Ikut 9 Langkah Ini Untuk Cara Memulakan Bisnes Makanan Delivery Dari Rumah
Ikut 9 Langkah Ini Untuk Cara Memulakan Bisnes Makanan Delivery Dari Rumah | Salam semua, keadaan semasa negara kita yang dilanda pandemik Covid 19 telah memaksa ramai dari kalangan kita untuk mencari pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan yang ada. Nak tak nak kena fikir juga cara untuk mencari duit dari cabang lain. Ramai yang terkesan disebabkan Covid 19 terutamanya dari segi kewangan. Salah satu caranya adalah berniaga tapi nak buat bisnes apa ? Kalau nak buat bisnes pun kena cari bisnes yang sentiasa mendapat permintaan.
Apa lagi kalau tak bisnes makanan delivery. Lagipun musim orang yang tidak keluar rumah, kebarangkalian orang nak membeli makanan itu lagi tinggi, sebab bila lapar mestilah nak makan. Nak makanan kenalah order. Bila order kenalah ada orang hantar makanan. Ini lah namanya bisnes delivery makanan.
Tapi tak semua orang suka berniaga produk makanan, kalau yang minat untuk buat bisnes makanan ini biasanya orang yang suka masak. Itu yang penting. Betul lah tu, macam mana nak berniaga kalau buat bisnes yang kita tak minat kan.
Persoalan Yang Berkaitan Dengan Bisnes Delivery Makanan Bila dah buat keputusan untuk buat bisnes makanan delivery, masalah lain pulak yang timbul mesti macam - macam persoalan dalam fikiran kan. Ya lah untuk permulaan dan baru nak berjinak - jinak dalam bisnes ini selalunya timbul persoalan
1. Bisnes makanan apa yang kos rendah ? 2. Macam mana nak promosi makanan yang nak dijual ? 3. Nak jual makanan apa ? 4. Nak caj delivery berapa ? 5. Fikirkan ada ke orang nak beli ? 6. Nak hantar delivery tu masa pukul berapa yang sesuai ? 7. Macam mana nak tarik pelanggan ?
Itulah persoalan yang sentiasa dialami bagi yang mula nak buat bisnes makanan. Terutamanya yang bisnes makanan delivery. Bila melibatkan penghantaran makanan sudah tentu tertanya nak caj berapa. Kalau mahal nanti pelanggan lari. Murah sangat kita pulak yang rugi.
Cara Memulakan Bisnes Makan Delivery Dari RumahSetiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan risau, sis nak kongsi satu ebook khas dengan korang semua yang berkaitan dengan bisnes makanan delivery. Sama ada pernah buka gerai tepi jalan ke, atau buka kedai ke, atau untuk berniaga dari rumah, panduan untuk memulakan bisnes makanan delivery ini boleh digunakan untuk semua.
Sudah tiba masanya untuk ubah strategi perniagaan.
Di dalam ebook ini, ada 9 perkara utama yang perlu dititikberatkan sebelum nak mulakan bisnes ini. Dengan adanya panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dari kisah sebenar Abang Speggo.
9 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Makanan Delivery Di bawah ini adalah 9 langkah yang perlu anda fikir sebelum nak mulakan bisnes makanan.
#1. 5 Persediaan Sebelum Mula Bisnes Sebelum nak mula bisnes, kena ada persediaan. Di dalam ebook ini, penulis dah kongsikan apa persediaan yang perlu dibuat sebelum nak mula.
#2. Kaedah Jualan Untuk bisnes makan ini ada 2 kaedah. Setiap kaedah mempunyai waktu memasak dan menghantar yang berbeza. Jadi boleh pilih untuk kesesuaian sendiri sama ada nak buat kaedah jualan 1 atau kaedah jualan 2
#3. Cara Pembungkusan Bila buat bisnes makanan salah satu perkara yang sentiasa kena ambil perhatian nak bungkus makanan dengan apa ? Material apa yang sesuai dengan makanan yang kita jual. Bagaimana nak bungkus makanan supaya makanan tidak mudah rosak atau basi.
#4. Panduan Kira Kos Dan KeuntunganPening bila fikir nak letak harga berapa untuk makanan yang nak dijual. Dalam ebook ini dah sediakan sekali untuk panduan kira kos.
#5. Cara Untuk Dapatkan Pelanggan Tanpa Keluarkan Sebarang KosDalam bisnes makanan selalunya yang paling masalah sebab susahnya nak dapatkan pelanggan. Macam mana nak tarik pelanggan tapi tak nak keluarkan kos. Ada caranya mudah dan pantas.
#6. Panduan Bina Database Pelanggan Guna WhatsappIni satu lagi rahsia bagaimana nak bina database pelanggan guna whatsapp. Sekarang dah macam - macam aplikasi yang boleh simpan database pelanggan tapi ada cara yang tertentu.
Jadi di dalam ebook ini juga diajar macam mana nak simpan nombor pelanggan secara tersusun. Bila dah ada database senang nak buat promosi kepada pelanggan yang sedia ada.
#7. Strategi Pantas Bina List 100 Pelanggan PertamaDi dalam ebook ini ditunjukkan macam mana 100 contact nama, phone dan alamat pelanggan dengan pantas. Walaupun kena keluarkan kos sikit tapi ia sangat berbaloi.
#8. Cara Dan Pengurusan Masa Untuk Iklan Pengurusan masa untuk iklan produk yang kita jual ini amat penting dengan cara yang betul. Pening juga fikir bila nak masak, bila nak buat iklan dan bila nak hantarnya.
#9. Cabaran Dan Rintangan Bisnes ini walaupun hanya dari rumah tapi risikonya tetap ada. Tanpa cabaran itu bukan bisnes namanya. Kena tetap harungi jugak dan bersedia untuk selesaikan rintangan tersebut dengan cara tertentu.
Harga Ebook Hanya RM 30
Panduan yang sangat berharga untuk dibeli, baca dan praktiskan. Harga untuk ebook bisnes makan delivery ini tidak mahal mana hanya RM 30. Harga asal lagi mahal. Mana nak dapat kan dengan info yang padat dan banyak tips - tips lain yang dikongsi dalam satu ebook.
Harga ini pun mungkin tak lama lagi akan naik. Jadi sesiapa nak dapatkan ebook ini kena dapatkan sekarang sebelum harga naik. Anda boleh klik gambar di bawah. Tak rugi rasanya. Anda beli, anda buat dan praktis, anda sendiri yang dapat pulangan yang lumayan
Bonus : Ebook 4 Resepi Percuma Sebenarnya nak datang idea bisnes makanan dari rumah ini bukan mudah. Pening juga nak fikir nak bisnes makanan apa. Nak ikut trend makanan viral pun ada pasang surut juga
Jika anda beli, bukan saja dapat 1 ebook malah ada 4 ebook percuma tambahan dalam satu harga. Ebook tambahan ini adalah 4 resepi percuma dari Abang Speggo yang pernah buat berniaga. Resepi - resepi tersebut adalah :
1. Super Spaghetti2. Amazing Aglio Olio Beef3. Awesome Carbonara 4. Sherpard Pie Yummie
Lagi menarik di dalam ebook ini bukan hanya berkongsi resepi dan cara buat, malah ada cara pengiraan kos bagi setiap menu tersebut. Lagi senang nak buat bajet kan. Lagi senang nak letak harga.
Anda suka masak dan nak buat bisnes makan delivery, sekiranya harga ebook ini berbaloi untuk anda, boleh beli sekarang. Bukan 1 ebook saja tapi ditambah lagi 4 ebook cara buat makanan western yang sedap dengan kos yang rendah. Jadi jumlah ke semuanya 5 ebook dalam satu harga hanya RM 30. Klik sekarang di bawah.
Baca Juga :
1. 10 Rahsia Untuk Mulakan Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah
2. Kelebihan Berniaga Online Di Shopee Yang Peniaga Perlu Tahu
3. Senarai 10 resepi Air Balang Viral Paling Sedap Dan Laris
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2021/02/cara-memulakan-bisnes-makanan-delivery-dari-rumah.html