Iltizam Tengku Zafrul Lindungi Rakyat Demi Negara



Kira-kira seminggu lagi Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan melakukan sesuatu yang tidak pernah diimpikan beliau iaitu membentangkan Belanjawan 2021.
Beliau dilantik untuk menjadi Menteri Kewangan sejak lapan bulan lepas dalam persekitaran yang paling mencabar.
Tengku Zafrul terpaksa menyediakan belanjawan dalam keadaan Malaysia dilanda wabak Covid-19 dan hasil kerajaan yang merosot.
Namun begitu, kata Tengku Zafrul, kerajaan Perikatan Nasional berjanji akan membawa rakyat Malaysia keluar daripada zaman kesusahan dengan satu belanjawan yang benar-benar mahu membantu rakyat.
Belanjawan yang akan dibentangkan beliau Jumaat nanti dijangka dapat membawa rakyat Malaysia menempuhi pandemik Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.
Ikuti temu bual eksklusif Tengku Zafrul bersama Sinar Ahad yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan Norshahzura Mat Zuki di Kementerian Kewangan, Putrajaya baru-baru ini.
SINAR AHAD: Apakah perasaan dan perancangan Tengku apabila terpaksa membentangkan bajet dalam keadaan pandemik Covid-19 dan cabaran ekonomi paling teruk yang negara kita alami sekarang?
TENGKU ZAFRUL: Dari segi global, laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan penerangan daripada IMF minggu lepas mengatakan ini adalah krisis terburuk di dunia sejak tahun 1929. Krisis kali ini bukan sahaja krisis ekonomi tetapi ia juga melibatkan krisis kesihatan dan Malaysia tidak terkecuali. Pada saya, fokus belanjawan kali ini adalah yang paling penting dalam sejarah Malaysia disebabkan krisis ekonomi dan kesihatan yang kita hadapi sekarang.
Belanjawan dan undi tak percaya, apa persediaan?

Tiga fokus utama Belanjawan 2021 ialah rakyat, perniagaan dan ekonomi. Bila kita buat empat pakej rangsangan ekonomi sebelum ini, kita ada Unit Laksana yang mempunyai data dan data itu dihubungkan kepada 53 agensi dan kementerian. Ini merupakan kali pertama kerajaan memberi tumpuan dan lebih fokus kepada pengunaan data.
Ini juga pertama kali kita turun padang untuk persediaan bajet ini. Kita pergi ke semua negeri di Malaysia dan kita menganalisis data yang diperoleh. Kita juga membuat kaji selidik yang melibatkan 11,000 responden untuk memahami apa isu mereka dan bagaimana mereka boleh ditolong.
Kita sedar golongan B40 juga mempunyai pelbagai cabaran yang berbeza di kawasan bandar dan luar bandar atau ada B40 yang mempunyai dua atau empat orang ahli keluarga. Perniagaan juga mempunyai isu yang berbeza. Apa yang penting ialah kami memahami mereka dan menyediakan penyelesaian sebaik mungkin.
Apakah gambaran Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini?
Sebenarnya ini adalah ‘belanjawan’ kelima untuk negara pada tahun ini disebabkan Covid-19. Kita telah buat Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin) yang memberi suntikan fiskal lebih RM55 bilion.
Ia adalah belanjawan normal. Kalau kita lihat belanjawan tahun lepas (Bajet 2020), peruntukan pembangunan hampir sama dengan jumlah ini. Jadi belanjawan yang bakal dibentangkan ini dikira yang kelima dalam tempoh lapan bulan. Kita buat peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan pengurusan.
Belanjawan yang akan dibentangkan Jumaat ini adalah untuk tahun 2021. Tetapi kalau kita lihat Bajet 2020, ada banyak perubahan berlaku selepas itu kerana semasa ia dibentangkan pada Oktober 2019, tidak ada Covid-19. Jadi Belanjawan 2021 ini adalah dinamik, kalau ada apa-apa keperluan kita akan tambah selagi mampu.
Harapan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi tetapi mereka juga perlu faham dengan realiti ekonomi. Apakah respons Tengku mengenai perkara ini?
Ramai rakyat terdesak dan mereka amat berharap kepada kerajaan tetapi hasil negara merosot pada tahun ini. Pada masa yang sama, kita kena berbelanja lebih. Saya jangka pada tahun hadapan keadaan ekonomi akan pulih tetapi ia tidak akan kembali kepada trajektori normal dan kita akan restart ekonomi pada peringkat paling asas.
Jadi dalam belanjawan kali ini kita tidak akan berkompromi dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat dan juga memastikan kelangsungan ekonomi negara. Sekarang pun sudah berlaku gelombang ketiga Covid-19 dan jumlah kes meningkat. Kita tidak boleh membebankan petugas barisan hadapan dan sistem penjagaan kesihatan negara.
Impak kepada ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac hingga Mei lalu adalah sebanyak RM2.4 bilion sehari. Kita tidak boleh buat PKP sekali lagi.
Setakat ini kita telah membantu 10.6 juta rakyat Malaysia dengan peruntukan RM18 bilion menerusi Bantuan Prihatin Nasional. Jadi duit yang masuk poket rakyat adalah sebanyak RM18 bilion untuk membantu mereka bertahan.
Bagi Program Subsidi Upah, kos kepada kerajaan berjumlah RM13 bilion setakat ini dan ia telah membantu 320,000 majikan dan 2.8 juta pekerja. Perkara seperti ini kita akan teruskan. Kita kena belanja untuk menghidupkan semula ekonomi.
Agong telah tolak, tak wajar Muhyiddin terus bangkit soal darurat

Jadi belanjawan kali ini ialah satu belanjawan pengembangan dan mestilah disasarkan kepada sektor-sektor yang dapat menggandakan ekonomi.
Ada peniaga memberitahu bahawa jumlah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang mereka bayar kepada kerajaan sudah merosot berbanding tahun lalu. Jadi berdasarkan kepada senario tersebut, apakah yang Tengku hendak beritahu kepada rakyat pada hari Jumaat ini?
Mesej yang paling utama ialah kerajaan kita tidak akan berkompromi dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat dan memastikan kelangsungan ekonomi. Ini kunci asasnya. Pada pendapat saya, kita perlu selamatkan rakyat dan mereka yang terlibat dalam perniagaan kerana kalau kita tidak selamatkan mereka, dalam jangka masa panjang, negara juga akan berhadapan dalam keadaan sukar.
Perniagaan dan sesetengah sektor industri amat penting. Kalau kita tidak selamatkannya sekarang, dan mahu membina semula industri kemudian, ia memerlukan lebih banyak wang dan mengambil masa yang panjang.
Mesej daripada kerajaan ialah kerajaan membantu selagi boleh dalam usaha membangunkan ekonomi. Ia adalah mesej utama. Kita akan tunjukkan bahawa kita sanggup untuk berbelanja dalam empat pakej yang telah diumumkan. Tetapi satu mesej lain ialah rakyat juga harus faham kita kena lebih bersasar kerana kita mahu menolong orang yang betul-betul memerlukan. Kita tidak boleh memberikan kepada semua kerana hasil kita (kerajaan) telah kurang.
Adakah perbelanjaan projek-projek pembangunan akan dikurangkan?
Tidak, sebab itulah Belanjawan 2021 kali ini ini adalah satu belanjawan pengembangan. Perbelanjaan pembangunan kita kena naikkan sebab impak perbelanjaan pembangunan ini banyak untuk jangka masa panjang.
Katakan untuk membina hospital atau apa-apa projek pembinaan, ia sangat bagus kerana ia memberikan peluang pekerjaan serta limpahan ekonomi yang besar. Kita perlu lebih berbelanja tetapi kena kurangkan pembaziran.
Sebagai contoh, kita lihat perbelanjaan pengurusan kerajaan kini berkurangan kerana kita tidak lagi belanjakan untuk acara-acara. Banyak penjimatan yang boleh dilakukan dan digunakan semula untuk membantu rakyat dan ekonomi.
Saman Yang Dipertuan Agong, Siapakah peguam ini?

Pada tahun lepas, kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan RM297 bilion untuk Belanjawan 2020. Pada tahun ini, adakah ada kejutan?
Saya belum boleh bercakap mengenai nombor lagi, kita kena tunggu pada hari Jumaat. Apa yang saya boleh beritahu sekarang ialah perbelanjaan akan lebih daripada Belanjawan 2020.
Segelintir rakyat berkata kami membelanjakan tidak cukup, ada juga yang kata kita banyak berbelanja. Tetapi bagi saya kita perlu masa. Kalau kita tengok tahun 2008 dan 2009, di negara-negara maju di Eropah, cara mereka keluar daripada krisis kewangan global adalah dengan berbelanja.
Negara yang tidak berbelanja akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Oleh itu, pada masa sukar kita perlu berbelanja dan membantu. Perkara yang perlu kita bersedia ialah kita perlu menjangkakan yang lebih teruk. Kalau ada gelombang Covid-19 lagi, kita perlu bersedia. Kita tidak boleh berbelanja semua duit. Kita akan lihat dan laksanakan apa yang terbaik dalam belanjawan kali ini.
Apakah yang berlaku dan kesan sekiranya Belanjawan 2021 ini tidak dapat diluluskan di Parlimen?
Insya-ALLAH, tidak berlakulah. Seperti mana semua tahu, kita sudah melibat urus dengan pelbagai pihak… mustahil. Saya yakin bajet ini berbentuk menolong rakyat, saya memang berharap semua ahli Parlimen tidak kira apa parti akan sokong bajet ini.
Bajet ini memang fokus kepada rakyat dan perniagaan untuk bantu memulihkan ekonomi. Saya memang berharap kalau bajet ini bagus menolong rakyat, saya harap ahli-ahli Parlimen daripada semua parti dapat bersatu menyokong bajet ini. Bajet ini untuk kita semua bukan sahaja untuk kerajaan.
Walaupun Tengku cuba untuk memenuhi aspirasi tuntutan rakyat yang ramai ini iaitu 31 juta orang, tetapi akhirnya Tengku perlu realistik dan fokus kepada 222 ahli Parlimen sahaja yang menentukan Belanjawan 2021 lulus atau tidak. Apakah yang Tengku hendak sampaikan kepada ahli-ahli Parlimen?
Kita berharap mereka akan menimbangkan secara rasional dan adil ketika membuat keputusan. Kalau belanjawan ini mereka rasa akan menolong rakyat dan ekonomi negara, saya harap mereka akan memberikan sokongan.
Seperti yang saya sebut tadi, kalau perlukan lebih peruntukkan atau idea baru atau kita menghadapi cabaran baharu pada tahun hadapan, kita akan selalu buat penambahbaikan. Inilah apa yang kita perlu buat pada masa sekarang kerana kerajaan dan negara perlu bersama-sama melawan Covid-19.
Bersukan adalah masa untuk Tengku Zafrul berfikir
Saya sangat aktif bersukan seperti bermain hoki, maraton, berbasikal dan renang. Terdapat beberapa sebab kenapa saya aktif bersukan. Pertama, bersukan mampu menghilangkan tekanan kerana semasa melakukan aktiviti sukan saya dapat berfikir dan tidak ada telefon pintar. Apabila berenang dan berlari, saya tidak boleh periksa telefon pintar dan semuanya, ia adalah ‘me time’ dan masa untuk saya berfikir.
Keduanya, faktor kesihatan. Ini kerana kerja yang saya lakukan memerlukan stamina yang tinggi untuk kekal cergas dalam tempoh yang lama dan mengatasi tekanan. Saya juga berpandangan bahawa kesihatan itu sangat penting kerana hanya dengan kekal sihat kita boleh bekerja dengan lebih baik.
Biadapnya Pertubuhan Pelajar Cina Pro Dap UM Terhadap YDPA

Ketiga, bagi mencabar diri saya. Orang selalu tanya saya, kalau nak jaga kesihatan pergilah bersenam, kenapa perlu pergi masuk maraton, Ironman dan sebagainya kerana untuk jaga kesihatan. Cukup hanya dengan bersenam, berlari atau pergi ke gimnasium. Macam dalam pertandingan Ironman, saya terpaksa berenang empat kilometer, berbasikal 180 kilometer dan berlari maraton penuh sejauh 42.2 kilometer yang mengambil masa selama 14 jam untuk dihabiskan dan ia dilakukan tanpa henti. Jadi ia satu cabaran untuk saya.
Dulu saya mula dengan berbasikal sahaja. Selepas itu baru saya berlari. Untuk berlari pun, saya mula dengan maraton separuh. Selepas itu baru saya buat maraton dan seterusnya triatlon. Jadi, saya akan sentiasa mencabar diri saya kerana saya percaya dalam hidup ini, kita perlu sentiasa mencabar diri sendiri dan sukan adalah cara saya mencabar diri.
Lebih suka kerja korporat berbanding politik
Kalau tanya soalan itu sekarang, saya akan pilih untuk balik bekerja di sektor korporat. Tapi sekarang saya perlu menghabiskan tanggungjawab saya sebagai Senator dan Menteri Kewangan. Buat masa ini, saya tidak berminat masuk politik dan saya pun bukan ahli mana-mana parti politik. Sekarang, fokus saya hanyalah untuk berkhidmat kepada negara yang banyak berjasa kepada saya. Ketika ditawarkan jawatan ini, saya rasa saya boleh membantu dari sudut ekonomi. Saya tidak mempunyai DNA politik dan ia penting. Satu lagi saya tidak berminat.
Tengku Zafrul (kanan) ketika ditemubual Baharom (dua dari kanan), Junhairi (dua dari kiri) dan Norshahzura (kiri) dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.
INFO PROFIL
TENGKU DATUK SERI ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
JAWATAN SEKARANG: MENTERI KEWANGAN DAN SENATOR
UMUR: 47 tahun
PENDIDIKAN: Ijazah Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan daripada Universiti Bristol, United Kingdom (UK), dan Ijazah Sarjana Sastera (MA) dalam bidang Kewangan dan Pengurusan daripada University of Exeter, UK.
ASAL: Kuala Lumpur
PENCAPAIAN: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad
Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings
Menubuhkan Tune Money Sdn Bhd
2 cara tingkat aliran tunai KWSP jika pengeluaran Akaun 1 dibenar, kata Najib

