Ilmu Dunia Tak Ada Nilai Di Akhirat




Nik Hasyudeen




Apabila saya menulis bahawa Bill Gates yang dikatakan gagal menamatkan pengajiannya di universiti Harvard tu sebenarnya pandai dan memilih untuk menjadi usahawan teknologi dari meneruskan pelajarannya, adalah orang komen apalah nilai ilmu keduniaan tu? 


Saya tak pelik dengan komen sebegini kerana biasanya orang yang tidak memiliki sesuatu akan cuba merendah-rendahkan orang yang memiliki perkara bekenaan. Ini juga adalah satu kesilapan yang besar di dalam memahami kenyataan Allah di dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang biasa kita dengari itu yang membawa maksud jin dan manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah.


Di dalam memahami maksud ibadah secara yang meluas ini, saya selesa dengan pandangan Ibnu Taimiyyah yang membawa definisi “Ibadah adalah suatu istilah yang mencakup segala sesuatu yang dicintai Allah dan diredhaiNya, baik berupa perkataan mahu pun perbuatan, yang tersembunyi mahu pun yang nampak”.


Oleh kerana kita ini hamba Allah 24/7/365, setiap keputusan dan tindakan kita selain dari ibadah khusus seperti solat, zakat, haji, berzikir, berselawat dan seumpamanya juga kena menjadi ibadah. Oleh yang demikian, penciptaan perisian komputer seperti yang dilakukan oleh Bill Gates, sekiranya dilakukan oleh seorang yang beriman akan masuk juga ke dalam definisi ibadah. Ini adalah kerana perisiannya membolehkan manusia melakukan pelbagai pekerjaan halal yang juga adalah tuntutan agama.


Bila dah kaya seperti Bill Gates, orang yang beriman demikian akan membayar zakat yang wajib, memberi sadaqah dan menubuhkan wakaf. Bill Gates tu ada yayasan yang membantu umat manusia di dalam pelbagai bidang. Yang perlu kita doakan ialah sampai iman kepada dia.


Apabila hamba Allah diberikan kedudukan, dia akan membuat keputusan dan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan jawatan berkenaan. Jika jawatannya ialah menjaga harta umat Islam, maka segala polisi pelaburan, kawalan dalaman, pengurusan risiko dan analisa pasaran akan diwujudkan. Itu semua adalah sebahagian dari ibadah yang menggunakan ilmu-ilmu “dunia”. Banyak mana perkara-perkara ini yang menggunakan teknologi bagi membolehkan keputusan dan tindakan yang tepat dibuat dengan cepat.


Saya mengambil panduan dari syarahan Ustaz Kariman Abdul Muen (playlist disertakan di ruangan komen” yang menerangkan bahawa di dalam Al Quran yang tercela ialah sifat “kehidupan di dunia” dan bukan dunia. Di antara asas kepada perkara ini ialah ayat 20 surah Al Hadid:


اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ


Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah PERMAINAN dan HIBURAN serta PERHIASAN, juga BERMEGAH-MEGAH di antara kamu serta BERLUMBA-LUMBA membanyakkan harta benda dan anak pinak.


Sifat-sifat di ataslah yang dicela, bukannya “dunia” seperti yang difahami oleh sebahagian dari ahli masyarakat. Segala harta, ilmu, kebujaksanaan, kemahiran dan seumpamanya boleh kita gunakan untuk mendapat cinta dan redha Allah. Lagi banyak kita ada lagi tinggi potensinya asalkan kita mampu mengawal diri dari “kehidupan di dunia” seperti yang disampaikan melalui ayat 20 yang saya rujuk di atas.


Persoalan kepada kita ialah mengapa kita menghadkan “agama” di dalam bidang-bidang yang sempit? Bila diberikan kedudukan dan jawatan, kita fokus untuk hebat di dalam bercakap dan berucap sahaja, bukannya menyelesaikan masalah dan melaksanakan amanah jawatan berkenaan? Semua orang kita salahkan kecuali kita? Bukankah jawapan kita kepada Allah SWT apabila dihisab ialah segala apa yang dilakukan di sini, pada hari ini?


