Ikut Sukatan Ni Barulah Kuah Asam Laksa Cina Jadi Sedap Pekat Sempurna


Asam Laksa Cina, memang enak dan punya rasa yang tersendiri. Masam, manis dan pedas rasanya. Sedap! Kelihatan seakan Laksa Penang tapi berbeza. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera. Ada yang terlalu pekat dan ada juga yang cair. Menerusi perkongsian saudara Ben Safwan, beliau menunjukkan cara-cara untuk masak kuah laksa yang enak dengan sukatan yang mudah.
Menurut beliau, secara peribadi jika memasak laksa dan mahukan kuah yang pekat sempurna, beliau akan menggunakan sukatan 1 kg ikan untuk dengan 3 liter air (1kg ikan = 3 liter air). Memang sedang elok. Jom cuba! Anda pasti sukakannya juga.
CARA MASAK ASAM LAKSA CINA YANG ENAK SEMPURNA
BAHAN-BAHAN KUAH:
3 liter air
1 kg ikan sardin/kembung/selayang
1 tin sardin Ayam Brand (425 gram )- kuah tak ambil
5 senduk cili kisar
3 sudu makan asam jawa
8 keping asam keping gred bagus (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping)
5 tangkai daun kesum
3 batang bunga kantan
2 tangkai daun pudina
Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
Garam dan serbuk perasa
P/S : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Empunya resipi tidak letak.
BAHAN KISAR:
100gm bawang merah besar India
25gm belacan
13 tangkai cili padi hijau
1 batang serai saiz sederhana
300gm nanas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
ULAM ASAM LAKSA CINA (HIRIS):
Daun salad
Bawang merah besar India
Asam limau kasturi
Telur rebus
Timun
Cili Padi
Daun Pudina
CARA MEMASAK:
1: Rebus ikan. Bila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
2. Kisar isi ikan dengan guna air dengan secukupnya (ambil air dari yang 3 liter tadi. Bukan air lain) dan masukkan dalam bekas asing.
3. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, kisar dan tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
4. Dalam periuk, masukkan baki air tadi, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa ,belahan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
5. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah.
6. Separuh isi ikan sardin yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama Asam Laksa Cina nanti.
7. Bila dah tutup api, terus keluarkan kesemua asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam.
8. Bolehlah hidang dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap direbus. Nikmati bersama bahan-bahan ulam laksa.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Ikut Sukatan Ni Barulah Kuah Asam Laksa Cina Jadi Sedap & Pekat Sempurna appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/02/ikut-sukatan-ni-barulah-kuah-asam-laksa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Udang Berempah Sedap Masak Sendiri Barulah Puas Makan

Resipi Udang Berempah Sedap Masak Sendiri Barulah Puas Makan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 196 hits
Anda penggemar sajian udang Cuba resipi Udang Berempah perkongsian saudari Natasha Qalisya ni Resipinya cukup ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan Hmmm Jom lah cuba puan puan Pasti anda sekeluarga berselera makan Sesuai disa...
Bila Bapok Tua Bercakap Ikut Sedap Hati

Bila Bapok Tua Bercakap Ikut Sedap Hati

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 141 hits
Berarak macam lembu bodoh Menyusahkan orang lain Diva AAOleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI22 Januari 2022 2 11 pmShare on facebook Share on twitter Share on whatsapp Share on email Share on telegramPETALING JAYA Pengacara bermulut lantang Azwan Ali...
Mee Sup Daging Lembu Sedap Hirup Kuah Sampai Ke Titisan Terakhir

Mee Sup Daging Lembu Sedap Hirup Kuah Sampai Ke Titisan Terakhir

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum Hi korang Baru ada masa nak citer pasal lunch SA hari ni hari ni tak bawak bekal hari ni SA ada order Mee Sup Daging Lembu bukan daging semata ye uolls ada jugak tetel dan lemak2 yang sedap Lembut dan juicy sup dia pun sedap...
Resipi Char Meehoon Bihun Goreng Cara Cina Penuh Rasa Sedap Amat

Resipi Char Meehoon Bihun Goreng Cara Cina Penuh Rasa Sedap Amat

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 355 hits
Resipi Char Meehoon Bihun Goreng perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap Kombinasi warnanya nampak sangat menyelerakan Bahan bahan yang digunakan juga sangat mudah Menurut beliau Bihun Goreng Cina ini rupanya memang kehitam hi...
Resipi Jejari Roti Sempoi Tapi Sedap Cicah Sup Pekat Memang Layan

Resipi Jejari Roti Sempoi Tapi Sedap Cicah Sup Pekat Memang Layan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 208 hits
Anak bosan makan nasi apa kata malam hari buatkan anak dengan Bread Stik atau Jejari Roti yang rangup tapi lembut di dalam Lagi sedap buatkanlah sup berkrim untuk anak anak Laju anak makan Jom cuba resipi Jejari Roti simple perkongsian resi...
Resipi Puding Milo Oreo Sedap Ikut Tip Ni Supaya Lapisan Melekat Elok

Resipi Puding Milo Oreo Sedap Ikut Tip Ni Supaya Lapisan Melekat Elok

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 167 hits
Sedapnya Puding Milo Oreo Jika dimakan sejuk sejuk pastinya sangat menyegarkan Resipi yang dikongsi oleh saudari Fauziah Yahya ini pun mudah sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan Memang ngam lah Malah beliau juga berkongsi perua membuat...
Resipi Udang Butter Nestum Sedap Untuk Makan Besar Tahun Baru Cina

Resipi Udang Butter Nestum Sedap Untuk Makan Besar Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 225 hits
Makan besar Tahun Baru Cina tentunya lebih meriah dengan hidangan Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni Memang nampak sedap dan membuka selera Masak pula menggunaan udang bersaiz besar memang lagi puas hati Bagi anda ...
Resipi Ayam Madu Yang Super Sedap Tapi Mudah Je Nak Buat

Resipi Ayam Madu Yang Super Sedap Tapi Mudah Je Nak Buat

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 224 hits
Bila sebut pasal menu lauk ni kadang kadang mak mak pun buntu nak buat lauk apa kan Apa kata buat menu ayam masak madu yang super sedap tapi mudah je nak buat Resipi daripada Rina AliNa ini tak ambil masa yang lama pun untuk memasaknya AYAM...
Cara Buat Halwa Guna Belimbing Buluh Sedap Rupanya Macam Kismis

Cara Buat Halwa Guna Belimbing Buluh Sedap Rupanya Macam Kismis

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 256 hits
Pernah cuba buat Halwa menggunakan Belimbing Buluh Jika tidak pernah anda harus cuba Biasanya belimbing buluh digunakan dengan banyak dalam penghasilan lauk seperti Sambal Hitam Sesekali ada juga yang menggunakan buah ini sebagai pengganti ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa