B Sathianathan Meninggal Dunia


SATHIANATHAN menghembuskan nafas terakhir di PPUM.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Bekas pengendali Harimau Malaya meninggal dunia Kuala Lumpur: Arena bola sepak negara diselubungi duka apabila dikhabarkan bekas pengendali skuad Harimau Malaya B Sathianathan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. B. SATHIANATHAN Perkara terbabit disahkan Pegawai Media Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Christopher Raj. Christopher Raj Aralanthu

"Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik," tulis Chris ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian Sathia di Twitter.

Chris ketika dihubungi mengesahkan pemergian bekas pemain bola sepak itu pada jam 1.25 tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mengikut rekod, pada musim lalu jurulatih berpengalaman itu terpaksa berehat seketika daripada bola sepak bagi menjalani rawatan kesihatan selepas dinasihatkan oleh pegawai perubatan.

Mendiang yang juga bekas pengendali Sarawak United sering menjadi rujukan kepada pengamal media membabitkan isu semasa yang melanda arena bola sepak tanah air.

Berdasarkan profil Sathianathan, beliau mula berjinak dalam dunia kejurulatihan pada 1992 apabila membimbing Negeri Sembilan dalam saingan Piala Emas.

Seterusnya mendiang menyertai FAM apabila menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik negara dari 1997-1999 dan 2002-2004.

Kemuncak kariernya sudah pasti ketika dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya 2007-2009 selain sebelum itu turut melatih skuad B-23 tahun negara dengan berjaya menghadiahkan kejuaraan antarabangsa apabila menjuarai Pestabola Merdeka pada 2007.

Dalam saingan Liga M, bekas pemain negara itu turut cemerlang membawa beberapa pasukan termasuk Kelantan dengan menjuarai Piala Malaysia pada 2010, Angkatan Tentera Malaysia (juara Liga Perdana 2012), Felda United (juara Liga Perdana 2018).

Selain itu, beliau turut dinobatkan jurulatih terbaik sebanyak tiga kali (2010, 2012, 2017) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan.

“ Kata-kata terakhir mendiang Sathia yang saya dengar di kaca TV adalah komen beliau mengenai pasukan yang baru naik dari Liga Perdana wajib punyai 2-3 pemain berpengalaman. Bukan untuk menang liga tapi sekadar untuk kekal dan kompetitif. “Itu Marlon dan Bruno Martelotto saya yang paksa pengurusan untuk ambil sebab mereka ada pengalaman dengan liga kita dan pemain muda boleh belajar dengan mereka” Walaupun ketika itu zaman kegemilangan Marlon dan Bruno sudah jauh berlalu. RIP B.Sathianathan. Harap lantangmu dikenang jasamu memahat di setiap jiwa bolasepak Malaysia..” ” Nurazhar Mohd Zin Bekas pengendali skuad kebangsaan, B Satiananthan. Satiananthan bintang sukar dicari ganti KUALA LUMPUR: Pemergian bekas pengendali skuad kebangsaan, B Satiananthan yang meninggal dunia, hari ini, disifatkan sebagai kehilangan satu bintang yang sukar dicari ganti buat arena bola sepak negara.

Mendiang yang berusia 65 tahun memberikan sumbangan besar terhadap sukan bola sepak negara selain turut menjadi pembela kepada nasib jurulatih di negara ini.

Satiananthan yang juga Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.25 tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Walaupun umum mengetahui beliau menghadap masalah kesihatan, namun berita pemergiannya itu mengejutkan banyak pihak dan menjadi perkhabaran sedih khususnya buat komuniti bola sepak Malaysia.

Bekas Naib Presiden PJBM, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim menyifatkan Satiananthan sebagai 'pengamal' sebenar sukan bola sepak di negara ini.

Berkongsi kisahnya berkhidmat bersama Satiananthan selama empat tahun dalam pengurusan PJBM, Zulakbal berkata mendiang adalah individu yang sangat tegas dalam memperjuangkan nasib jurulatih tempatan.

"Kita lihat banyak perubahan yang dibawa masuk Satiananthan dalam PJBM. Beliau lebih suka berbincang berbanding bertelagah jika ada apa-apa isu dan beliau memang individu yang tegas.

"Sebelum ini ramai jurulatih mengadu kepada PJBM mengenai isu direhatkan. Beliau sendiri bersama kami berjumpa dengan FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk menentukan bahawa perkataan direhatkan itu tiada dalam kontrak jurulatih.

"Itu antara perjuangan yang beliau bawa sepanjang empat tahun saya bersama dia sebagai Naib Presiden PJBM selain beliau turut meminta persatuan memperbanyakkan program untuk meningkatkan jurulatih tempatan.

"Sudah tentu satu kehilangan besar buat bola sepak negara. Beliau bukan sahaja pemimpin, tetapi pengamal bola sepak yang sebenar.

"Pemimpin biasanya sudah bersara (dari sukan), tetapi dia masih berkarya di atas padang. Satiananthan ini satu bintang yang sukar dicari ganti dan harus dijadikan contoh," katanya kepada BH Sukan.

Selain itu, Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjelaskan Satiananthan pernah menyimpan hasrat untuk menubuhkan persatuan jurulatih bola sepak seluruh Asia.

"Sudah beberapa kali beliau memaklumkan dalam mesyuarat yang beliau sudah berbincang dengan wakil dari negara lain untuk menubuhkan persatuan itu.

"Namun, ia tidak menjadi kenyataan semasa hayatnya. Saya harap orang yang menggantikan beliau nanti akan meneruskan apa yang beliau tinggalkan," katanya.

Dalam pada itu, banyak pihak termasuk FAM dan MFL turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Satiananthan.

Mendiang mengemudi skuad bawah 23 (B-23) tahun negara menjuarai Pestabola Merdeka 2007, seterusnya dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga awal tahun 2009.

Bekas pemain Negeri Sembilan itu turut pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan tempatan antaranya Kelantan, ATM, Felda United, Selangor dan Sarawak United.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2023/07/bsathianathan-meninggal-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Meninggal Dunia Kerana Strok Akibat Kerja Lebih Masa Keluarga Menang Tuntut Pampasan Rm2 7 Juta

Guru Meninggal Dunia Kerana Strok Akibat Kerja Lebih Masa Keluarga Menang Tuntut Pampasan Rm2 7 Juta

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 208 hits
Sedih tengok kisah cikgu ni dianiaya syukur keadilan berjaya ditegakkan MAHKAMAH di Toyama Jepun pada Rabu memerintahkan pihak berkuasa tempatan Toyama dan Namerikawa membayar pampasan berjumlah 83 juta yen kepada keluarga seorang guru seko...
Bapa Mentua Azhar Sulaiman Meninggal Dunia Leona Luah Rasa Sedih See You In My Dreams Tok Pok

Bapa Mentua Azhar Sulaiman Meninggal Dunia Leona Luah Rasa Sedih See You In My Dreams Tok Pok

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 248 hits
Pelakon Azhar Sulaiman memaklumkan bapa mentuanya Datuk Pahamin Rejab disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London United Kingdom Menerusi hantaran di Instagram Azhar berkata bapa mentuanya dalam perja...
Hiburan Komplikasi Pelbagai Penyakit Mat London Meninggal Dunia Pagi Tadi

Hiburan Komplikasi Pelbagai Penyakit Mat London Meninggal Dunia Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 234 hits
Memetik Berita Harian Online pelakon dan pengarah Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur kira kira jam 5 57 pagi tadi Perkara tersebut turut disahkan oleh ...
Penyanyi Korea Ditemui Meninggal Dunia Dalam Tandas Sebelum Persembahan

Penyanyi Korea Ditemui Meninggal Dunia Dalam Tandas Sebelum Persembahan

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 251 hits
Industri Korea dikejutkan dengan berita kematian penyanyi soprano Korea ARTIKEL BERKAITAN Media Korea polis sedang menyiasat kematian penyanyi Lee Sang eun selepas dia ditemui tidak bernyawa di dalam tanda sebelum persembahan Laporan mengat...
Meninggal Dunia Semasa Qiamulullail Arwah Rebah Tiba Tiba

Meninggal Dunia Semasa Qiamulullail Arwah Rebah Tiba Tiba

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 121 hits
Meninggal dunia semasa qiamulullail arwah rebah tiba tiba Seorang lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat tasbih ketika mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will Kampung Teluk Baru Demit di sini awal pagi tadi Dalam keja...
Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 354 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub yang dimasukan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak Jumaat lalu disahkan meninggal dunia pada jam 9 23 malam Ahad Perkara itu disahkan...
Jiran Saksi Budak 9 Tahun Meninggal Dunia Dicekik Abang Sulung

Jiran Saksi Budak 9 Tahun Meninggal Dunia Dicekik Abang Sulung

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 221 hits
SEORANG kanak kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik abang kandungnya berusia 14 tahun di Kampung Bukit Piatu di sini tengah hari tadi Menurut saksi yang juga jiran mangsa Qhurun Ain Johani 31 tragedi itu diseda...
Pelakon Pengarah Veteren Mat London Meninggal Dunia

Pelakon Pengarah Veteren Mat London Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 262 hits
Pelakon dan Pengarah Ahmad Ibrahim dilapor meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur kira kira jam 5 57 pagi ini Allahyarham Ahmad Ibrahim yang juga dikenali sebagai Mat London telah meninggal dunia ...
Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Atas Bumbung Dengan Kehendak Mencarinya Mengikut Arah Matahari

Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Atas Bumbung Dengan Kehendak Mencarinya Mengikut Arah Matahari

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 133 hits
JawapostRADARSEMARANG ID JEDDAH Cari dengan mengikut arah matahari Itu pesanan terakhir jemaah haji Indonesia dari Tangerang arwah nenek S binti S yang ditemui meninggal dunia di atas bumbung hotel haji Mesir Hotel Zahir Abdul Hamid Ghofur ...
Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa

Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

Mahkota Poll A Test For Dap To Ensure Chinese Voters Back Bn

Lirik Lagu Adiwira Firdaus Rahmat Faizal Tahir

Suami Bakar Isteri Suka Berhutang

Kain Rentang Provokatif Cemari Proses Prk Mahkota Ahmad Maslan

Cara Terbaik Perangi Jerawat Jangan Biar Jerawat Mengambil Alih Wajahmu


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Rasmi Bn Menang Tapi Pas Pn X Kalah Pmx Lihat Ini

Sambal Paru Dan Kentang

Ipang Sekali Lagi Chord

Syrian Sunnis Celebrate Hassan Nasrallah S Death

Landslide Victory For Bn With 4 Times Higher Majority

Gejala Kekurangan Vitamin D