Ikuti Perkembangan Bahasa Digital Untuk Lindungi Anak Dalam Talian


Danisyah Dalily Ketika anak-anak lebih banyak menghabiskan masa dalam talian, terutama ketika musim pandemik, ibu bapa perlu ikuti istilah-istilah yang digunakan dalam talian supaya tahu tentang terminologi membimbangkan.

Ketika banyak aspek kehidupan ketika ini mula beralih dan dijalankan secara dalam talian ekoran kemajuan teknologi selain turut berpunca akibat Covid-19 yang melanda dunia, seorang pakar mengatakan ibu bapa perlu berusaha mengikuti trend digital dan istilah dalam talian bagi melindungi anak-anak mereka.
Geshina Ayu Mat Saat, ahli kriminologi dan psikologi dari Universiti Sains Malaysia berkata bahasa yang digunakan dalam dunia digital berubah dengan cepat dan kanak-kanak mungkin tidak menyedari mereka menjadi sasaran pemangsa sekiranya ibu bapa tidak memantau.
Untuk melakukan ini, ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi melindungi dan mendidik anak-anak berhubung bahaya yang wujud dalam dunia maya, katanya.
“Hampir semua aplikasi dan platform media sosial yang digunakan kanak-kanak mempunyai kandungan dan interaksi yang tidak sesuai di mana pemangsa menggunakan akronim dan slanga untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak,” katanya.
“Pemangsa sengaja menggunakan aplikasi seperti itu untuk berhubung dengan anak-anak atau jadikan ia tersedia untuk anak-anak mudah menemuinya.”
Langkah-langkah pencegahan virus yang menjadi punca kebanyakan aktiviti bersemuka tidak lagi dijalankan selama hampir dua tahun, kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa dalam talian, termasuk melakukan aktiviti asasi seperti persekolahan.
Dan semakin banyak masa dihabiskan dalam talian, semakin besar peluang pemangsa untuk mengambil kesempatan terhadap mereka.
Internet yang tidak mempunyai batasan dan juga bermaksud mereka boleh terjerat dengan perangkap pemangsa tidak mengira ruang atau waktu tertentu.
Kanak-kanak juga berdepan risiko lebih besar untuk terdedah kepada unsur-unsur negatif selain boleh dimanipulasi atau menjadi mangsa amang seksual oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Lebih banyak masa dihabiskan dalam talian turut menimbulkan peningkatan pembelajaran norma dan nilai sosial yang mungkin bertentangan dengan identiti etnik, budaya atau agama keluarga kerana interaksi tanpa sempadan,” kata Geshina.
Walaupun sukar menjejaki setiap aktiviti anak-anak dalam talian, terutama bagi ibu bapa yang merasa sukar mengikutinya secara teknikal, beliau berkata usaha perlu dilakukan bagi mengatasinya.
Geshina mencadangkan supaya ibu bapa menetapkan akses terkawal berhubung peranti digital supaya anak-anak tidak terlepas berinteraksi bersama keluarga selain bagi menyekat kecenderungan anti-keluarga.
“Bagaimanapun, yang paling penting ibu bapa harus menjadi teladan bagi melaksanakan usaha ini dan ibu bapa tidak seharusnya mendakwa mereka ada keistimewaan hal akses internet, kerana anak belajar bukan hanya daripada kata-kata yang diucapkan bahkan daripada tingkah laku yang mereka perhatikan,” katanya.
Awal tahun ini, MalaysiaNow melaporkan peralihan daripada kelas bersemuka kepada pembelajaran dalam talian membawa risiko lebih besar untuk mereka terdedah kepada pornografi dan bahan lucah.
Tiga tahun lalu, bahagian D11 di Bukit Aman, yang menangani jenayah seksual berkaitan wanita dan kanak-kanak mendedahkan sebanyak 17,333 alamat IP yang berkait dengan pornografi kanak-kanak berasal dari Malaysia, menjadikan negara ini sebagai pengguna pornografi kanak-kanak dalam talian paling tinggi di rantau ini.
Mangsa biasanya berusia antara 13 dan 16 tahun di mana pemangsa menggunakan taktik amang seksual bagi menormalkan hubungan seksual.
Sementara itu, pada Mac polis turut mendedahkan 993 kes serangan seksual secara fizikal melibatkan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dilaporkan pada 2020.
Jumlah tersebut meningkat dari 732 pada 2019 selain 591 kes dilaporkan pada 2018.
Pembantu Pengarah D11 Siti Kamsiah Hassan berkata kebanyakan mangsa serangan seksual secara fizikal adalah kes rogol dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur.
Beliau berkata 20% kes berlaku tanpa persetujuan, sebuah angka peratusan trend yang disumbang akibat kanak-kanak tidak sedar risiko di media sosial.
“Kes-kes ini berlaku kerana mereka terlalu banyak terdedah dengan media sosial dan akses internet tanpa had,” katanya.
Seorang pakar perkembangan kanak-kanak dan keluarga, Racheal Kwacz berkata ibu bapa harus rapat dan sering bersama anak-anak mereka bagi membina komunikasi yang terbuka dan jujur.
“Sekiranya kita buat carian dalam internet, kita boleh jumpa banyak artikel dan sumber yang mudah didapati berkaitan cara untuk menjaga keselamatan anak dan alat yang boleh digunakan ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka, namun itu satu aspek kecil mengenai masalah ini,” katanya.
“Kita gagal lihat gambaran yang lebih besar di mana, jika kita dapat luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak, kita mungkin dapat kenal pasti tanda-tanda awal.”
Rachel juga turut menegaskan keperluan untuk wujudkan batasan tegas yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dengan cara selamat dan sesuai dengan usia supaya walaupun alat-alat baru muncul, anak-anak sudah bersedia berdepan dengannya.
“Secara umunya, kita hanya ingin hilangkan rasa malu dan sifat berahsia antara ibu bapa dan anak dengan cara berkomunikasi dengan mereka,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/ikuti-perkembangan-bahasa-digital-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cari Telur Warna Oren Untuk Perkembangan Otak Anak Kandungan Omega 3 Lebih Tinggi

Cari Telur Warna Oren Untuk Perkembangan Otak Anak Kandungan Omega 3 Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 254 hits
Cari telur warna oren supaya anak dapat khasiat yang maksimum dari hanya sebiji telur Warna kuning pada telur bergantung pada makanan apa yang ayam makan Warna kuning oren menandakan ayam tersebut dapat makanan yang sihat dan seimbang Maka ...
Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk Kanak Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun

Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk Kanak Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 327 hits
Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk kanak Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun Assalamualaikum Hi guys Apa aktiviti korang hari ni Masih kekal di rumah lagi ke atau dah mula bekerja Aku yakin pasti ada yang masih bekerja dari rumah ...
Jubir Satgas Covid 19 Pastikan Anak Sehat Dan Paham Prokes Sebelum Ikuti Ptm

Jubir Satgas Covid 19 Pastikan Anak Sehat Dan Paham Prokes Sebelum Ikuti Ptm

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 235 hits
Kalau anak sakit jangan dipaksa ke sekolah ujar Reisa yang juga merupakan Duta Adaptasi Kebiasaan Baru
E Book Nota Poket Anak Bijak Bahasa Inggeris

E Book Nota Poket Anak Bijak Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 322 hits
E Book Nota Poket Anak Bijak Bahasa Inggeris ini merupakan nota padat dan ringkas mengenai penggunaan tatabahasa yang betul sebagai rujukan harian murid prasekolah dan sekolah rendah Antara topik yang ditunjukkan di dalam nota poket ini ada...
Ikuti Jejak Orang Tua 9 Anak Seleb Ini Punya Kanal Youtube Sendiri Udah Eksis Sejak Dini

Ikuti Jejak Orang Tua 9 Anak Seleb Ini Punya Kanal Youtube Sendiri Udah Eksis Sejak Dini

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 334 hits
Mulai mengaktualiasikan diri dan berekspresi apa aja sih yang dibahas di kanal para anak artis ini
Kocaknya Fenomena Remaja Jompo Di Kalangan Anak Muda Makanya Pada Sering Sering Olahraga

Kocaknya Fenomena Remaja Jompo Di Kalangan Anak Muda Makanya Pada Sering Sering Olahraga

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 496 hits
Kelihatannya sih masih anak muda banget tapi dalemnya udah berasa kayak lansia Pasti pada begini juga kan
3 Tahun Berkahwin Taeyang Big Bang Min Hyorin Bakal Sambut Kelahiran Anak Sulung

3 Tahun Berkahwin Taeyang Big Bang Min Hyorin Bakal Sambut Kelahiran Anak Sulung

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 293 hits
Dalam diam khabarnya pasangan Min Hyo rin dan Tae yang BIG BANG sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka Menurut sumber pasangan itu sudah tidak tidak sabar untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baru itu Selepas berita itu berterban...
Anak Sumbing Instafamous Lambat Kongsi Gambar Bukan Sebab Malu Saya Nak Tunggu Cukup

Anak Sumbing Instafamous Lambat Kongsi Gambar Bukan Sebab Malu Saya Nak Tunggu Cukup

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 690 hits
Bukan malu tapi Andika ada sebab lambat kongsi gambar anak sulung Personaliti media sosial Andika Putera akhirnya berkongsi foto anak sulungnya Alisha Puteri yang baru dilahirkan bulan lalu Menegaskan bukan malu untuk berkongsi keadaan anak...
Allah Nak Didik Alisha Dari Kecil Lebih Kuat Dari Ayahnya Andika Kongsi Foto Anak Selepas 44 Hari

Allah Nak Didik Alisha Dari Kecil Lebih Kuat Dari Ayahnya Andika Kongsi Foto Anak Selepas 44 Hari

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 366 hits
Anak adalah anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada kita Setiap mama papa pasti tidak sabar menantikan kelahiran permata hati ini setiap persediaan untuk menyambut orang baharu akan dilakukan dengan penuh semangat Maklumlah nak da...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah