Imam Ghazali Hujjatul Islam


Semua mengenali Imam al-Ghazali sebagai seorang ulama bukan saja dalam bidang tasawuf tetapi juga dalam bidang fiqh dan falsafah. Berikutan jasanya yang besar kepada umat Islam, beliau diberi gelaran Mujaddid dan Hujjatul Islam. Antara karyanya yang paling ulung ialah kitab Ihya Ulumuddin yang terus menjadi rujukan umat Islam hari ini. Namun, siapa sebenarnya Imam al-Ghazali pada pandangan sejarah?
Imam al-Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad bin Muhammad al-Ghazali dilahirkan di Tabaran/Ghazalah, Tus, Iran pada tahun 1056 (pandangan sejarawan moden) atau 1058 (pandangan Ibnu Jauzi rahimahullah). Beliau diberi gelaran al-Ghazali kerana pertama, ia merujuk kepada tempat kelahirannya di Ghazalah atau merujuk kepada pekerjaan bapanya sebagai seorang penenun dan penjual kain tenun. Imam al-Ghazali turut dikenali dengan nama Abu Hamid kerana pernah mempunyai seorang anak lelaki bernama Hamid yang meninggal dunia semasa kecil.
Beliau datang dari sebuah keluarga yang miskin dari segi material tetapi kaya dari segi kasih sayang. Bapanya yang merupakan seorang ulama sufi yang warak berharap putera-puteranya iaitu Muhammad dan Ahmad menjadi seorang ulama yang arif dan soleh. Dan melihat kepada senarai guru yang didampingi Imam al-Ghazali, nyatalah tahap ilmu beliau bukan calang-calang. Beliau pernah berdamping dengan Dhiauddin Abdul Malik al-Juwaini semasa berada di Naysabur sehinggalah gurunya meninggal dunia pada 20 Ogos 1085. Selepas pemergian gurunya, Imam al-Ghazali dijemput oleh Nizam al-Mulk, seorang wazir terkemuka dari kerajaan Saljuk ke Baghdad dan dilantik menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar Madrasah Nizamiyyah yang diasaskan oleh wazir berkenaan.
Pada satu ketika dalam kehidupannya, Imam al-Ghazali berhadapan dengan isu keyakinan sehingga memaksa beliau meletak jawatan dari Madrasah Nizamiyyah dan meninggalkan Baghdad atas alasan mahu mengerjakan haji. Menurut penulis Duncan B. Macdonald, beliau berbuat demikian kerana mahu mendapatkan pengalaman rohani dan menginginkan pemahaman lebih mendalam terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Semasa pengembaraan ini, beliau pernah singgah di Baitulmaqdis, Damsyik, Makkah dan Madinah pada tahun 1096. Sekembalinya Imam al-Ghazali dari pengembaraannya, beliau kembali ke kampung halamannya di Tus untuk beruzlah selama beberapa tahun. Walaupun beliau menolak sebarang jemputan sebagai pengajar atau pensyarah, itu tidak menghalangnya memberi syarahan, menerima kehadiran orang ramai sebagai tamu dan mengajar di institusi-institusi tertentu.
Selepas Nizam al-Mulk meninggal dunia akibat dibunuh kumpulan Hashashin pada tahun 1092, peranan wazir digalas oleh Fakhr al-Mulk dan perkara pertama yang diingininya ialah kembalinya al-Ghazali ke Nizamiyyah di Naysabur. Bimbang akan gangguan dan kontroversi yang tercetus sekiranya beliau menolak,  al-Ghazali kembali ke Naysabur pada tahun 1106 dan menolak tawaran Dinasti Saljuk untuk kembali ke Baghdad atas jemputan wazir Sultan Muhammad I dari dinasti berkenaan pada tahun 1110. Beliau meninggal dunia pada 1111 di Tus.S
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah  mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana  Allah s.w.t. Dan jasanya terhadap umat Islam terlalu banyak di mana ia diterjemahkan dalam pelbagai bentuk karya. Tahafut al-Falasifah ialah sebuah kitab yang dihasilkan pada abad ke-10 Masihi sebagai satu bentuk kritikan terhadap pendukung falsafah Aristotle yang wujud dalam kalangan pemikir dan cendekiawan Islam ketika itu termasuk Ibnu Sina.
Tetapi itu tidak boleh mengatasi karya ulungnya, Ihya Ulumuddin. Ia meliputi semua bidang yang menjadi teras agama iaitu teologi, fiqh dan sufisme. Kitab yang dihasilkan Imam al-Ghazali ini merupakan antara kitab yang paling banyak dipetik teksnya selepas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Ia dianggap karya ulung kerana berupaya menyatukan elemen sufisme dan mazhab Ahli Sunnah Waljamaah dalam bentuk satu panduan yang bersifat menyeluruh dan berguna dalam setiap aspek kehidupan seorang Muslim. Ia juga menjadi rujukan ramai cendekiawan termasuk Imam Nawawi rahimahullah yang berpandangan, “Sekiranya semua kitab berkenaan Islam itu hilang kecuali kitab Ihya, maka itu sudah cukup untuk menggantikan semuanya.”
Menerusi karya-karyanya termasuk Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali berjaya membetulkan kesilapan ahli-ahli falsafah dan ahli kalam. Beliau menjelaskan kepada orang Islam bahawa kepercayaan terhadap agama mereka bukanlah bergantung kepada  hipotesis-hipotesis yang tidak rasional tetapi mesti bersandarkan  kepada dasar-dasar yang teguh dan nyata. Beliau juga memberikan tafsiran yang bersifat rasional tentang kepercayaan asas Islam sehingga kesahihannya atas dasar rasionalisme tidak dapat dipersoalkan lagi sepanjang zaman. Selain itu, beliau menerangkan hikmah setiap suruhan syariat dan memberikan konsep yang jelas mengenai Islam sekaligus dapat menghilangkan segala keraguan mereka.
Imam al-Ghazali juga turut meneliti kepercayaan semua kumpulan agama pada zaman itu dan perbezaan antara mereka. Beliau menjelaskan had-had antara Islam dan kufur dan had-had kebebasan pentafsiran. Usaha sebegini bukan saja mengurangkan pertelingkahan antara kumpulan mazhab atau fahaman yang bertentangan, malah ia turut membantu meluaskan pandangan alam rakyat pada sesebuah fahaman dan kumpulan. Beliau juga menolak perbuatan taklid membabi-buta, menentang gejala kejumudan dan menarik masyarakat kembali kepada Kitabullah da sunnah Rasul-Nya. Imam al-Ghazali juga dilihat berjaya menghidupkan semula semangat ijtihad dan mengkritik kumpulan-kumpulan yang membawa unsur yang bertentangan prinsip akidah tauhid.
Beliau mengkritik sistem pendidikan yang sedang merosot ketika itu dan mencadangkan sebuah sistem yang baru sebagai ganti.  Kurikulum yang wujud ketika itu mempunyai beberapa kelemahan seperti memisahkan elemen agama dari ilmu bersifat duniawi dan memasukkan perkara-perkara yang dianggap bertentangan dengan syariat menjadi sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Cadangan sistem sebegini pada awalnya ditentang oleh ulama kontemporari ketika itu tetapi akhirnya menjadi antara legasi terhebat Imam al-Ghazali dalam dunia pendidikan umat Islam hari ini.
Beliau telah membuat penilaian kritikal terhadap keadaan moral danagama masyarakat Islam waktu itu dan mencadangkan langkah-langkah untukmembuat pembaharuan. Ini telah membangkitkan semangat keislaman semula dalam masyarakat. Karyanya seperti Ihya Ulumuddin mengkritik keadaan moral masyarakat ketika itu dan menjelaskan setiap hal itu berkait dengan sebab-sebab sosial, seterusnya memberi kriteria moral Islam yang sebenarnya. Beliau juga tidak teragak-agak mengkritik secara bebas kerajaan yang wujud ketika itu dan mempengaruhi masyarakat agar tidak tunduk kepada penindasan tetapi berani untuk  menahan dan mengkritik penindasan. Usaha–usaha pengislahan ini tidak  terhad  kepada pembaharuan moral masyarakat Islam semata-mata. Sebaliknya, kebanyakan falsafah dan idea yang dibawa beliau ini menjadi teras sebuah dinasti Islam di Andalusia iaitu kerajaan al-Muwahidun.
Rujukan:
Haji Yussof, Abdul Salam. (2005). Pujian dan kritikan terhadap Imam al-Ghazali. Universiti Kebangsaan Malaysia. http://bit.ly/2DzJiTe

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/imam-ghazali-hujjatul-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imam Besar Masjid Istiqlal 80 Persen Website Islam Dikuasai Kelompok Radikal

Imam Besar Masjid Istiqlal 80 Persen Website Islam Dikuasai Kelompok Radikal

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 239 hits
Imam Besar Istiqlal Nasaruddin Umar mengatakan pihaknya melakukan penelitian terkait penyebaran radikalisme di internet Ditemukan bahwa sebanyak 80 persen website Islam menyebarkan paham tersebut
Teori Ekonomi Imam Al Ghazali

Teori Ekonomi Imam Al Ghazali

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 525 hits
Sebut saja nama Imam al Ghazali pasti ramai maklum akan kemahsyurannya sebagai seorang ahli teologi filsuf dan ahli tasawuf Dan antara karyanya yang terkemuka ialah Ihya Ulumuddin yang menjadi rujukan umat Islam dari dahulu hingga sekarang ...
Enam Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali

Enam Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 211 hits
Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah dan hukumnya berdosa besar Firman Allah bermaksud Hai orang yang beriman kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita periksalah dengan sak...
Didik Anak Mengenai Seks Menurut Imam Ghazali

Didik Anak Mengenai Seks Menurut Imam Ghazali

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 282 hits
PENDIDIKAN seks adalah penting untuk mengajar anak kita tentang diri mereka malah melindungi diri mereka sendiri dari gangguan seksual Malah seorang sarjana Islam terkenal Imam Al Ghazali juga telah menulis beberapa teks tentang seks dalam ...
Pesanan Imam Al Ghazali Pegangan Hidup Yang Penting

Pesanan Imam Al Ghazali Pegangan Hidup Yang Penting

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 493 hits
assalamualaikum salam pagi Khamis jom mulakan hari dgn penuh semangat saya nak kongsi copy dari entri lama saya bertarikh 10yearsChallenge Imam Ghazali APAKAH YANG PALING DEKAT DGN KITA DI DUNIA INI Murid 1 Orang tua Murid 2 Guru Murid 3 Te...
Bagi Pas Dan Umno Pru14 Tragedi Buat Melayu Islam

Bagi Pas Dan Umno Pru14 Tragedi Buat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 395 hits
PRK CAMERON Malam tadi menandakan kali pertama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan bergandingan dalam satu pentas ceramah Bertempat di kubu kuat PAS di Felda Sungai Koyan mereka menyifatkan PRU ke 14 yang ...
Tak Salah Undi Calon Bukan Islam Jika Dia Sokong K Jaan Yang Bawa Islam

Tak Salah Undi Calon Bukan Islam Jika Dia Sokong K Jaan Yang Bawa Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 344 hits
PRK CAMERON Nik Omar Nik Aziz menangkis dakwaan pembangkang bahawa keadaan Melayu dan Islam mudarat jika BN tewas dalam PRK ini
Islam Belum Tentu Menjamin Kebahagian Kata Aktivis Pakatan Harapan

Islam Belum Tentu Menjamin Kebahagian Kata Aktivis Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 347 hits
Ikmal juga berkata kita perlu diberi kebebasan agama Religious freedom would allow followers with splinters of doubt to find God on their own paths Ini bermakna kita bebas untuk mencari tuhan dengan cara kita tersendiri Mungkin kita ingin c...
Repent Anti Malay Anti Islam Slander Dap Youth Tells Pas

Repent Anti Malay Anti Islam Slander Dap Youth Tells Pas

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 289 hits
CAMERON POLLS DAP Youth has called on PAS leaders to repent for their alleged continuous slander that the Harapan component party is anti Malay anti Islam and anti monarchy DAP Youth chief Howard Lee said Harapan s stand on the position of ...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Di Mana Letaknya Negeri Syam Sekarang

Influencer Marketing For Businesses

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

Aepul Roza I L U Chord