Ilham Decor Raya Selepas Balik Dari Kampung


ILHAM DECOR RAYA, SELEPAS BALIK DARI KAMPUNG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya tahun ini sederhana saja untuk saya sekeluarga. Tapi dalam kesederhanaan itu, ada ketenangan dan rasa cukup yang susah untuk digambarkan

Raya kedua saya sudah pun pulang dari kampung ke rumah sendiri di Seremban. Balik dengan satu misi utama iaitu kemas rumah sementara cuti raya masih berbaki. Sebelum raya memang tak sempat langsung nak kemas sebab sehari sebelum raya masih lagi menyelesaikan urusan kerja. Jadi bila masih lagi ada cuti raya, barulah semangat kemas rumah dengan memikirkan idea dekorasi bagaimana pula kali ini

Lets enjoy our precious time before our office call us back tomorrow.. First day di rumah sebelah pagi saya jenguk indoor plants dalam bilik membaca.. Lap pasu, buang dan cantas daun kering, susun atur, kemudian siram.. Beginilah hasilnya.

Indoor plants
Kemudian saya ke SSF Home di Cyberjaya. We went to see kitchenware.. Beli serving bowl, table runner dan beberapa kelengkapan rumah. Semalam repeat semula ke SSF Home di Oakland untuk mencari kelengkapan ruang tamu pula. It’s true when people said as you get older your priorities change. 
SSF Home di Oakland, Seremban
Balik dari SSF Home singgah di nursery yang terletak di perkarangan tempat letak kereta Lotus Seremban. Pantang nampak pokok-pokok terus teruja, terapi sungguh! Mata tertumpu pada pokok China Doll (radermachera sinica).. Tercetus idea untuk letak dalam rumah di ruang tamu. Paling penting pokok ni tak merbahaya kepada kucing saya

China Doll plant
Kalau hati dah berkenan, jangan fikir panjang.. terus minta  nursery helper transfer ke dalam pasu yang sesuai untuk hiasan dalam rumah. Seumur hidup tak pernah dibuat mengangkut sepasu pokok masuk dalam kereta, hahaha pengalaman pertama buat kerja begini

Selesai bab membeli-belah, sekarang persoalan yang bermain di fikiran, macam mana nak decor ruang tamu rumah sekali dengan meja makan? Konsep pilihan saya modern farmhouse.. Memang minat saya suka ubah-ubah susun atur perabot, at least 3 bulan sekali. I love make over area or room in the house. 
Antara sumber inspirasi:
Home decor
atau susun dengan hiasan dinding begini.

Wall shelves
untuk console table pula saya suka begini.

Console table decor idea
hiasan dinding saya suka floating shelf begini.

Floating shelves
atau begini.. Kelebihan floating shelves for me boleh tukar barang-barang hiasan yang kita suka, takde la bosan dengan barang hiasan yang sama

Floating shelves arrangement
Untuk sudut makan pula.. Adakah sesuai sudut meja makan saya ganti dengan decor begini

Reading corner
atau kekalkan meja makan di sudut dengan decor begini?.

Dining area decor idea
and at the same time, saya ada Brusali high cabinet dari Ikea so perlukah saya guna dan decor begini?.

Decoration idea
Finally, inilah hasilnya setelah begitu dan begini.. Hasil susun atur ruang makan sempena raya tahun ini. Takde laa amazing sangat, tapi cukup bagi nafas baru untuk ruang makan. Floating shelves masih kosong, sikit-sikit saya tambah accessories nanti

My dining area
Untuk ruang tamu, saya sekadar alih sofa sikit, ganti cushion covers ikut tema raya match dengan karpet baru, letak throw untuk si Furla dan Coco tidur, pasang lampu meja di sudut yang dahulunya malap. Simple, tapi puas hati bila tengok hasilnya. Ia seolah-olah memberi ‘mood baru’ untuk rumah dan kepuasan kepada diri sendiri

Ikea Kallax ganti console table
Hari ini saya nikmati hari terakhir cuti raya 2025 dengan tenang. Seawal pagi, duduk di meja makan hirup kopi sambil menikmati hasil decor semalam. Itulah bahagia ada di mana-mana.. Walau pun kecil setakat tolak perabot ke hujung sana, ubah cabinet buku tapi hati gembira. Now I’m thinking untuk pasang wainscoting di living room area yang sekangkang kera untuk mengembalikan nostalgia lama bila teringat rumah tempat saya dibesarkan dengan decor wainscoting classic style, it’s vintage sebenarnya cuma baru sekarang menjadi trend.
Esok kembali ke pejabat dengan rutin harian. I’m ready.. Cuti seminggu ni cukup untuk recharge tenaga dan reset minda. Sedang sibuk mengemas, paling syok si Furla, sepanjang mengemas dia tidur di sofa.. Cuaca pula sejuk lepas hujan tentulah asyik.. She is so cute and adorable - siapalah tak sayang. 
Furla kesayangan hamba
Kadang-kadang sambutan yang paling bermakna tak semestinya paling meriah, tapi yang paling memberi ruang untuk kita rasa tenang dan gembira. 
Selamat kembali bekerja kepada semua yang akan mula masuk kerja esok. Semoga semangat raya bawa positive vibes dalam hari-hari mendatang. Selagi masih ada sambutan raya, hujung minggu kita masih boleh enjoy sambung berkunjung ziarah, merapatkan silaturrahim sambil menikmati kuih-muih dan pelbagai juadah yang dihidangkan

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone! Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin.


Regards,



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ladyinredplanner.blogspot.com/2025/04/ilham-decor-raya-selepas-balik-dari-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Paling Sesuai Balik Kampung Sebelum Raya

Waktu Paling Sesuai Balik Kampung Sebelum Raya

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 196 hits
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025 Kemeriahan semakin terasa dan kesesakan jalanraya pula akan bermula Perasaan seronok untuk balik kampung sentiasa membara kan tapi kita perl...
The Great Raya Dilemma Navigating The Balik Kampung Question Whose Family First

The Great Raya Dilemma Navigating The Balik Kampung Question Whose Family First

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 170 hits
The excitement of returning to one s hometown for Raya comes with one tricky question Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR March 31 The excitement of returning to one s hometown for Raya starts weeks before the journey as plans are made an...
8 Tips Penting Rancang Perjalanan Balik Kampung Untuk Cuti Raya

8 Tips Penting Rancang Perjalanan Balik Kampung Untuk Cuti Raya

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 214 hits
Bila musim perayaan makin hampir tiba mesti kadar penggunaan kenderaan dekat lebuhraya semakin meningkat Betul tak korang Lebih lebih lagi kalau nak sambut hari raya aidilfitri Memang sangat meriah tapi pada masa yang sama kita risau jugala...
Wanita Merungut Balik Kampung Panas Sanggup Tidur Hotel

Wanita Merungut Balik Kampung Panas Sanggup Tidur Hotel

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 130 hits
Musim perayaan hampir tiba pastinya ramai yang teruja untuk pulang ke kampung dan meraikan Syawal bersama keluarga tercinta Namun tidak dinafikan ada juga yang merungut tentang suasana kediaman di kampung yang panas sehingga sanggup berhabi...
Balik Kampung

Balik Kampung

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 204 hits
Assalamualaikum Hai semua Ada yang dah balik kampung ke tu LM ada ni ha baru siap menjahit kaki seluar baju melayu dua hero kecil ni Kalau labuh sangat takut kotor pula nanti meleret bila berjalan Kalau jadi balik berjaya esok kami gerak Ka...
Kemalangan Ragut Nyawa Kakak Anaknya Ketika Perjalanan Ke Kampung Suami Untuk Sambut Raya

Kemalangan Ragut Nyawa Kakak Anaknya Ketika Perjalanan Ke Kampung Suami Untuk Sambut Raya

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 156 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriKemalangan maut menimpa Nur Fatihah yang sarat mengandung lapan bulan dan anaknya berusia dua tahun dekat Terowong Menora pada Ahad lalu IPOH Kemalangan maut menimpa kakak Nur Fatihah Badrul Hisyam yang sarat ...
Liyana Jasmay Rasa Diri Low Selepas Ikut Trend Tanpa Selidik Padam Video Joget Beri Duit Raya

Liyana Jasmay Rasa Diri Low Selepas Ikut Trend Tanpa Selidik Padam Video Joget Beri Duit Raya

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 122 hits
Pelakon dan pengarah Liyana Jasmay bertindak memadam video dirinya menari sambil memberi duit raya yang dimuat naik dalam akaun media sosialnya baru baru ini Liyana akui khilaf apabila menyertai trend tarian dikenali sebagai Penguin Dance t...
Raya Comic Strip Di Klia Terminal 1 Untuk Korang Yang Nak Terbang Balik

Raya Comic Strip Di Klia Terminal 1 Untuk Korang Yang Nak Terbang Balik

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 144 hits
Raya Versi Comic Strip Di KLIA Terminal 1 Hey guys Jika korang nak pulang ke kampung untuk Aidilfitri jangan lupa singgah di Ruang Pameran Riang Riuh Raya di KLIA Terminal 1 Tempat ni memang menarik Konsep di sini adalah lukisan komik 2D ya...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr