Ikut Sahaja Arahan Isytihar Harta Walau Tiada Harta Kata Muhyiddin


Foto oleh Berita Harian
“Isytiharlah walaupun tiada harta”.

Demikian nasihat presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada anggota parlimen termasuk dari Pakatan Harapan yang masih belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Loading...
Beliau, yang juga menteri dalam negeri, berkata isu ini akan selesai jika mana-mana individu yang belum  mengisytiharkan harta berbuat demikian seperti yang diminta dan ditetapkan.

“Bagi saya sendiri, ia sudah selesai (diisytiharkan). Ikutlah jadual yang ditetapkan. Nasihat saya, buatlah walaupun kosong. Senang, letak sahaja tiada harta,” katanya dalam sidang akhbar parti Bersatu di sini hari ini.

Turut hadir, setiausaha agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya dan setiausaha kerja Bersatu pusat Kapten (B) Muhamad Suhaimi Yahya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dilaporkan berkata kerajaan tidak menetapkan sebarang tempoh akhir bagi anggota Parlimen mengisytiharkan harta mereka.

Sebanyak 13 anggota Parlimen belum mengisytiharkan harta kepada SPRM seperti terdapat di dalam Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my/) sehingga 5 petang Ahad.

Ditanya mengenai prestasi menteri-menteri besar di kalangan anggota Bersatu setakat ini, Muhyiddin  mengakui ada yang tidak mempunyai pengalaman dan memerlukan masa untuk menunjukkan kebolehan dan prestasi yang lebih baik untuk dinilai masyarakat dan rakyat.

“Ada yang ok dan tidak ok. Yang pentingnya, mereka mesti faham tugas dan kerja. Kita tahu, sebahagian dari mereka ada yang baharu dan belum ada pengalaman. Ada perkara yang perlu ditambah baik. Rakyat akan membuat penilaian. Kita perlu terima hakikat itu,” kata Menteri Dalam Negeri itu.

Ketika ini, Bersatu mempunyai tiga Menteri Besar iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perak), dan Datuk Osman Sapian (Johor).

Mengulas mengenai mesyuarat hari ini, Anggota Parlimen Pagoh itu berkata, ia membincangkan  perhimpunan agung parti Bersatu pada hujung bulan ini.

Katanya, kira-kira  3,000  perwakilan dari semua sayap dijangka menghadiri perhimpunan agung tiga hari itu pada 28 hingga 30 Dis yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jelasnya, selaku presiden, beliau akan merasmikan perhimpunan itu sebelum pembentangan laporan mesyuarat agung oleh pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembentangan usul menyokong ucapan dasar pengerusi.

“Antara (perkara) yang akan dibawa ke perhimpunan itu adalah penjelasan parti berhubung  perjuangan  Melayu dan Bumiputera berikutan kegelisahan yang dibangkitkan sesetengah pihak yang keliru dengan parti,” tambahnya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/ikut-sahaja-arahan-isytihar-harta-walau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Jawab Muhyiddin Tiada Harta Kalau Isytihar Maknanya Bohong

Menteri Jawab Muhyiddin Tiada Harta Kalau Isytihar Maknanya Bohong

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 250 hits
Kalau saya isytihar biarpun kosong bermakna saya berbohong Demikian komen Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihati ahli Parli...
Isytihar Harta Saya Ada Tiga Bulan Anwar

Isytihar Harta Saya Ada Tiga Bulan Anwar

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata beliau mempunyai tempoh tiga bulan untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tempoh tiga bulan itu berkuat kuasa...
Polis Sudah Tahu Siapa Dalang Rusuhan Kuil Kata Muhyiddin

Polis Sudah Tahu Siapa Dalang Rusuhan Kuil Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 352 hits
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis sudah mengenal pasti individu individu yang disyaki menjadi dalang dalam rusuhan kuil Seafield minggu lalu Beliau berkata polis mempunyai maklumat mereka dan sudah mengambil tindak...
Peguam Bayar Rm1 500 Pada 50 Melayu Untuk Kawal Kuil Seafield Kata Muhyiddin

Peguam Bayar Rm1 500 Pada 50 Melayu Untuk Kawal Kuil Seafield Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 363 hits
RUSUHAN pada Isnin berpunca daripada tindakan peguam yang mengupah kumpulan Melayu untuk mengawal dan mengambil alih kuil Sri Maha Mariamman kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin Katanya peguam berkenaan membayar RM1 500 kepada 50 oran...
Jamil Khir Kata Urus Tadbir Th Ikut Peraturan Akta

Jamil Khir Kata Urus Tadbir Th Ikut Peraturan Akta

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 297 hits
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom menegaskan urus tadbir Lembaga Tabung Haji sebelum ini dilakukan sesuai dengan kehendak peraturan dan akta sedia ada Beliau berkata sebagai sebuah badan berkanun TH t...
Isytihar Sprm Wang Dulu Habis Bela Kaum India Kata Waytha

Isytihar Sprm Wang Dulu Habis Bela Kaum India Kata Waytha

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 250 hits
P Waytha Moorthy Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 10 Dis Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy hari ini berkata beliau tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Loading Menurutn...
Anwar Antara 13 Belum Isytihar Harta

Anwar Antara 13 Belum Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Port Dickson merupakan antara 13 anggota parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Berdasarkan Portal Pengisytiharan...
Muhyiddin Anggota Parlimen Perlu Isytiharl Walau Tiada Harta

Muhyiddin Anggota Parlimen Perlu Isytiharl Walau Tiada Harta

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 217 hits
PETALING JAYA Isytiharlah walaupun tiada harta nbsp Demikian nasihat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada anggota Parlimen termasuk dari Pakatan Harapan yang masih belum mengisytiharkan harta kepada Suruha
Pengurusan Tabung Haji Rompak Harta Rakyat Kata Anwar

Pengurusan Tabung Haji Rompak Harta Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 341 hits
Pengurusan Tabung Haji rompak harta rakyat kata Anwar Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 11 Dec 2018 3
Nanasheme Kau Yang Ku Sayang Chord

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Drama Demam Viral

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna

Potong Cake Birthday


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Rompak Cari Duit Raya

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar