Ilmu Tidak Diperolehi Dengan Kerehatan Tubuh Badan



Soalan:
Saya ada dengar ungkapan bahawa ilmu itu tidak dapat dicapai dengan tubuh badan yang banyak rehat. Apakah maksud ungkapan tersebut?

Jawapan:
Ungkapan tersebut adalah merupakan kata-kata seorang ulama’ tabi’in, Abu Nasr Yahya bin Abi Kathir al-Yamani yang menyebut:

لَا يُسْتَطَاعُ الْعِلْمُ بِرَاحَةِ الْجِسْمِ
“Seseorang itu tidak mampu menguasai ilmu dengan kerehatan tubuh badan.” (Lihat Sahih Muslim, 2/105)

Menariknya, Imam Muslim (penyusun Sahih Muslim) telah memasukkan kata-kata hikmah ini bersama-sama hadis Abi Mas’ud al-Badri, Sayyidatina Aisyah dan Abdullah bin al-Amr R.A berkaitan mawaqit al-solah (waktu-waktu solat) yang lima.

Persoalannya, mengapa Imam Muslim memasukkan kenyataan ini dalam Sahihnya?

Al-Qadhi ‘Iyyadh dalam kitabnya, Ikmal al-Mu’lim berkata, ramai yang bertanya berkenaan perkara ini sedangkan riwayat ini bukanlah hadis Nabi SAW. Beliau menceritakan bahawa sebahagian ulama menjawab, sesungguhnya Imam Muslim begitu kagum dengan jalur-jalur periwayatan hadis-hadis waktu solat sehingga beliau menyebut dalam kitabnya. Antara tujuan beliau memasukkannya ialah untuk menunjukkan prihatin tentang hal ini, betapa dalam menuntut ilmu tidak akan dapat diperolehi kecuali dengan masyaqqah dan penat, yang amat jelas dan nyata.

Lihatlah bagaimana Imam Muslim sendiri terpaksa bermusafir daripada Afghanistan ke Naisabur, kemudian ke Kufah, ke Baghdad, ke Raqqah, ke Basrah, ke Mesir dan melintasi negeri-negeri yang terperosok, yang membawa bersama wabak penyakit dalam musafir dan kelana. Inilah yang membawa Imam Muslim memasukkan mutiara hikmah ini dalam Sahihnya. (Lihat Ikmal al-Mu’lim bi Fawa’id Muslim, 2/577. Lihat juga Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 5/89)

Imam al-Suyuti turut menyebutnya dalam al-Dibaj ‘ala Muslim dan beliau berkata: Ibn ‘Adiy telah meriwayatkannya dalam al-Kamil dengan penambahan. Dan lafaznya, daripada Yahya bin Abi Kathir, dikatakan:

مِيرَاثُ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ مِيرَاثِ الذَّهَبِ ، وَالنَّفْسُ الصَّالِحَةُ خَيْرٌ مِنَ اللُّؤْلُؤِ ، وَلا يُسْتَطَاعُ الْعِلْمُ بِرَاحَةِ الجَسَدِ
“Warisan ilmu itu lebih baik daripada warisan emas, jiwa yang solehah lebih baik daripada permata lu’lu’, dan tidaklah mampu diperolehi ilmu dengan kerehatan tubuh badan.” (Lihat al-Dibaj ‘ala Muslim, 2/266; al-Kamil oleh Ibn ‘Adiy, 4/215 dan Hilyah al-Auliya’, 3/66)

Kami tutup perbincangan ini dengan mengambil nas Nabawi yang mengajar kita untuk berdoa dalam mendapatkan ilmu bermanfaat:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” [Riwayat Ibn Majah (925)]

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kegigihan, kesungguhan dan kesabaran dalam menekuni ilmu seterusnya berkhidmat menyebarkannya kepada segenap lapisan masyarakat. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/ilmu-tidak-diperolehi-dengan-kerehatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakit Badan Ini 13 Ilustrasi Bergambar Cara Urutan Tubuh Dengan Arah Yang Betul

Sakit Badan Ini 13 Ilustrasi Bergambar Cara Urutan Tubuh Dengan Arah Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 757 hits
Sakit sakit badan adalah satu perkara biasa lebih lebih lagi jika tubuh anda terlalu kuat bekerja dan kurang untuk berehat Namun menerusi entri ini kami ingin berkongsi 13 gambar yang memaparkan arah dan teknik urutan yang betul Selain dari...
Tubuh Badan Pakar Selesai Diskriminasi Eropah Terhadap Kelapa Sawit Kata Ahli Parlimen

Tubuh Badan Pakar Selesai Diskriminasi Eropah Terhadap Kelapa Sawit Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 508 hits
Tubuh badan pakar selesai diskriminasi Eropah terhadap kelapa sawit kata ahli Parlimen nbsp
Tubuh Badan Berkecai Digilis Beberapa Kenderaan

Tubuh Badan Berkecai Digilis Beberapa Kenderaan

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 715 hits
LELAKI maut selepas digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 441 9 Lebuhraya Utara Selatan di Rawang hari ini Dalam kejadian 6 30 pagi itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas seluruh anggota badan dan ...
Shilpa Shetty Dedah 4 Tips Genius Badan Kekal Langsing

Shilpa Shetty Dedah 4 Tips Genius Badan Kekal Langsing

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 526 hits
Shilpa Shetty adalah salah seorang aktres yang mengekalkan penampilan cantik jelita seiring dengan usianya mencecah 40 an Sejak debut dalam filem pertama Baazigar pada tahun 1993 aktres ini terus mendapat perhatian ramai Tona kulit yang saw...
Bertungku Lepas Bersalin Cepat Kecutkan Rahim Dan Kembalikan Bentuk Badan Ibu

Bertungku Lepas Bersalin Cepat Kecutkan Rahim Dan Kembalikan Bentuk Badan Ibu

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 794 hits
Amalan bertungku sudah diketahui umum kebaikannya kepada ibu selepas bersalin Jika dahulu ia hanya menjadi amalan berpantang masyarakat Melayu tetapi kini kaum lain turut mengamalkannya Mungkin dahulu amalan ini dilakukan oleh ibu atau nene...
Orang Tak Percaya I Dah Kembang Kecut Mengandung Beby Maembong Dedah Rahsia Berat Badan Ketika Hamil

Orang Tak Percaya I Dah Kembang Kecut Mengandung Beby Maembong Dedah Rahsia Berat Badan Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 531 hits
Kakak kepada pelakon popular Emma Maembong iaitu Beby Maembong sinonim dengan sosok tubuh yang ideal dan langsing Mana tidaknya ibu kepada empat orang anak itu tampil berkeyakinan tinggi dengan menggayakan fesyen rambut berwarna merah dan t...
Bahasa Badan Jadi Senjata Perang Saraf

Bahasa Badan Jadi Senjata Perang Saraf

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 320 hits
Salah satu cara komunikasi ialah gaya badan atau bahasa badan Gaya badan termasuklah mimik muka cara berjalan cara duduk cara berdiri kedudukan tangan dan sebagainya Jadi ketika berhubung dengan orang lain atau berada di khalayak ramai past...
Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy Dari Beauty Co

Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy Dari Beauty Co

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 620 hits
Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty Co Assalammualaikum semua Ruby sudah lama save draf satu penulisan tentang pengalaman berurut dan terapi di Beauty Co Beauty Co ni seperti one stop beauty centre tau Sebab ...
Bentuk Badan Berubah Drastik Selepas Bersalin Syakirin Husnal Bersyukur Dapat Jadi Ibu Kepada Vea Khadija

Bentuk Badan Berubah Drastik Selepas Bersalin Syakirin Husnal Bersyukur Dapat Jadi Ibu Kepada Vea Khadija

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 447 hits
Biasalah jika ibu ibu naik berat badan selepas melahirkan anak Itu perkara normal Kenyataan ini diakui sendiri oleh pengacara TV Syakirin Husnal Menurut ibu muda ini dia juga sedang berusaha untuk menyayangi tubuhnya selepas melahirkan si c...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun