Cerminan Kejayaan Bersama Dilihat Dalam Pemulihan Ekonomi Pm Anwar


 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama para menteri pada Amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 3 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur atas pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan memberangsangkan setakat ini, hasil usaha bersama pasukan kepimpinan dan penjawat awam di semua peringkat.
Perdana Menteri berkata, kejayaan ini mencerminkan ketekunan dan pengorbanan semua pihak, daripada pengurusan tertinggi hingga petugas di lapangan.
“Kita mesti iktiraf jasa semua, termasuk mereka di sempadan, di perbatasan dan juga petugas tidak beruniform. Inilah kejayaan bersama, bukan hanya milik satu pihak,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. Foto Facebook Anwar IbrahimTurut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara (KSN),Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Berdasarkan prestasi memberangsangkan pada 2024, ahli ekonomi dilaporkan menjangka ekonomi Malaysia akan terus berkembang positif pada 2025, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur mencecah sehingga enam peratus.
Perdana Menteri baru-baru ini berkata, KDNK Malaysia berada pada landasan betul untuk berkembang antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus, didorong oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah.
KDNK Malaysia meningkat 4.2 peratus, 5.9 peratus dan 5.3 peratus masing-masing pada suku pertama, kedua dan ketiga 2024, menjadikan pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun lalu sebanyak 5.2 peratus, meningkat daripada 3.8 peratus dalam tempoh sama pada 2023.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. Foto Facebook Anwar IbrahimAngka bagi suku keempat dan keseluruhan 2024 dijadual diumumkan pada 14 Februari nanti.
Anwar seterusnya menekankan kepentingan mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan penjawat awam, dengan menyifatkan perubahan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagai langkah penting ke arah keadilan ekonomi.
“Kenaikan signifikan bagi mereka pada peringkat bawah mencerminkan keadilan yang sebenar. Peratusan kenaikan tidak selalu menunjukkan impak sebenar, tetapi lonjakan pendapatan ini adalah lebih adil,” katanya.
Beliau berkata, pendekatan itu turut diperluaskan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelaburan (GLIC), sambil menggesa syarikat swasta yang meraih keuntungan besar untuk memberikan gaji lebih setimpal kepada pekerja.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Kerangka Malaysia MADANI menekankan keadilan sejagat, kejayaan negara diukur bukan hanya dari segi ekonomi tetapi juga aspek akhlak, moral dan pengurusan yang baik.
“Perkhidmatan awam kita mesti menjadi model komuniti beretika, berakhlak dan bertanggungjawab. Kejayaan negara ini tidak boleh bergantung kepada budaya selesa, tetapi memerlukan usaha berterusan untuk melonjakkan kekuatan kita sebagai negara besar,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/cerminan-kejayaan-bersama-dilihat-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imbasan 2024 Kerajaan Madani Terus Lakar Kejayaan Melalui Lonjakan Ekonomi

Imbasan 2024 Kerajaan Madani Terus Lakar Kejayaan Melalui Lonjakan Ekonomi

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 222 hits
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus melakar kejayaan melalui lonjakan ekonomi hasil kerja keras sepanjang tahun demi manfaat rakyat dan negara KUALA LUMPUR 31 Dis Tahun 2024 menyaks...
Yab Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Merasmikan Forum Ekonomi Malaysia Pada 9 Januri

Yab Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Merasmikan Forum Ekonomi Malaysia Pada 9 Januri

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 229 hits
Rafizi RamliYAB Dato Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia 2025 yang akan diadakan pada 9 Januari 2025 Pelbagai topik utama akan dibincangkan termasuklah inovasi dan teknologi peluang pelaburan di Malaysi...
Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 310 hits
PETALING JAYA Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sahabat baiknya yang juga bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra melibatkan perbincangan beberapa perkara termasuk peranan pemimpin itu sebagai penasihat tidak rasmi kepada ...
Pm Anwar Kongsi Pelbagai Rencana Strategik Untuk Lonjak Ekonomi

Pm Anwar Kongsi Pelbagai Rencana Strategik Untuk Lonjak Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 273 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi beberapa inisiatif dan pencapaian negara menerusi Sorotan 2024 Melonjak Ekonomi Melimpah Kemakmuran di laman Facebook beliau hari ini KUALA LUMPUR 22 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ke...
Doctor Who Treated Anwar S Black Eye In 1998 Passes Away

Doctor Who Treated Anwar S Black Eye In 1998 Passes Away

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 244 hits
PETALING JAYA The doctor who treated Datuk Seri Anwar Ibrahim s eye after he was punched while in prison in 1998 Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed has passed away The Prime Minister shared the sad news of the doctor s passing on Facebook Accord...
Tiada Apa Yang Dirisaukan Walau Pangkat Sekali Pun Harta Anwar Tenang Dimalam Tebuk Atap Berlaku

Tiada Apa Yang Dirisaukan Walau Pangkat Sekali Pun Harta Anwar Tenang Dimalam Tebuk Atap Berlaku

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 199 hits
Mohd NorazlanMalam Langkah Sheraton oleh para pengkhianat pun DS Anwar tetap di majlis agama di rumahnya masih ingat video dan riaknya yang tetap tenang Najib BakarApa aktiviti PMX selepas keluar dari penjara Setiap minggu akan diadakan sol...
Is Linking Mykad To Fuel Subsidies Helping Malaysians

A New Look At How Android Xr Will Bring Gemini To Glasses And Headsets

Rafizi Kalau Saya Menang Saya Mungkin Mati Terkejut

Co Opbank Pertama Perkenal Produk Takaful Dalam Talian

Ibu Hamil Luah Rasa Sedih Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara Free Kaya Tapi Tak Nak Buat Ivf

Ibu Cekik Anak Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam

777 8 Jul 2568 Punpro777 24 Top 85 By Marsha Punpro777 World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Surat An Nisa Ayat 6 Arti Perkata Dan Tafsir

Din Cendol D Kebun Seksyen 7 Shah Alam Port Makan Chill Dalam Kebun

Singgah The Sheep Sanctuary

Bicara Muafakat Siri 15 Rakyat Resah Janji Kosong Muafakat 20 05 2025

Nasi Ambeng Porsi Besar