Ilham Minum Petang Dari Che Ta


Minat yang mendalam dalam bidang masakan membuatkan Rozita Hasan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta Sintok oleh warga laman instagram, 41 tahun membuka akaun Instagram untuk berkongsi resipi-resipi yang telah dicuba dan yang sentiasa menjadi kegemarannya.
“Suami dan anak-anak sangat menyokong minat saya yang mendalam dalam bidang masakan ini. Kawan-kawan sekerja juga sentiasa memahami akan kecenderungan saya dalam perkongsian ini dan memberikan mereka peluang untuk mencuba resipi-resipi baru beserta tip yang saya kongsikan.”ceritanya.
Bertugas sebagai Pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coaches) di Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan dikurniakan tiga orang putera. Bagi mengisi masa santainya, selain memasak dia juga minat dalam aktiviti hiking serta aerobik.
Minat memasak telah wujud sejak dari kecil seawal sekolah rendah, bermula dengan membantu ibunya membuat kuih-muih tradisional untuk dijual dan kemudiannya dia menyambung pengajian dalam bidang Bakery and Confectionary di sekolah vokasional. Dengan asas yang ada, alhamdulillah minat itu semakin berkembang dan walaupun selepas itu dia bergelar guru Matematik, namun minat memasak tidak pernah terpadam dan sentiasa kekal subur dalam hati.
“Orang pertama yang mengajar saya tentang ilmu memasak tentulah ibu saya sendiri iaitu Hajah Che Normah dan menu pertama yang diajar adalah “gulai ikan temenung”. Dia sangat mementingkan kualiti sesuatu masakan yang dihasilkan,” akui Che Ta.
Akaun Instagram @cheta_78 dibuka pada 10 Mac 2018. Jika di laman Instagram semua menu masakannya akan dirujuk dengan menggunakan hashtag #menuchetasintok dan untuk mendapatkan resipi boleh diakses melalui hashtag #resepichetasintok. Rakan-rakan instagram selalu mengusik saya dengan panggilan “ratu chiffon” yang mana merujuk kepada kek-kek chiffon yang selalu dihasilnya.
Akaun instagram dipenuhi dengan gambar-gambar roti, kek, donut dan brownies, sesekali ada juga diselitkan dengan gambar lauk pauk dan kuih muih tradisional.
Rutin memasaknya bermula pada waktu petang selepas habis waktu bekerja dan biasanya bagi masakan yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan seperti roti, dia akan memasaknya di hujung minggu. Idea-idea makanan yang dihasilnya hasil daripada bacaan di internet, facebook, rakan-rakan IG yang juga berkongsi minat yang sama dan ada juga idea yang datang dari suami dan anak-anak yang suka mencari resipi dari internet dan memintanya untuk cuba membuat. Tak dilupakan juga banyak idea saya juga datang daripada resipi-resipi yang dikongsi di dalam majalah terutamanya Majalah Rasa.
Hidangan wajib yang selalu diminta oleh ahli keluarga adalah brownies kedut, laksa dan juga Bihun Soto. Menu ini wajib dibuat sekiranya ada ahli keluarga atau saudara mara datang bertandang. Mereka akan memberitahu lebih awal untuk menyediakan menu ini kerana bimbang jika saya tidak dapat menyiapkannya nanti.
“Pada pendapat saya air tangan ibu adalah yang terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ianya dihasilkan dengan penuh kasih sayang dan yang penting dijamin kualiti kebersihan dari setiap sudut penyediaannya. Justeru, saya selalu pastikan saya akan memasak sekiranya ada waktu terluang supaya anak-anak akan selalu merasa rindu akan air tangan ibu walau di mana mereka berada suatu masa nanti.
Bagi saya air tangan ibu amat penting kerana setiap masakan yang dihasilkan selalunya adalah secara bersama-sama dengan anak-anak. Walaupun anak-anak saya semuanya lelaki, namun mereka tidak kekok membantu saya dari segi persediaan bahan, memasak seterusnya sehingga ke bahagian fotografi juga. Ini adalah kerana saya sentiasa mengingatkan mereka bahawa ilmu memasak bukan hanya perlu dikuasai oleh wanita, malah lelaki juga perlu mempunyai ilmu yang sama bagi membantu meringankan beban di dapur.
Bagi merakamkan setiap resipi yang dihasilnya, dia menggunakan telefon pintar lalu dikongsi di laman Instagram. Setiap gambar yang diambil, dia akan meminta pendapat suami atau anak-anak untuk membuat pilihan gambar yang cantik sebelum dikongsikan di laman Instagram. Mereka adalah orang terpenting dalam memberi kritikan membina kepadanya dalam usaha untuk berkongsi yang terbaik dengan rakan-rakan di instgram.

Roti Arab
Bahan-bahan:
440gm tepung roti60gm tepung wholemeal10gm yis50gm gula kastor5gm bread improver50gm butter/margerin290-300 ml air ais + 2 sudu makan susu pekat.5gm garamCara memasak:
Satukan bahan dan uli hingga doh licin dan elastik.Perap doh selama sejam atau hingga naik dua kali ganda.Tumbuk-tumbukkan doh dan timbangkan adunan 110gram setiap satu. Boleh guna ring roti arab untuk dapatkan bentuk bulat.Dah siap bentuk, biarkan naik dua kali ganda atau perapkan selama 30 minit.15 minit sebelum tempoh perapan tamat, panaskan oven suhu 180 C.Dah siap perap, boleh dibakar selama 20 minit atau hingga keperangan.Roti arab boleh dimakan dengan kari, sambal sardin atau sambal ikan bilis.
Bomboloni
Bahan A
500gm Japanese high protein flour80gm gula kastor25gm susu tepung1/2 sudu besar baking powder8gm yis30gm potato flakes / kentang lenyekBahan B
1 biji telur190gm air sejuk80gm susu segar | sejuk(Campurkan bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit – tambah air dengan sudu jika doh masih keras)
Bahan C
50gm butter8gm garamCara memasak:
Uli bahan A dan B hingga bergaul rata. Masukkan bahan C dan uli hingga elastik dan doh nampak berminyak. Perap hingga naik dua kali ganda. Tumbuk doh dan masukkan dalam chiller semalaman.Keluarkan doh. Biarkan suhu bilik 20 minit. Timbang 30gm dan bentukkan bulat dan perap lagi. Goreng dengan api sederhana.Apa2 jenis donut perlukan teknik dan kesabaran selain dari anggaran cecair dan juga resipi yang betul.Terlebih proofing, doh jadi kempis. Kurang proofing donut tak naik gebu.Perhatikan dan kenalpasti perubahan doh, bila boleh digoreng. Saya tak dapat nak bagitau berapa minit masa proofing sebab suhu bilik tempat kita tak sama.Goreng sekali sahaja untuk dapatkan ring. Api sederhana.Gunakan bread flour untuk dapatkan donut yang lembut ,ringan dan tahan lama kelembutannya.KRIM COKLAT
Bahan – bahan :
40gm coklat masakan300gm susu segar40gm gula30gm tepung jagung12gm mentega18gm serbuk kokoCara memasak:
1 Campurkan susu segar, tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk dan kacau sehingga tepung jagung tidak berketul.
2 Masak atas api sederhana sambil dikacau sekejap .
3 Kemudian masukkan coklat yang dipotong bersama gula. .
4 Kacau sehingga pekat dan licin. .
5 Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati.
6 Sejukkan dan sedia digunakan. Tekstur krim coklat ini akan semakin pekat apabila sejuk.

DOUBLE CHOCOLATE MUFFINS
Bahan-bahan:
2 cawan (250gm) tepung serbaguna1 cawan (200gm) gula kastor / gula perang1/2 cawan (60gm) serbuk koko1 1/4 tsp baking soda1/2 tsp garam1/2 cawan (125ml) minyak jagung2 biji telur1/2 cawan (125ml) susu segar1/2 cawan (130gm) sour cream1 tsp vanilla essence1 cawan (175gm) semi-sweet chocolate chunks or chips, plus more for toppingCara memasak:
Panaskan oven pada 200C dan lapikkan 12-cup muffin pan dengan cawan mufin kertas.Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Ketepikan.Dalam mangkuk sederhana, masukkan minyak, gula, telur, susu, sour cream dan vanilla esen. Kacau menggunakan hand wisk.Masukkan adunan cecair ke dalam adunan kering dan kacau hingga sebati. Kacau dengan perlahan dan masukkan chocolate chips.Sendukkan adunan ke dalam cawan mufin. Bakar selama 15-18 minit atau hingga masak.Jgn overbeat kacau adunan supaya mufin lebih ringan tekstur
Jgn terlebih bakar supaya mufin tak kering
Guna telur yang segar untuk dapatkan hasil yang baik.
Kenali suhu oven anda supaya dapat suhu tepat dan masa yang tepat untuk mufin


Walnut Fudgy Brownies
Bahan A
150 gm dark chocolate compound / coins
60gm mentega
30gm minyak
cairkan secara double boiler
Bahan B
75gm tepung gandum
25gm susu tepung
35gm serbuk koko
campurkan lalu diayak
Bahan C
2 biji telur
150gm gula halus
1 tsp esen vanila
Bahan D
Walnut (secukupnya)
Cara memasak:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah.Gliskan loyang 7” dan lapikkan baking paper.Pukul guna whisk Bahan C sampai gula larut.Masukkan bahan A gaul rata.Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.Masukkan dalam loyang, ratakan serta susun walnut di atas adunan.Kemudian bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (masa bergantung pada oven masing2)
Double Cheese Chiffon Cake
Bahan A:
6 kuning telur
140gm tepung superfine | ayak
100gm cream cheese
30gm serbuk keju parmesan
1/2 sudu teh garam
125ml susu cair
80gm mentega | cairkan
Bahan B:
6 biji putih telur
130gm gula pasir
1 sudu makan jus lemon
Cara memasak:
Panaskan oven suhu 180°c, sediakan loyang chiffon 22cm .Double boil susu, garam dan cream cheese sampai cair, tapis supaya tidak berketul.Tunggu sampai wap panas hilang, masukkan telur satu persatu sambil dikacau dengan whisk.Tambahkan mentega cair, kacau rata dan yang terakhir masukkan tepung, kacau rata. Jangan over mix, ketepikan.Putar putih telur, air lemon dan gula pasir sampai mengembang, glossy dan mulai kental.Campur adunan putih telur ke campuran kuning telur dan kaup balik sampai rata. Jangan over mix.Tuang adunan ke dalam loyang chiffon.Bakar sehingga masak dalam 45 minit. Apabila telah masak, Segera keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang, sejukkan.
Mi Kuah Tulang
Bahan-bahan:
1 biji bawang Holland
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
½ inci halia
2 biji tomato
Potong semua bahan di atas dan tumis sehingga naik bau. Kisar semua bahan tersebut. Asingkan.
Cili kering kisar
1 biji kentang russet
2 biji keledek merah
daging / tulang
asam keping
1 tin tomato soup
susu pekat
garam
gula
Cara memasak:
Di dalam periuk, didihkan air, masukkan daging / tulang, rebus sekali dengan kentang dan keledek. Apabila kentang dan keledek dah empuk, angkat dan kisarkan.Masukkan bahan kisar, 3 senduk cili kisar, 1 tin tomato soup, 2 keping asam, kentang dan keledek yang dikisar, garam, 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili.Apabila mendidih, masukkan gula secukup rasa.Biarkan hingga mendidih.Boleh dihidang dengan mi dan bahan-bahan sampingan yang sesuai.Foto: Koleksi peribadi Puan Rozita Hasan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/ilham-minum-petang-dari-che-ta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Variasi Cucur Sedap Untuk Sarapan Pagi Minum Petang

3 Variasi Cucur Sedap Untuk Sarapan Pagi Minum Petang

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 320 hits
Cucur kudapan ringan sesuai untuk sarapan pagi atau teman kopi minum petang Tak kira apa isian dalam cucur korang terpulang pada cita rasa masing masing Lagi meriah sayur lagi bagus dan sihat Kepada korang yang suka cucur ini RASA kongsikan...
Kuih Sedap Minum Petang Di Warung Di Apit Nangka

Kuih Sedap Minum Petang Di Warung Di Apit Nangka

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 387 hits
Jom makan sedap di Kampung Bukit Kapar Klang Untuk makluman di area Bukit Kapar terdapat banyak lokasi untuk minum petang Pelbagai hidangan dan menu disediakan mengikut selera Antara lokasi yang menarik ialah Warung Di Apit Nangka yang terl...
Paf Tuna Bikin Minum Petang Tambah Umppph

Paf Tuna Bikin Minum Petang Tambah Umppph

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 702 hits
Juadah minum petang yang best salah satunya adalah paf pastri berinti tuna Boleh dibuat pedas atau tak pedas Kalau pedas letaklah cili api banyak sikit Kalau buat untuk kanak kanak tak payah letak cili api Jangan lupa sediakan kopi o panas ...
Santai Minum Petang Di Tim S Teapot Terrace

Santai Minum Petang Di Tim S Teapot Terrace

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 964 hits
Buat peminat dessert boleh la ke Tim s Teapot Terrace yang terletak di Taman Melawati Memang nak bagi tau nak cari tempat letak kereta memang susah sebab cafe ni terletak diantara rumah kedai di Taman Melawati yang cukup terkenal Ternampak ...
Ketika Guru Di Sekolah Sudah Tak Ada Harganya Siswa Terekam Video Minum Miras Saat Jam Pelajaran

Ketika Guru Di Sekolah Sudah Tak Ada Harganya Siswa Terekam Video Minum Miras Saat Jam Pelajaran

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 295 hits
Makin banyak siswa bersikap kurang ajar pada gurunya sendiri seolah tenaga pendidik sudah tidak ada harganya di mata mereka
Formula Kurus Tanpa Berlapar Yang Berkesan Dengan Hanya Minum C Trimax

Formula Kurus Tanpa Berlapar Yang Berkesan Dengan Hanya Minum C Trimax

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 381 hits
Assalamualaikum Hi korang semua Lyssa tak nak bebel panjang sangat Nak terus straight to the point je nih hahaha Lyssa tak pasti korang ada perasan ke tak yang Lyssa ada post gambar Lyssa dengan satu produk ni di dan Lyssa baru baru ni Yeah...
Isteri Tmj Throwback Gambar Masa Remaja Ramai Seronok Duk Mengata Sesuatu Pasal Che Puan Khaleeda

Isteri Tmj Throwback Gambar Masa Remaja Ramai Seronok Duk Mengata Sesuatu Pasal Che Puan Khaleeda

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 764 hits
Yang Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Datin Paduka Khaleeda Binti Bustamam merupakan isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Isteri TMJ Throwback Gambar Masa Remaja Ramai Serono...
Amalkan Kurma Dan Minum Teh Daun Raspberry Di Hujung Kehamilan Cara Shila Amzah Lancarkan Proses Bersalin

Amalkan Kurma Dan Minum Teh Daun Raspberry Di Hujung Kehamilan Cara Shila Amzah Lancarkan Proses Bersalin

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 555 hits
Mempersiapkan diri untuk menyambut kelahiran anak pertama sememangnya mendebarkan Semua persiapan sebolehnya mahu dilengkapkan demi menanti si comel tersayang Rasa teruja setiap hari namun berdebar dalam menanti si comel Tidak terlepas dari...
Kerap Minum Bubble Tea 3 Kali Sehari Akibatnya Bubble Tersangkut Dalam Usus

Kerap Minum Bubble Tea 3 Kali Sehari Akibatnya Bubble Tersangkut Dalam Usus

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 501 hits
The ReporterMinuman bubble tea semakin popular dan ada yang menjadikan ia sebagai minuman wajib setiap hari Tetapi ada baiknya jangan kerana seorang lelaki berusia 20 tahun di Vietnam mengalami masalah sakit perut luar biasa Lelaki itu terp...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je