Kita perlu memperbetulkan kefahaman kita ke atas “dunia” dan “kehidupan di dunia” agar kita tidak mudah menafikan kejayaan orang lain apabila kita gagal untuk mempamerkan apa-apa. Jangan pula kita nak turunkan Islam yang tinggi ke tahap kita yang kucar kacir dan berserabut ini. 


والله أعلم








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/ilmu-dunia-tak-ada-nilai-di-akhirat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
165 Juta Penduduk Dunia Di Bawah Garis Kemiskinan Kata Pbb

165 Juta Penduduk Dunia Di Bawah Garis Kemiskinan Kata Pbb

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 153 hits
165 juta penduduk dunia di bawah garis kemiskinan kata PBB Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Jul 2023 8 50
Hiburan Komplikasi Pelbagai Penyakit Mat London Meninggal Dunia Pagi Tadi

Hiburan Komplikasi Pelbagai Penyakit Mat London Meninggal Dunia Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 238 hits
Memetik Berita Harian Online pelakon dan pengarah Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur kira kira jam 5 57 pagi tadi Perkara tersebut turut disahkan oleh ...
Dunia Dalam Ketidaktentuan Lantang Suara Anak Muda Lakar Masa Depan Baharu

Dunia Dalam Ketidaktentuan Lantang Suara Anak Muda Lakar Masa Depan Baharu

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 215 hits
Dunia selepas pandemik Covid 19 semakin tidak menentu dan bersimpang siur Sesetengah ilmu pengetahuan yang dipelajari pada dekad lalu tidak lagi memberi jawaban kepada kejadian semasa dan anak muda tersepit di tengah tengah perubahan tantan...
Pelakon Pengarah Veteren Mat London Meninggal Dunia

Pelakon Pengarah Veteren Mat London Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 267 hits
Pelakon dan Pengarah Ahmad Ibrahim dilapor meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur kira kira jam 5 57 pagi ini Allahyarham Ahmad Ibrahim yang juga dikenali sebagai Mat London telah meninggal dunia ...
Kerana Tersalah Langkah Selebriti Ini Disenarai Hitam Dalam Dunia Hiburan Korea

Kerana Tersalah Langkah Selebriti Ini Disenarai Hitam Dalam Dunia Hiburan Korea

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 229 hits
Tiada selebriti yang mahu disenaraihitamkan kerana ini boleh menjejaskan gaya hidup dan kerjaya populariti mereka ARTIKEL BERKAITAN Di Korea beberapa selebriti terkenal telah disenaraihitamkan dalam industri hiburan disebabkan kes luar jang...
B Sathianathan Meninggal Dunia

B Sathianathan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 317 hits
SATHIANATHAN menghembuskan nafas terakhir di PPUM Bekas pengendali Harimau Malaya meninggal dunia Kuala Lumpur Arena bola sepak negara diselubungi duka apabila dikhabarkan bekas pengendali skuad Harimau Malaya B Sathianathan baru sahaja men...
Akuarium Terbesar Di Dunia Tiba Tiba Pecah 1500 Ekor Ikan Terlepas

Akuarium Terbesar Di Dunia Tiba Tiba Pecah 1500 Ekor Ikan Terlepas

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 166 hits
Akuarium terbesar di dunia tiba tiba pecah 1500 ekor ikan terlepas ebuah akurium berbentuk silinder yang terbesar di dunia dilaporkan telah pecah dan 1 500 ekor ikan yang berada di dalam akuarium tersebut turut terlepas Memetik laporan BBC ...
China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Sotong Rebus Hitam Kelantan

Realiti Bila Ada Anak Kecil

Love Please Don T Let Me Go Angelina Jordan

Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups