Iman Dah Ada Lesen Memandu


 Assalamualaikum wbt
MINGGU lepas, syukur Alhamdulillah, Iman lulus ujian memandu dan kini memegang Lesen Memandu Kelas D iaitu kategori motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) 3500 kg ke bawah. Dah agak lambat, kan.. umur 21 tahun baru ada lesen memandu, tengok budak jaman now, lepas SPM ramai yang terus ambil lesen. Sk masa ambil lesen dulu, umur 21 jugak tapi dah bekerja dan guna wang sendiri. Iman ni, kalau nak tunggu dah kerja, mungkin tiga empat tahun lagi barulah dapat lesen memandu. Mak sebenarnya dah tak sabar nak pas stereng, mak nak sandar sambil pejam mata jer lepas ni macam masa lepas kahwin dulu, dua tiga tahun tak memandu, asal masuk kereta kena air-cond terus zzz.. sedar-sedar dah sampai depan pejabat, hahahaha.
Punca Iman lewat ambil lesen memandu, pertama kerana kurang keyakinan. Lepas spm dulu, dia kata, takut, agaknya hari-hari tengok maknya cilok sini sana demi memastikan anak sampai sekolah sebelum loceng berbunyi. Kemudian, Iman bekerja sementara sebagai juruwang di Kedai Mesra Petronas, dia kata nak fokus kerja dulu. Lepas dapat panggilan Politeknik, alasannya nak fokus belajar. Sk plan tahun kedua di Politeknik, Iman akan ambil kelas memandu di Ipoh tapi kena balik Johor pulak kerana PKP. Masa PKP, lagilah semua sekolah memandu terpaksa ditutup. Kemudian, fokus pula pada kuliah dalam talian, internship dan kemudian Iman kata, lepas habis MUET baru ambil kelas memandu sebab dia nak fokus satu-satu.

Kami memilih Sekolah Memandu Desalita, Gelang Patah, yang terhampir dengan rumah. Sk menyangka macam zaman Sk dulu-dulu jugak, cikgu sekolah memandu akan menjemput ke rumah, rupanya kena pergi sendiri jugak. Itupun, berapa kali tercicir namanya tak dipanggil-panggil untuk hadiri kursus undang-undang sebab kelas asyik penuh, kena tunggu giliran. Tu takpa, hari kursus tu, nama Iman tak ada dalam senarai ya, sampai mengamuk-ngamuk cikgu yang incaj tu bila sedar nama anak buahnya dipotong dan digantikan dengan nama orang lain. Mujurlah dapat juga Iman masuk kursus tersebut dan tidak ditunda lagi. Baru Sk tahu juga, sekarang, kursus undang-undang dan ujian berkomputer dibuat di tempat berasingan dan ada hari yang ditetapkan. Iman ambil Lesen Automatik, boleh tengok jadual pembayaran dalam gambar di atas. Bayaran pertama sebanyak RM255 perlu dibuat di kaunter bayaran sekolah memandu. Boleh bayar tunai atau guna kad debit/kad kredit. Begitu juga dengan bayaran-bayaran yang lain


Disebabkan peserta perlu datang sendiri ke kelas memandu, terpaksalah Iman ikut Sk ke pejabat setiap kali ada kelas memandu. Kelas undang-undang tu tak ada masalah sebab ia dibuat pada hari Jumaat yang mana Sk bercuti pada hari tersebut. Ujian berkomputer pula dibuat pada hari isnin yang di-sub kepada institusi lain. Untuk ujian komputer ni, kita kena beritahu cikgu sekiranya dah bersedia nak ambil ujian. Di tempat ujian, perlu buat bayaran di pusat komputer sebanyak RM10. Wajib jawab betul sekurang-kurangnya 45 dari 50 soalan. Siang malam la Imannya mengusung buku undang-undang jalanraya, hahaha. 

Dah lulus, kena bayar RM35 untuk Lesen L dan bawa gambar ukuran pasport dengan latarbelakang warna putih. Seterusnya, buat bayaran sebanyak RM424 untuk belajar di litar. Seminggu cuma sekali sahaja belajar dan masa diperuntukkan cuma 1 1/2 jam bagi memberi laluan kepada pelajar-pelajar lain yang dikatakan terlalu ramai kesan dari PKP. Dalam litar, belajar cara berhenti atas bukit, cara meletak kenderaan dan bagi pelajar kereta automatik, wajib belajar meletak kereta atas 'ram'. Iman ambil kereta auto terus sebab sekarang pun dah tak ada sangat kereta manual, kan. Mak pak pun dah guna kereta auto, buat penat ajelah kalau nak belajar kereta manual. Bukan banyak sangat pun beza harga lesen manual dengan auto


Tiga kali belajar dalam litar, Iman belajar memandu di jalanraya. Sebelum masuk kelas jalanraya ni, buat bayaran lagi sebanyak RM455. Masa yang diperuntukkan untuk jalanraya juga sama cuma 1 1/2 jam, seminggu sekali sahaja. Masa ni, kelas memandu jadi dua minggu sekali sebab nak bagi laluan kepada pelajar lain dan beri laluan kepada Majlis Konvo Iman. Tiber cikgu kata, 7hb Iman akan masuk Ujian JPJ, buat ujian litar dulu, jika lulus, terus buat ujian jalanraya. Kena selesai cepat sebab Lesen L Iman akan tamat tempoh pada 20hb

Sebelum ujian JPJ, perlu buat bayaran sebanyak RM222.60. Tibalah hari yang mendebarkan, siapa yang tak berdebar, kan. Iman kata, jantung rasa macam nak terkeluar, hahaha. Normallah tu, kan. Lutut rasa nak tercabut, tu semua. Pagi tu, Iman menjalani ujian litar dulu dan tunggu keputusan. Syukur lulus, lepas tu, terus ambil ujian jalanraya pulak. Yang kelakar, bila baca borang tu, Iman tak nampak pulak lulus ke gagal ke? Jadi, dia tanya salah seorang cikgu di sekolah memandu tu. "Saya ni, lulus ke gagal?" Cikgu tu jawab, tak tahu pulak saya, tapi ni dia tulis L U LU S. Yabedabedoooo la, Iman

Dah disahkan lulus, kena buat bayaran RM65.00 untuk lesen pulak. Syukurlah sekali aje dah lulus, jika tidak, perlu bayar lagi untuk mengulang ujian JPJ. Ni belum lagi dapat kebenaran memandu dari mapk paknya sebab lesen sebenar dijangka dapat dalam tempoh dua minggu dari tarikh lulus. Bapaknya pulak dah cakap, boleh bawa kereta mak aje, hahahaha.. bapak lom percaya. Dulu maknya pun bertahun-tahun tak bawa kereta setiap kali balik kampung atau long distance, sekarang? Awal-awal dah cakap, suruh kita bawa sampai KL, hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/09/iman-dah-ada-lesen-memandu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hasil Siasatan Pemandu Wira Aeroback Langgar Lari Warga Indonesia Tiada Lesen Memandu Yang Sah

Hasil Siasatan Pemandu Wira Aeroback Langgar Lari Warga Indonesia Tiada Lesen Memandu Yang Sah

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 171 hits
Hasil siasatan mendapati pemandu Proton Wira Aeroback yang terbabit dalam kejadian langgar lari merupakan seorang warga Indonesia yang didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah Pemandu terbabit berumur 27 tahun telah menyerah diri di ...
Kereta Berpusing Dan Terseret Ikmal Amry Mengaku Salah Memandu Dalam Keadaan Kurang Rehat

Kereta Berpusing Dan Terseret Ikmal Amry Mengaku Salah Memandu Dalam Keadaan Kurang Rehat

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 369 hits
Malang tidak berbau Siapa pun pasti tidak mahu terlibat dalam kemalangan apatah lagi sekiranya memandu bersama isteri dan bayi Pelakon kacak Ikmal Amry memuat naik gambar keretanya yang terpusing apabila dia sekeluarga terlibat dalam kemala...
Russia Batal Lesen Akhbar Novaya Gazeta Penjara Bekas Wartawan

Russia Batal Lesen Akhbar Novaya Gazeta Penjara Bekas Wartawan

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 100 hits
Russia batal lesen akhbar Novaya Gazeta penjara bekas wartawan Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 Sep 2022 11 0
Didakwa Terima Wang Rm876 375 Tanpa Lesen Sah Peniaga Mengaku Tidak Bersalah

Didakwa Terima Wang Rm876 375 Tanpa Lesen Sah Peniaga Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 230 hits
Didakwa menerima wang deposit sebanyak RM876 375 tanpa lesen sah sejak April lalu seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sik Kedah hari ini Menurut Sinar Harian Iibu kepada dua anak itu membuat pengakuan di hadapan Hakim ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction