Iktibar Pergaduhan Umno Pas Yang Lebih Dahsyat Daripada Gaduhnya Kucing Dengan Anjing


 
Sekarang ini, setiap hari dan sepanjang masa, ada saja berlaku perbalahan dan pergaduhan antara pemimpin UMNO dengan pemimpin Bersatu.
Mereka bertelagah dan bergasak sesama sendiri seolah-olah itulah kerja utama dan perjuangan yang diutamakan sehingga pantang ada isu dan tercuit sikit, di situlah mereka akan berlaga dan bertelagah secara terbuka.
Kadangkala pula, oleh kerana tiada isu, sengaja dicari-cari isu agar boleh melepaskan rasa ketagih bergaduh itu.
Kalau selama ini kita tahu cuma anjing dan kucing saja yang sering bergaduh sehingga ada kata umpama mengenainya, kini sebenarnya bergaduh antara UMNO dan Bersatu jauh lebih dahsyat lagi.
Agaknya anjing dan kucing pun sekarang sudah ada yang senyum dan ketawa sinis sesama mereka melihat gelagat pemimpin UMNO dan Bersatu yang tak henti-henti bergaduh itu.
Dengan ini juga, perumpamaan seperti anjing dengan kucing untuk mengibaratkan mereka yang suka bergaduh sudah tidak sesuai lagi digunakan sekarang ini dan harus ditukar kepada umpama UMNO dengan Bersatu pula.
Sejak bersama dalam kerajaan pusat setelah berpakat mengkhianati mandat rakyat bermula Mac 2020, bergaduh dan bergasak sesama sendiri adalah pengisian masa oleh pemimpin UMNO dan Bersatu.
Tidak cukup dengan menjatuhkan Perdana Menteri dan Menteri Besar, pergaduhan UMNO dengan Bersatu itu tambah memuncak lagi dalam PRN Melaka ini.
Ingatkan setelah berjaya menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri, tiada lagi perbalahan antara mereka kerana Ismail Sabri Yaakob yang dipilih jadi pengganti adalah pilihan bersama mereka.
Walau pernah berikrar untuk sama-sama mengutamakan memerangi Covid19, yang terbukti sudahnya ialah asyik berperang sesama sendiri berebut kuasa.
Dalam PRN Melaka ini, meski puncanya ialah UMNO menjatuhkan kerajaan UMNO, tetapi akhirnya yang berlaku ialah permusuhan yang semakin ketara antara kedua-dua parti itu.
Mereka bergaduh dan saling serang-menyerang dalam kempen, bahkan sudah mula ternampak tanda-tanda ia akan terus berlarutan selepas keputusan diumumkan nanti.
Sama ada BN atau PN yang menang atau jika kedua-duanya kecundang, tidak ternampak kemungkinan ada jalan damai yang tenang.
Bahkan dipercayai, selepas 20 November nanti, pergaduhan dan perbalahan itu akan tambah semarak dan serius lagi.
Yang parah dan derita akhirnya sudah pastilah rakyat juga kerana selagi mereka bergaduh dan berbalah, selagi itulah mereka makin kuat mementingkan diri dan kelompok sendiri.
Membela rakyat sudah jadi matlamat yang diketepikan sama sekali.
Yang mudahnya, baik PN dan BN yang ditunjangi Bersatu serta UMNO, kedua-duanya tidak harus dibiarkan lagi memiliki kuasa, baik secara sendirian atau bersama, di mana-mana negeri atau di peringkat pusat.
Kelakuan mereka sejak Mac 2020 adalah pengajaran paling berguna yang menunjukkan semua mereka bukan saja parasit atau makhluk perosak, tetapi juga toksik yang boleh membinasakan.
Makin hari kelakuan mereka makin parah dan makin merosakkan dengan keutamaan lebih kepada diri sendiri, jawatan dan semata-mata habuan.
Meski ramai yang tidak ragu-ragu mengatakan semua ini adalah bala Tuhan sebagai balasan kerana bersikap khianat terhadap mandat rakyat, apakah kita mahu terus menjadi golongan yang tidak mahu berfikir dan ingin terus memberi mereka kuasa? –


 ShahbudinHusin 15/11/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/iktibar-pergaduhan-umnopas-yang-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sah Mn Kini Berkubur Pas Terbukti Lebih Cintakan Bersatu Berbanding Umno

Sah Mn Kini Berkubur Pas Terbukti Lebih Cintakan Bersatu Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 255 hits
Tanpa pengumuman kematian tanpa talkin dan tanpa diketahui di mana kuburnya Muafakat Nasional yang terbentuk melalui kerjasama UMNO dengan Pas kini sah terkubur akhirnya Ia berikutan ketetapan Pas bukan saja untuk kekal bersama Perikatan Na...
Umno Pas Kekal Muafakat Kami Teras Kekuatan

Umno Pas Kekal Muafakat Kami Teras Kekuatan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 189 hits
SHAH ALAM UMNO dan Pas terus kekal muafakat walaupun apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata komitmen itu disuarakan dalam pertemuan antara pimpinan tert...
Pas Jangan Bermusuh Lagi Dengan Umno Jangan Lagi Kapirkan Orang Yang Tidak Sehaluan

Pas Jangan Bermusuh Lagi Dengan Umno Jangan Lagi Kapirkan Orang Yang Tidak Sehaluan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 194 hits
Pas kata tindakan parti itu memilih bersama PN bukannya bersama Umno bukan bermakna Pas memusuhi Umno Lucu kan Pas tahu Umno tengah berlawan dengan Bersatu Pas berada bersama Bersatu tetapi tidak memusuhi Umno Dia cuma nak perkuatkan Bersat...
Prn Melaka Pas Gunakan Logo Pn Bukannya Sebagai Mahu Berlawan Dengan Umno Bn

Prn Melaka Pas Gunakan Logo Pn Bukannya Sebagai Mahu Berlawan Dengan Umno Bn

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 274 hits
TAIPING Keputusan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini bukan sebagai mahu berlawan dengan UMNO yang berada dalam Barisan Nasional kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad Menur...
Ummah Minta Bersatu Pas Umno Halang Dap Menang Di Melaka

Ummah Minta Bersatu Pas Umno Halang Dap Menang Di Melaka

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 234 hits
Gerakan Pembela Ummah menyeru menyeru pemimpin parti UMNO Bersatu dan Pas agar bersama sama halang parti DAP daripada menang dalam pilihan raya di negeri itu Pengerusinya Mohd Zai Mustafa berkata kegagalan ketiga tiga parti itu untuk bersat...
Pas Perlu Hormati Ketetapan Umno Zahid

Pas Perlu Hormati Ketetapan Umno Zahid

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 267 hits
bharian comOleh November 7 2021 10 07pmAhmad Zahid bertukar dokumen Piagam Muafakat Nasional dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 14 September 2019 sambil disaksikan Setiausaha Agung UMNO ketika itu Tan Sri Annuar Musa dan S...
Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 432 hits
MASJID TANAH Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berk...
Umno Pas Mungkin Boleh Kerjasama Dalam Pru Tok Mat

Umno Pas Mungkin Boleh Kerjasama Dalam Pru Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 219 hits
Umno PAS mungkin boleh kerjasama dalam PRU Tok Mat Pertembungan antara Umno PAS dalam pilihan raya negeri Melaka tidak bermaksud dua parti berkenaan tidak boleh bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang kata Timbalan Presiden Umno Moh...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki