadi presiden tidak menjadi realiti. Mereka sudah lama tidak senang dengan pemimpin yang mempunyai perwatakan terbuka dan profesional untuk mengemudi parti.

“Jika ruang keterbukaan (peralihan kuasa) tidak dibuka, imej PAS akan kembali dilihat keras malah boleh menyebabkan sokongan merosot akibat kekecewaan penyokong Samsuri,” katanya kepada FMT.

Selain belum mempertimbangkan pertahan jawatan naib presiden, Samsuri mengakui tidak layak menjadi presiden apabila mengulas spekulasi kerusi nombor satu dan dua PAS, yang mungkin dipertandingkan buat kali pertama selepas 10 tahun.

FMT memetik sumber melaporkan perkara itu mungkin terjadi jika Hadi Awang yang mengemudi PAS sejak 2002 memberi laluan pada pemilihan September ini susulan ada permintaan beliau mengundur diri kerana keadaan kesihatannya.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man juga dikatakan berhasrat memberi laluan namun diminta kekal oleh kumpulan proulama. Rabu lalu, dalam temu bual bersama FMT, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu belum mengesahkan kerusi bakal ditandingi.

Serangan peribadi

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, juga berpandangan kenyataan Samsuri seolah-olah menggambarkan kekecewaannya terhadap serangan peribadi yang dihadapi dari dalam parti sendiri.

Beliau berkata, serangan segelintir kelompok yang menyasarkan kepada pemimpin ‘bukan ulama’ dikhuatiri mengakibatkan penyertaan golongan profesional ke dalam PAS semakin berkurang pada masa depan.

“Perkembangan ini menghantar isyarat negatif terhadap proses demokrasi dalaman PAS. Dominasi sesebuah kumpulan tertentu dalam struktur kepimpinan boleh menjejaskan kepelbagaian idea, latar belakang dan kepakaran yang sepatutnya menjadi aset kepada parti,” katanya.
Hisommudin Bakar.Hisommudin berkata, kesannya berpotensi menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan PAS menerajui Putrajaya, selain mencalarkan imejnya sebagai sebuah gerakan Islam.

“Implikasi negatif ini bukan sahaja mencalarkan imej parti sebagai gerakan Islam, tetapi mempengaruhi sokongan rakyat terutama golongan yang mengutamakan prinsip integriti dan ketelusan dalam politik,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/mej-pas-kembali-keras-jika-ketepi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Maju Macamana Tak Ada Duit Keriau Pm Penganalisis Ragu Potensi Empat Mb Pas Jadi Pm

Nak Maju Macamana Tak Ada Duit Keriau Pm Penganalisis Ragu Potensi Empat Mb Pas Jadi Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 131 hits
SITI NUR ZAWANIFebruary 10 2025Seorang penganalisis politik meragui kebolehan empat menteri besar Pas yang didakwa berpotensi diketengahkan sebagai calon perdana menteri Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata penilaian beliau itu berdasarkan emp...
Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 96 hits
Kali terakhir Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man dicabar pada pemilihan 2015 PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menegaskan parti itu tidak perlu pandangan DAP dan individu mesra dengannya dalam menentukan barisan kepimpinan pada pemilihan...
Tak Perlu Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Pemimpin Bersatu Pas Beritahu Sekutu

Tak Perlu Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Pemimpin Bersatu Pas Beritahu Sekutu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 118 hits
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Afnan Hamimi Taib Azamudden berpendapat peranan Kementerian Perpaduan Negara memadai dalam menguruskan isu berbangkit berkait ehwal bukan Islam PETALING JAYA Pemimpin Bersatu dan PAS menolak cadangan sa...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 201 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 26 2025 12 02 PMSatu laporan polis dibuat terhadap seorang pemimpin akar umbi PAS Perak kerana mendakwa khutbah dikawal di negeri yang dikuasai DAP itu Laporan polis itu dibuat oleh bekas exco Perak dan bekas...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 247 hits
LAWATAN rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdo an ke Malaysia bukan sekadar simbol hubungan diplomatik yang kukuh tetapi turut mencerminkan keserasian ideologi dan strategi antara dua pemimpin yang berkongsi visi dalam politik global Menu...
Sekarang Pemimpin Hamas Abu Marzouk Kata Dia Tak Terpikir Tak Guna Akal

Sekarang Pemimpin Hamas Abu Marzouk Kata Dia Tak Terpikir Tak Guna Akal

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 112 hits
Hamas Official Expresses Reservations About Oct 7 Attack on IsraelMusa Abu Marzouk leader of Hamas in 1990s phone interview on Fridaytop official publicly express reservations about assaultMousa Abu Marzouk told The New York Times Abu Marzo...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa