Iktibar Keputusan Prn Anwar Harus Segera Lakukan Perubahan Dan Rombakan


 


PRN enam negeri sudah pun berakhir dan semua orang setuju bahawa keputusannya tidak cukup ampuh untuk menggugat kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Ini bermakna, Anwar boleh mempertahankan kerajaan perpaduan yang sedang diterajuinya kini hingga PRU16 akan datang.


Tetapi, berdasarkan keputusan PRN di enam negeri itu, apakah jangkaan paling mudah untuk masa depan Anwar seterusnya?


Secara mudah, kalau kita bertanya kepada 10 orang, hampir semuanya sepakat mengatakan keputusan PRN itu meletakkan masa depan Anwar dalam bahaya.


Untuk mudah difahami lagi, daripada 10 orang yang ditanya itu, paling minima enam daripadanya pasti dengan berani mengatakan Anwar dan kerajaan perpaduan akan tamat riwayatnya pada PRU16 nanti.


Apa yang nyata, keputusan PRN lepas menunjukkan PH gagal mendapat sokongan pengundi Melayu yang memadai atau mencukupi untuk memenangi lebih banyak kerusi di enam-enam negeri terbabit.


Kemenangan kerusi PH lebih banyak disumbangkan oleh kesatuan sokongan daripada pengundi bukan Melayu semata-mata.


Dalam keadaan sedemikian, lebih malang lagi kerana UMNO yang merupakan rakan kongsi PH dan diharapkan dapat menambah sokongan, hampir secara total ditolak oleh pengundi-pengundi Melayu sendiri.


Dengan pengundi Melayu lebih memilih PN, khususnya Pas, terbentang kini ialah keberadaan UMNO tidak memberi nilai tambah dan tidak juga memberi tambah nilai kepada PH serta kerajaan perpaduan.


Apakah sekarang ini Anwar, pimpinan PH, BN dan kerajaan perpaduan turut menyedari hakikat yang sedang ditunjukkan Tuhan di depan mata sebelum tibanya PRU16?


Apakah plan B PH untuk menambah sokongan pengundi Melayu melalui kekuatan mereka sendiri atau berasakan sudah cukup dengan sokongan pengundi bukan Melayu saja?


Kalau benar-benar disedari, mengapa setelah hampir seminggu sejak keputusan PRN diumumkan, masih tiada apa-apa tindakbalas bimbang yang kedengaran ditunjukkan?


Kenapa semua senyap sunyi dan tiada sebarang mesyuarat khas parti diadakan?


Bila lagi Anwar hendak melakukan perubahan, rombakan dan menukar mana-mana pemegang jawatan dalam kerajaan, termasuk menteri, yang sejak lapan bulan lalu didapati gagal berfungsi dengan baik?


Bilakah juga mahu menggerakkan perancangan untuk menambah baik komunikasi, penyebaran maklumat, menjawab, menangkis serta melakukan serangan terhadap fitnah-fitnah yang berleluasa di media sosial terhadap kerajaan perpaduan?


Apakah agensi tertentu dan mereka yang terkait dengan komunikasi dan penyampaian maklumat kepada rakyat, di mana sebahagian besarnya dicop gagal oleh kalangan yang dekat dengan PH, PKR dan Anwar sendiri, masih mahu dikekalkan bergentayangan dengan jawatan masing-masing selepas keputusan PRN yang sepatutnya memberi pengajaran?


Atau masing-masing yang berada dalam kerajaan sudah berpuas hati dengan keputusan PRN itu iaitu Anwar selaku Perdana Menteri akhirnya tidak tergugat dan kerajaan perpaduan masih mampu bertahan selama empat tahun lagi?


Ataukah semua orang tidak peduli lagi apa nak jadi pada PRU seterusnya lantaran berasa sudah memadai dapat kekal bertahan hingga PRU16 di mana masing-masing sudah merasa jadi menteri, timbalan menteri, nikmat mendapat pelbagai jawatan dan kemudian tersedia pula pencen lumayan?


Ingatlah, jika semua masih ada rasa cinta untuk mempertahankan kerajaan perpaduan ini, tempoh kira-kira empat tahun lagi sebelum tibanya PRU16 bukanlah jangka masa yang lama.


Pejam celik pejam celik, menerpalah detik itu di depan mata kita semua.


Tidak segera melakukan sesuatu samalah seperti seorang yang sakit yang hanya menunggu detik kematian dengan berbaring di katil saja sepanjang masa.


Kepada PKR dan PH, apakah mereka juga mahu Anwar jadi Perdana Menteri selama sepenggal saja?


Selepas Anwar, tidak mahukah mereka melihat pemimpin PKR lain turut berpeluang jadi Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 17/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/iktibar-keputusan-prn-anwar-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perubahan Kepimpinan Umno Lepas Prn Untungkan Anwar

Perubahan Kepimpinan Umno Lepas Prn Untungkan Anwar

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 235 hits
Hariz Mohd Geraldine Tong Shakira BuangSelepas mengalami kemerosotan besar dalam enam pilihan raya negeri terdapat suara suara tidak puas hati mula kedengaran dalam Umno Namun jika berlaku perubahan dalam kepimpinan Umno ia mungkin akan men...
Keputusan Prn 2023

Keputusan Prn 2023

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 306 hits
Hari ini Sabtu 12 Ogos 2023 sebanyak 6 negeri memilih wakil rakyat bagi kawasan masing masing Dapatkan keputusan terkini melalui pautan di bawah Astro Awani ecentral keputusan prn2023sprgovmytiktokakademipilihanrayaspryoutubespr
Keputusan Penuh Prn

Keputusan Penuh Prn

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 396 hits
Dewan Undangan NegeriNegeriKerusiPH BNPNLain lainKedah36 363330Kelantan45 452430Terengganu32 320320Pulau Pinang40 4029110Selangor56 5634220N Sembilan36 363150Jumlah kerusi245 245
Keputusan Prn Mungkin Boleh Menakutkan Pelabur

Keputusan Prn Mungkin Boleh Menakutkan Pelabur

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 321 hits
David Pillai dan Sankita JayanandanPETALING JAYA Penembusan ketara oleh Perikatan Nasional dalam PRN terutama di Selangor dan Pulau Pinang akan menimbulkan kebimbangan kepada ramai pelabur kata seorang penganalisis penyelidikan Sokongan sem...
Apakah Benar Keputusan Prn 6 Negeri Penentu Nasib Kerajaan Perpaduan

Apakah Benar Keputusan Prn 6 Negeri Penentu Nasib Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 218 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Dua minggu kempen yang relatifnya kurang bermaya akhirnya melabuh tirai tengah malam tadi dengan pengundi di enam negeri akan memilih hari ini Keputusan PRN enam negeri dilihat akan terus meningkatkan suhu poli...
Prn Selangor 2023 Keputusan Terkini Kerusi Tumpuan

Prn Selangor 2023 Keputusan Terkini Kerusi Tumpuan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 381 hits
PRN Selangor 2023 Keputusan Terkini Kerusi Tumpuan Menteri Besar Selangor telahpun mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh mandat dan ini bermakna Pilihan Raya Negeri Sel...
Prn Dari Jeneri Ke Alor Setar Usaha Anwar Lawan Gelombang Sanusi Di Kedah

Prn Dari Jeneri Ke Alor Setar Usaha Anwar Lawan Gelombang Sanusi Di Kedah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 315 hits
Isabelle Leong Raveena NagotraTidak jauh dari perlawanan bola sepak persahabatan yang disertai Muhammad Sanusi Md Nor di Stadium Darul Aman di Alor Setar Pengerusi PH Anwar Ibrahim berusaha meraih sokongan bagi melawan menteri besar sementa...
Tak Perlu Perjanjian Damai Segera Bantu Rakyat Penganalisis Ulas Gencatan Politik Pasca Prn

Tak Perlu Perjanjian Damai Segera Bantu Rakyat Penganalisis Ulas Gencatan Politik Pasca Prn

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 369 hits
Bersih mencadangkan kerajaan dan pembangkang berdamai selepas proses pengundian pilihan raya di enam negeri Sabtu lalu PETALING JAYA Penganalisis berpendapat perjanjian damai di antara kerajaan dan pembangkang tidak diperlukan kerana pentad...
Prn Anwar Tepis Dakwaan Gelombang Pn Di 6 Negeri

Prn Anwar Tepis Dakwaan Gelombang Pn Di 6 Negeri

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 408 hits
Dineskumar RaguSEBERANG JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menepis dakwaan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bahawa Perikatan Nasional akan mengatasi gabungan dalam kerajaan perpaduan pada PRN enam negeri 12 Ogos ini Perdana ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force