The post Iltizam Tengku Zafrul lindungi rakyat demi negara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/01/iltizam-tengku-zafrul-lindungi-rakyat-demi-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tmj Berdoa Allah Lindungi Negara Daripada Orang Gila Kuasa

Tmj Berdoa Allah Lindungi Negara Daripada Orang Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 269 hits
PETALING JAYA Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji peranan semak dan imbang raja dalam pentadbiran negara ketika raja raja Melayu membincangkan cadangan dikemukakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Situasi sekarang adalah ...
China Lulus Undang Undang Lindungi Teknologi Keselamatan Negara

China Lulus Undang Undang Lindungi Teknologi Keselamatan Negara

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 254 hits
China lulus undang undang lindungi teknologi keselamatan negara Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Oct 2020
Kerajaan Terus Bekerja Komited Lindungi Rakyat

Kerajaan Terus Bekerja Komited Lindungi Rakyat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 304 hits
Dilihat terus melaksanakan titah Agong dengan mengadakan mesyuarat malam tadiKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjunjung kasih kepercayaan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kep...
Ini Belanjawan Pilihan Raya Lindungi Rakyat Melebihi Segalanya Pm

Ini Belanjawan Pilihan Raya Lindungi Rakyat Melebihi Segalanya Pm

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 246 hits
Harits Asyraf HasnanNovember 4 2020 Tegas Muhyiddin Belanjawan 2021 yang disediakan Kerajaan telah meletakkan keutamaan untuk melindungi rakyat melebihi segala perkara lain Sumber foto Pejabat Perdana Menteri Apabila itu telah selesai maka ...
Ezam Nor Islah Menuntut Kita Berjuang Demi Negara

Ezam Nor Islah Menuntut Kita Berjuang Demi Negara

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 318 hits
ISLAH REFORMASI bukan sahaja tuntutan AL QURAN malah keperluan utama org Melayu Islam hari ini Jiran kita Indonesia maju deras skrg kerana REFORMASI Anwar pemimpin Melayu yang paling konsisten dalam soal ISLAH dan REFORMASI ini Beliau tidak...
Darurat 2020 Demi Politik Atau Rakyat

Darurat 2020 Demi Politik Atau Rakyat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 621 hits
Alamak Darurat ke Apa pun ikut kebijaksanaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Kalau Baginda rasa itu yang terbaik maka mungkin itulah yang akan berlaku Yang ramai orang risau ni sebab terbayang bayang zaman darurat masa komuni...
Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 280 hits
Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin berkata semua tahanan baru perlu mempunyai keputusan ujian saringan Covid 19 sebelum dimasukkan ke penjara sebagai mencegah penularan wabak itu KUALA LUMPUR Sejumlah 43 lebihan banduan iaitu 20 3...
Demi Negara Alangkah Baiknya Jika Umno Dan Dap Dapat Bekerjasama

Demi Negara Alangkah Baiknya Jika Umno Dan Dap Dapat Bekerjasama

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 219 hits
Walaupun UMNO dan DAP diketahui sudah bermusuhan sejak sekian lama permusuhan itu jika dihalusi hanyalah sia sia saja Ini kerana kedua dua parti tidak pun bertembung dalam pilihanraya di kawasan yang sama UMNO hanya bertanding di kawasan Me...
Demi Negara Semua Mp Bn Sokong Belanjawan 2021

Demi Negara Semua Mp Bn Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 465 hits
Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional petang ini sebulat suara bersetuju untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 November ini Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata persetujuan itu dinyatakan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023